Friday 15 January 2021

GULAI KARI AYAM HUTAN CARA DULU-DULU

 Semalam masak kari ayam.Bukan ayam bandar.. Tapi ayam hutan. Hihihi

Kari ayam hutan + kentang
Versi pekat macam mak saya masak dulu-dulu. Ayam kena campur siap-siap dengam rempah kari & kerisik. Kena perapkan sekejap sebelum dimasak. 
Rasanya dah pernah masak sebelum ni... Saya carikan linknya.. 
KARI AYAM KERISIK SEDAP(step by step ada di situ) 
Saya masak cara mak sebab masih teringat rasa kari ikan rempah giling yang dimasak minggu lepas di Kedah tu. Rasanya masak kari ayam dengan perap ayam bersama rempah dan kerisik ni bukan sahaja cara mak saya tapi juga cara kebanyakan generasi lama memasak. Lagi 1 kalau generasi lama Kedah memang kari ayam & daging wajib letak kerisik. Kat Kedah kalau nak kenduri kahwin, sampaikan ada 1 hari khas dipanggil Hari Tumbuk Kerisik. Sebabnya memang kena buat kerisik banyak-banyak kerana kebanyakan akan sembelih lembu atau kerbau dan menu wajib adalah kari. Bayangkanlah seekor lembu atau kerbau punya kerisiknya. Kari ayam pun wajib kerisik juga. Kerabu juga wajib kerisik. Nak cicah perut rebus pun air asamnya  nak kena campur kerisik... 


Kari ayam versi mak wajib lah guna santan segar & homemade kerisik. Tapi sebab ni dimasak oleh saya @ KL memang saya guna kerisik beli sahaja la. Malas yang amat la nak nuat kerisik sendiri. Hihihi
Kalau zaman remaja. Kalau mak nak masak kari ayam wajib la saya kena goreng kelapa & giling kerisik. 


Kari seekor ayam hutan. Kali ni saiz ayam hutan ni agak besar. Memang puas makan. Kata pokcik kali ni rezeki dapat ayam hutan jantan yang memang lebih  besar daripda ayam hutan yang pokcik bagi tahun lepas. Sedap sangat sebab dapat makan ayam yang ada texture. Selalu makan ayam bandar yang banyak isi tapi isi memang mudah hancur bila dikunyah. Kari ayam hutan ni, isi ayamnya macam fibre skit & manis dia lain kerana ayam hutan organic kan.. Isinya pun merah gelap macam daging burung. 


Ayam hutan pemberian pokcik sebagai bekalan bawa balik KL. Pokcik bagi ayam hutan seekor siap disiang dan siap dicuci. Siap frozen supaya tidak rosak. 5 jam perjalannan dari Kedah ke KL.. Ayam tu hanya sedikit reheat. Selain Ayam Hutan by Pokcik, Achik pun bekalkan juga daging lembu segar untuk stok kami bawa balik KL. Padahal Pokcik & Achik tu suami isteri. Achik adik saya. Pokcik ipar saya. Hihihi
Mak pula bekalkan ikan haruan kering, ikan pekasam & serumpun serai. Haaaa bekalan takut KL kena PKP katanya & memang betulkan KL kena PKP

Ni masa beku keras baru keluar peti ais. Selalunya stok ayam hutan atau daging pemberian Achik memang saya simpan membeku hingga semua anak-anak ada baru masak. Tapi  memang sekarang semua ada kat rumah. Siang pakat pi kerja. Malam semua dah pakat balik. PKP kan, bukan boleh melencong kemana dah pun. Mamak bagai pun dah tak boleh nak lepak dah. Mamak & kedai makan lain pun hanya buka hingg 8 malam. So, lepas kerja semua warga KL  pun pakat balik rumah dah. 


Saya masa kari ayam hutan ni waktu pagi. Konon nak makan sama-sama waktu malam. Tapi sudahnya pakat makan sendirian berhad. Yang nak mandi dulu lah. Yang nak baring dulu lah. Yang dah lapar lah..
So,makan sahajalah sdn. bhd. 




KARI AYAM HUTAN
1 ekor ayam hutan (+- 1½kg)
3 biji kentang - setiap 1 belah 4
2 paket kecil rempah kari ayam
2 paket kecil rempah kari daging/ayam
1 paket rempah gulai kawah(saja campur untuk aroma lebih harum) 
2 sudu kerisik
1 kotak kecil santam / 250gm santan 
garam
1/4 cawan minyak

Bahan Tumis:
5 bawang merah - hiris
2 bawang putih-hiris
2 ruas halia - hiris
5 bunga lawang
5 cengkih
1 kayu manis
1 tangkai daun kari

1. Gaul ayam bersama semua serbuk rempah & kerisik. Tambah sikit air sekadar semua campuran menyalut ayam. Perap 15 minit

2. Panaskan minyak & tumis bahan tumis hingga harum

3.Masukkan ayam yang siap bergaul remoah dan masak hingga keluar air ayam & najk minyak

4. Masukkan kentang, 5 cawan air & santan pekat. Masak hingga ayam & kenatang empuk. Jika perlu tambah air kerana ayam hutan lambat empuk. 

5. Masukkan garam & perlahankan api d biar merenih 10 minit supaya kuah cantik naik minyak

6.Sesuaikan rasa 




Ni untuk sesi merasa... Tak sabar nak rasa sebab aroma dia sedap sungguh... Sendiri puji.... Hihihi.. 


13 comments:

  1. Menarik resipinya. Boleh kot guna ayam pencen kalau takde ayam hutan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam pencen pun sedap cikgu..
      Saya suka kari ayam pencen berbanding ayam biasa kat pasar tu. Tapi tu la kena masak lama sikit la

      Delete
  2. Tengok kaler kari dah tahu sedap sangat, ni kalau sy, mahu esok paginya menjala, hihi.

    Seronok baca kisah dulu2 orang Kampung Mak Cella. Ayah mertua sy dulu kerani ester, jadi tak adalah join kenduri gotong royong macam tu, tahulah, kalau di estet kenduri Nasi daun pisang àjelah yg selalu ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenduri nasi daun pisang pun sedap SK.. Hihihi.. Wajib ada kari la kan... Belah Kola Ketil & Kulim memang banyak estet. Dulu zaman kerja kilang kat Kulim memang Kola Ketil jadi laluan setiap hujung minggu la.. Sempat jadi minah karan bwberapa bulan masa tunggu STPM

      Delete
  3. Nampak sedap kejadiannya.
    tentu liat dagingnya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Wak, dagingnya agak liat berbanding ayam putih tu. Tapi sedap macam daging burung.. Hihi

      Delete
  4. Saya belajar makan kari+kerisik, kerabu+kerisik masa belajar di UUM. memang tak pernah merasa kari n kerabu yang macam tu sepanjang kat selangor 😂. Tapi memang sedapp. Bila balik selangor, bagitau kat mak, dia pun waswas betul ke x kerisik boleh campur dalam kari n kerabu 🤭.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenduri sana wajib la ada kari d kerabu.. Tapi kan Jaja, saya teringin nak menikmati raya macam belah Sungai Besar tu... Katamya ada hari untuk lelaki & ada hari untuk kaum wanita yer

      Delete
    2. Baraan namanya kak.. ade baraan lelaki dan baraan perempuan. Pusing 1 kampung. Semua rumah naik, n semua rumah akan sediakan makanan. Seronok sangat. Tapi sejak kebelakangan ni dah agak slow. Jom la kak..kalau nak jalan² ke sg.besar 😊

      Delete
    3. Ooo baraan namanya.... In sha Allah Jaja kalau ada rezekinya.. Hihihi

      Delete
  5. Sy pn suka kerisik homemade.. suka sgt bau wangi semerbak 1 umh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Kerisik homemade memang sedap & harum. Tapi tu la malas nk mengerjakan. Beli jer lah walaupun tahu kebanyakan dicampur hampas kelapa.. Hihihi

      Delete
  6. Tp lg sedap ayam hutan yang baru dewasa... Taji kt kaki baru keluar... Kalau goreng mmg lembut... Inikan masak kari... Mmg lembut sme mcm ayam bandar... ade satu tip kalau nak masak ayam hutan kena asingkan muda dan tua.... sebab mak sy pernah masak dulu last2 daging ayam muda hancur sebab nak empukkan daging yang tua.. kalau area sini ayam hutan masak lemak cili padi dan masak rendang...

    ReplyDelete