Sunday 17 January 2021

KEBUN PKP MAK

Pagi-pagi macam ni kalau kat Kedah, saya akan buka pintu dapur seluas-luasanya & explore kebun ulam mak saya. Mak pula kalau time kami tak balik, pagi-pagi lagi mak dah merempit balik kampung, gi memancing lampam di sungai atau memancing puyu di taliair untuk hilangkan kebosanan. Jika tidak kemana pagi atau petang, mak akan membelek kebun ulamnya. Kalau sesekali kami balik, mak akan gantung sementara aktiviti memancing. Hihihi.... Lepas sarapan terus membelek kebun ulam


Kata mak  pokok ubi kayu ni semua yang ditanam semula masa PKP 1.0 hari tu sudah mengeluarkan hasil. Hari tu kata mak.. lepas saya balik KL mak nak tebang bersihkan semua pokok ubi yang sudah tua untuk ditanam semula. Tapi semalam saya call mak, mak kata tak jadi tebang sebab dah PKP. So, semua sayang nak tebang. Nanti boleh juga makan kalau PKP disambung. Lepas PKP nanti baru mak akan tebang. Padahal kat Kedah sebenarnta PKPB. Tapi semalam masa call sembang-sembang dengan mak, rupanya mak ingatkan Kedah pun PKP. Kata mak, semalam nak balik kampung , mak cakap mak bawa balik sekali bil api kampung & bil api rumah kat pekan tu. Kata mak masa PKP 1.0 kalau polis tahan depa minta bukti alamat yang di tuju. 

Ada sepokok ubi dah tua. Mak sempat cabut sepokok. Bagi ubinya pada saya separuh untuk bawa balik KL. Ubi yang terlalu besar mak biarkan sahaja dipangkal pokok biar reput jadi baja. Tapi semalam, kata mak ubi besar tulah mak dah jadikan ketupat ubi tu. Alhamdulillah... 


Pokok ubi berbuah kacang botor.. Hihihi.. Mak tanam kacang botor tak payah pakai kayu para-para. Para-para tu kami orang Kedah panggil "junjung". Tak tau pasai apa panggil junjung... Hihihi

Tapi kelemahan biarkan pokok kacang botor tu panjat pokok ubi ialah sukar nak bezakan kacang botor & daun ubi tu. Banyak kacang botor tua keras begitu sahaja sebab mak kata tak nampak buahnya.. Hihihi
Kacang botor ni mak saya & kebanyak orang Kedah panggil Kacang Sirih


Pokok Inai.. Dah patut kena cantas & pangkas ni...  Dah mula semak... Hihihi


Anak pokok petai belalang tumbuh kat tepi longkang ni. Mak saya kata dia pangkas supaya tidak tumbuh tinggi


Mak kata saja simpan selalu petik pucuknya buat ulam. Ulam pucuk petai belalang & petai belalang muda memang sedap



Pokok yang tak pernah putus. 
Ulam raja. Tapi dah penuh bunga dah. Mak kata lepas kami balik KL, mak nak bersihkan supaya tumbuh anak-anak ulam raja yang baru

Pokok Selom.... Dalam kesemakan. Kalau dulu dikampung zaman mandi air telaga, pokok selom ni mak tanam dalam petak kolam tepi telaga. Segala air basuhan kain mengelir ke situ & pokok selom, kesum & kangkung hidup bersatu padu dalam kolam tu.. Hihhihi


Pegaga ni memang banyak tumbuh melata


Anak pokok cili pun banyak. 


Pokok kucai ni   kata mak saya ada banyak ditanam dalam tong polisterin tak gemuk-gemuk. Bila mak alihkan sepokok tanam dalam pasu ni kemain subur dia. Buat coq udang sedap ni



Bayam Brazil sudah mula dipandang sepi. Zaman kegemilangannya sudah ssmakin pudar. Lumrah dunia, begitulah. Kadang dipuja, kadang dibenci tanpa sebab pun.. Huhuhu


Kaduk subur dibawah rimbunan pokok ubi. Lain kali kalau balik lagi nak buat miang kam lah... 

Selasihku sayang.... 
Benih dari seberang... 
Kekasihku sayang.. 
Rupanya milik orang... 
(takdak kaitan dengan sesiapa pun.. Hanya lirik lagu) 



Pokok betik kalah dalam rimbunan pohon ulam


Pokok terung pipit. Mak kata saja tanam amik anak benihnya kat semak di kampung. 
Kata mak pokok ni rajin berbunga. Berbuahnya tidak..... Jantan la kot... Hihihi


Halia sudah berbunga. Pokok semakin tua.Daun dah berlubang  disantap ulat. Ulat pun suka halia yer.. Bau daun halia ni macam bau kesing.. Kesing tu sejenis serangga yang suka menghisap cecair susu dalam biji padi yang belum menjadi beras. 


Pokok Kemangi. Baunya lebuh kuat daripada selasih. Buat  masak gulai siam sedap ni. Kalau dulu-dulu daun ni dicampur dalam kelapa berempah untuk ikan sumnat terutama ikan haruan yang bersaiz besar. Ikan haruan sumbat inti kelapa tu, orang Kedah panggil "bamtut". Hihihi, kalau tempat lain bantut tu tidak membesar... Jauh nau perbezaan maksud


Mangga harumanis pun mak selitkan tanam belakang dapur tu.


Kaduk subur bawah teduhan. Dah mula melata sepanjanh tembok pagar



Pokok nanas ni saya tanam dari 2017 lagi ni... Dh masuk tahun 2021  masih diam membisu.... Tidak sudi mengeluarkan buahnya


Pokok  pisang 
Mak saya cakap sebelum ni kalau nak bakar ikan pun takdak daun pisang. Lalu dikoreknya anak pisang di kampung bawa  ke sini  sepohon... Mesti anak pisang ni bersyukur dapat hidup di sini. Kalau dikampung  si babi dan monyet dah mula mengintai ni



Pokok maman... ni mak saya cakap  hari tu subur sampai berkali buat jeruk


Sekarang dah tua... Buahnya dibiar mazak & kering untuk dijadikan benih





Sirih sudah mula panjat junjungnya.. 
Daun kaduk dancing daun sirih hampir sama kan...
Bezanya sirih memerlukan junjung & akan tumbuh memanjat junjung tu. Sedangkan kaduk sifatnya tumbuk melata di bumi. Sebab tu wujud perumpamaan " Seperti Kaduk Naik Junjung" 
Maksudnya orang bawahan yang acah-acah dirinya orang kayangan (orang ada-ada) 
Kira macam perasan  hebat & tak sedar diri la... 


Antara  patikan di kebun PK mak saya.. Ulam hari Jumaat

Ulam hari Sabtu... 


Jom tour garden mak saya...... 

10 comments:

  1. Seronoknya berkebun ulam. Sy pernah merasa zaman mak rajin ni masa darjah 4, mak sy rajin bercucuk tanam termasuk ubi di tepi rumah. Masa tu mak tak kerja, bila sy darjah 6, arwah abah jatuh sakit dan tak boleh bekerja, mak jadi pengganti abah cari rezeki, dah tak sempat nak bercucuk tanam lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Innalillah..
      Semoga roh almarhum ditempatkan dalam kalanagan orang beriman.
      Semoga mak SK juga dikurniakan kesihatan yang baik & dimudahkan urusan

      Delete
  2. Seronoknya duduk di kampung. Boleh mancing, pungut macam-macam sayur dan ulaman. Moga mak sentiasa sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu zaman kanak-kanak dan zaman sekolah saya selalu berangan nak tinggal di KL kerana saya selalu ingin keluar dr kehidupan di kampung.
      Setelah berpuluh tahun di KL. Bila umur sudah meningkat(tua sebenarnya) hihihi..
      Keinginan untuk hidup dikampung mula bertandang dalam fikiran

      Delete
  3. Puas nya tengok kebun ni.. macm 2 Ada..ehhh nenek nampak berisi (Naz)

    ReplyDelete
  4. Mcm2 ada ulam-ulaman.. bestnya nk mkn ulam petik je luar umah.. nmpk sihat lg mak akak mst byk mkn ulam kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Tu la.. Kalau asya jalan dengan mak, kalau twngok dari belakang macam mak tu adik.Saya lagi besar dari mak & mak lagi sihat dari saya. Kalau nak lintas jalan bagai, taknak dia kalau saya nak pimpin, tak kompiden dia sebab saya lembik daei daua.. Hihihi

      Delete