Tuesday 19 January 2021

KACANG POI REBUS


Kacang  Poi Rebus.. 
Saya tak tahu kat tempat lain mungkin namanya lain tapi di Kedah memang dipanggil Kacang Poi. Rupa kacang ni bulat-bulat & kacangnya dalam tanah.Kebanyakannya bulat berisi sebiji isi kacang. Ada juga jumpa yang  bentuknya panjang sikit & berisi 2 biji kacang. Tapi kebanyakannya memang bulat. Isinya pula yang saya tahu ada 2 jenis. 1 jenis isi putih & 1 lagi jenis isi merah. Selalunya orang lebih suka yang isi merah. Yang merah tu sebenarnya selaput biji kacang sahaja. Isi dalamnya tetap putih


Bijinya seakan biji kacang merah tapi saiznya berkali ganda dari kacang merah. Lagipun kacang merah didapati daripada buahnya yang di batang pokol kacang . Kacang Poi isinya dalam tanah. 


Kacang Poi ni kawan rapatnya ialah Ubi Keling a.k.a Ubi Kemili. Jenis yang banyak muncul  hujung tahun kerana kata mak saya Kacang Poi ni juga agak lambat mengeluarkan hasil iaitu hampir setahun iaitu sama ssperti ubi kemili. Kata mak saya dulu-dulu ubi kemili & kacang poi memang ditanam bersama pada musim hujan & hasilnya dituai pada musim kemarau ketika pokok-pokoknya mula mupus(mula mati pokoknya) 

Selain kacang poi, kacang tanah mentah juga ada dijual. Namapun kacang tanah kan..Memang penuh bersalut tanah la. Dulu-dulu zaman kanak-kanak selalu nampak orang kampung tanam kacang tanah sebagai tanaman sampingan sementara menanti tanaman getah membesar. Biasanya semasa proses tanam semula getah, tanah emang subur kena bekas bakar kayu-kayu getah & juga baja untuk anak getah. Ketika anak getah masih kecil biasanya dicelah deretan anak getah ditanam tanaman sampingan seperti kacang tanah, jagung, labu & cili. Selain untuk pendapatan sampingan dan makanan, tanaman ini juga membantu kawalan rumput di kebun getah.Jika pun tidak ditanam sendiri, biasanya tanah kebun yang baru ditanam semula itu disewakan kepada taukey-taukey Cina untuk tanaman cili, timun, keledek dan lain-lain. Semasa cuti sekolah tingkatan 3 saya pernah mengambil upah petik cili di kebun Cina.Biasanya bermula pukul 8 pagi hingga 10 pagi. Dapatlah upah antara 4 hingga 5 ringgit setiap kali kutip. Kawan- kawan lain dapat upah boleh belanja makan laksa & Ais Kacang. Saya hanya mampu beli ais krim Malaysia sebatang 10 sen sebab nak kumpul duit. Dapatlah hampir 100 juga. Saya masih ingat 60 ringgit saya buat bayar yuran asrama yang tertunggak 2 bulan. Kalau tak langsaikan nanti result SRP kena tahan.. Manakala bakinya saya buat gigi palsu sebab sebatang gigi saya patah karana jatuh basikal.. Setahun gigi lompong, malu tidak terkata diejek kawan-kawan hingga rasa rendah diri & murung. Dapat kumpul upah petik cili, dapat buat sebatang gigi lega + bangga macam budak-budak muda sekarang dapat pakai braces  kot.. Hihihi.. 
Jauh saya meraban.... Walau cerita asalnya hanya pasal kacang poi



Kacang Poi ni saya beli di Pekan Sabtu 
Sekilo rm 12.. Ni jenis kacang poi merah. Selaput bijinya warna merah



Mak saya sudah basuh untuk buang tanah-tanah yang melekat  sebelum dirwbus. Prosesnya sama seperti nak rebus kacang tanah
 

Kacang poi sedang direbus. Nak rebus apapaun saya hanya guna rice cooker. Hihihu
Masa untuk merebus kacang poi ni lebih kurang 1/2 jam la  hingga empuk atau  nampak kulitnya sedikit terbuka macam rebus kerang tu


Ni yang saya bawa balik KL.. Nampak kan kulitnya sedikit terbuka macam kerang. & memudahkan untuk buka kulitnya



Cella sedang demo kopek kulit lacang poi merah ni. Selaputnya merah, isinya putih & teksturnya gebu. Saya rasa macam kacang tanah rebus. Cella cakap dia pula rasa macam kacang kuda rebus. Tapi ini adalah kacang poi rebus.. Hihihi... 



4 comments:

  1. Oo ini namanya kacang poi ya.Akak first time makan masa pergi rumah besan di Penang.Masa tu pergi pasar malam di sana ada jual kacang poi rebus .Disebabkan nak merasa membeli lah dan bertanya pada peniaga tu cara nak makan nya bagaimana...sedap kan tapi rasa kat tempat akak ni tak pernah pulak akak jumpa orang jual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer kak.. Kalau kat sana biasa ada jual dipassr malam @ pekan nat. Biasanya sekitar bulan disember & Januari memang musim tuaian kacang poi ni..
      Kat Johor tiada kacang poi tapi ada kacang foul kan kak.. Hihihi

      Delete
  2. Kacang2 ni tak dijual di Johor, kalau balik Kedah baru jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak makan kacang poi boleh balik Kedah. Nak makan kacang foul kena cari di Johor.. Hihihi

      Delete