Tuesday 12 January 2021

UBI KAYU KUKUS

Ni cerita pagi semalam. 

Sarapan Ubi Kayu Kukus 
Baru balik dari kampung kan... 
Banyak lagi la bekalan makanan  percuma. Hihihi
Makan ubi kayu kukus untuk alas perut waktu pagi

Saya buat ubi kayu kukus ni ala-ala tiwol. 

Rasa teringin lak nak makan tiwol
Sebab nyesal pula tak beli masa pi Pasar Kemboja hari Jumaat tu. 
Bukan apa, tapi rasa macam rugi nak. Beli ubi kayu ja. Sedangkan kat rumah melambak mak saya tanam ubi kayu. Saya hanya beli emping pulut & jagung kelapa tu sahaja


Ni mak ada gali bebrapa ketul ubi kayu untuk saya bawa balik KL. Ni kata mak ubi yang tanam masa PKP 1 bulan mac tahun lepas. Ni dah PKP 2021 pun akan bermula esok. Sejak Covid melanda tidak sedar masa berlalau begitu pantas. Hari & tarikh pun dah tak ingat. Tapi hari gaji tahu pulak tu.. Hihihihi... 


Mak saya bagi sikit ubi kuning yang tanam masa PKP 1 tu. Ada juga 3 ketul besar ubi kayu putih yang pokoknya mak dah nak tebang. Kata mak ubinyabdah besar sangat & dah tak sedap nak makan. Mak kata nak tebang untuk gantikan tanaman semula ubi supaya dapat pokok & ubi muda. 

Ubi kuning tu sebab muda lagi, sedap la. 
Saya potong agak kecik & kukus. Pastu gaul kelapa + gula & sikit garam. Gaul & makan. 
Sebab nak feel tiwol tu yang saya potong kecik.. Hihihi... 

Pekena ngan Kopi O panas plak
Apa nak kata.... 
Memang ngam la.. 
Layan ja sambil hirup kopi sambil tenggelam dalam arus kenangan silam. Dulu tahun2 80's & tahun2 90's kalau drama dalam TV ada sahaja kisah anak kampung yang dok KL. Pastu balik kampung, mak dia bagi ubi kayu, takmau amik sebab malu nak bawa ubi kayu balik KL. Takpun seorang ibu tua dari kampung datang  KL bawa ubi kayu, anak memantu akan campak la buang ubi kayu sebab malu  tu makanan kampungan.Tak tahu lah memang keadaan tu benar-benar wujud atau hanya dalam drama sahaja.. 
Sekarang ni, rasanya orang KL berangkut ubi kayu bawa balik KL kot, sebab kat KL mahal. Takyah nak berlagak sombong la ngan ubi kayu. Ubi kayu dah ada class tersendiri. Kalau boleh dok atas kayangan pun nak tanam ubi kayu dalam pasu bunga. Hihihi.. 



Rasa dia macam ubi rebus biasa la sebab tidak direndam air seperti tiwol. Teringat pula ubi gadong. Dah lama stok ubi gadung habis. Beberapa tahun lepas mak selalu beli dari pengusaha ubi gadung & biasanya saya akan kukus sikit sikit bila nak makan sebab anak-anak memang tak makan. Saya pernah simpan membeku bertahun dalam freezer untuk dimakan sikit demi sikit. Tapi sejak beberapa tahun ni mak dah tak beli, maka dah tak merasa la ubi gadong tu. Pernah ajak mak untuk proses ubi gadong kat kampung sebab nampak masih ada pokok ubi gadong dikampung lama. Ubi gadong sahaja yang bertahan di kampung tidak diserang babi kerana ubi tu beracun. Kita manusia pun nak makan kena banyak proses untuk tawarkan racunnya. Bila ajak mak, mak cakap dah susah nak buat sekarang sebab tiada tempat nak rendam ubi tu. Dulu boleh rendam dalam parit yng airnya mengalir tanpa was-was. Sekarang air parit pun dah tercemar dengan penggunaan racun di sawah. Karang tak memasal maut bukan sebab ubi gadong yang beracun, tapi racun padi la pula.. 
Sapa nak jawab..... Huhuhu



4 comments:

  1. C.adik Ubi kuning ni la sesuai buat kek Ubi .parut dan masuk dlm adunan sama banyak ngan tepung .bakar dlm sejam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha..aaaa la.. Baru teringan kek ubi kayu tu..
      Boleh la try ada stok ubi ni.. Esok dah start PKP 2021...
      TQ tau

      Delete
  2. Hari ni dah mula darurat ingatkan zaman mak ayah kita je mengalami darurat.adakah darurat skrg sama dasyat mcm dulu.semuga usaha mengekang vivid 19 ni dipermudahkan Allah kerana sesungguhnya kita hanya mampu merancang dan perancangan Allah adalah yg terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu... Katanya ni darurat politik sahaja. Nak elakkan mengundi bagi elakkan rantaian covid makin panjang. Semoga Allah lindungi kita semua. Amiinn

      Delete