Wednesday 6 January 2021

NASI LEMAK DAUN SIMPO

Nasi Lemak Daun Simpo lagi.. 
2021 baru  6 hari berlalu, tapi saya sudah 2 kali masak Nasi Lemak Daun Simpo. Hari Sabtu lepas pun dah masak nasi lemak ni. Ni semalam hari Selasa, selang 3 hari sahaja masak lagi nasi lemak daun simpo ni.. Konon saja la masak nak tunjuk ek sikit kat Achik & mak kita masak nasi lemak daun simpo ni. Sekali mak kita lagi tau.. Hihihihi.. 


Hari tu saya sebut daun sempo. Hari ni sebut daun simpo pula sebab mak saya cakap ni daun simpo. Bunyi nak sama jer cuba idghom  dia lain sikit. Sama juga kalau semut, kami Kedah memang sebut bunyi "u" tu dalam.. Semut. Kalau belah selatan u tu bunyinya o sikit kot.. So bunyinya sebutannya  "semot".Gitu lah kot agaknya antara daun sempo & simpo tu rasanya beza sikit sahaja. Tapi masih daun yang sama. Kata mak saya yang saya amik ni simpo air. Kalau simpo hutan pokoknya besar & daunnya sikit kasar berbanding simpo air ni. Wallhua'lam


Nasi Lemak Daun Simpo untuk sarapan pagi semalam. 


Bungkus berlaukkan sambal tumis bilis dengan aksesori telur rebus & timun. 
Tapi saya add on juga sambal udang petai mahal tu. Hihihi


Tak ingat berapa bungkus saya buat tapi 2 pinggan berasingan. Hujung meja sepinggan. Rasanya dalam 20 bungkus jugak la. 


 
Nasi Lemak Daun Simpo 


Goreng ayam untuk Aqil guna air fryer kunun tapi tak syanteks la plak.. 


Set ori 
Nasi lemak
Telur rebus
Timun.. 


9 comments:

  1. sy pulak eja, Simpor... sy tahu pasal daun simpor ni masa pergi ke Belitung, Indonesia.

    betullah tu, kami orang selatan sebut semot, hahahah.

    Boleh beritahu tak jenama dan jenis beras tu, geram pulak sy menengok nasi berderai, panjang2 plak tu tak patah. Boleh tak buat satu entry tips nak dapat nasi macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh.. Simpur..kami walaupun orang Kedah tapi kami banyak cakap dialek Patani, tiada bunyi "q" sebab tu mak saya pun sebut simpo & bukan simpoq🤣Kalau air pun kami tak sebut ayaq tapi kami sebut "ai". Sayur kamu sebut sayo. Bubur kami sebut bubo.
      So, saya tak tahu ejaan dia simpo atau simpur.

      Beras gu saya guna beras Jasmine basmathi king.(sila beli @ speedmart sbb setakat ni saya jmpa kat speedmart hadganya 1 beg rn30++..kat lain biasanya 40++)tips masak saya cuci beras & isi sukatan air macam masak nasi biasa sahaja(sebenarnya tak sukat pun) Tapi tipsnya lepas basuh saya biar berendam air tu dalam 15 minit(sesambil buat kerja daput) baru saya on cook & biar macam tanak nasi biasa.masak nasi lemak pu. Sama juga biar terendam santan dalam 15 minit br on cook...Setakat ni dsri perhatian saya, merendam beras tu memang memberikan result yang baik. Dah masak beberapa kali nanti in sha allah dapat skill nya SK..

      Delete
  2. kalau sarawak pulak.. daun simpor

    dlu ms sy belajar di tanah melaya.. kwn2 suka tegur sebutan sy yg pekat sarawak yg xleh nk dielak.. contohnya, semut jugak lah ek.. sarawak kalau 'u' tu mmg betol2 lah kena sebut semut, perut, kecut... kalao sarawakian bkn perot, tp perut... yg tegornya pulak bff org johor.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Saya rasa macam terdengar2 pula dialek Sarawak Mim.. 🤣
      Jiran saya dulu kat kuaters memang pekat Sarawaknya. Dia cerita pernah tegur kawannya di khalayak..Masa tu kawannya baru bangun dari kerusi.. Katanya "tengok sikit bur*t kitak kotor tu.." merah padam muka kawannya.. Hahahhaha
      Rupanya dialek Sarawak bur*t tu bontot.Kat semenanjung itu dah maksud alat sulit prempuan🤭...

      Delete
    2. hahahaha... aah kak... bur*t tu bontot kalau kt sini.. kalau sy mmg xleh hilang kepekatan kalau sebutan yg ada 't' je kt belakang... kalau lain² ok.. org x caye sy org swak pun ada.. hahaha.. kenangan ms belajar

      Delete
  3. Ya Allah pemandangan apakah ini😋😋menyucoq nyucoq ayaq lioq aku..hehehe(Naz)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naz.. Ini namanya pemandangan di tepi pantai.. Hahahaha.. Sabar yer.. In sha Allah ada rezekinya nanti tu...

      Delete
  4. Ishhhh..menggeramkan sambal udang tu. Saya tak pernah kenal daun simpo tu kak 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daun dia nak macam daun pokok jati tapi lebih licin. Macam daun ketapang pun ada juga sikit tapi pokoknya tak sebesar pokok ketapang.. Tumbuh tepi2 hutan. Sepanjang PLUS hi way erea Perak kak tengok memang banyak sungguh

      Delete