Thursday 21 January 2021

KETUPAT PALAS UBI KAYU VERSI GULA MELAKA

 Merajinkan diri lagi dalam PKP


Saya masak Ketupat Palas Ubi Kayu lagi.. Tapi kali ni saya buat versi gula melaka d santan pekat. Minggu lepas buat versi warna putih guna ubi parut, garam, gula & kelapa parut. Tapi sebab tengok mak saya buat versi guna santan pekat lagi menarik & mak saya cakap lagi sedap. Sebelum ni juga saya parut ubi kayu tu. Tapi mak saya buat versi ubi kayu blended. Terbalik kod. Selalu saya yang blend ubi kayu sebab malas nak sagat. Mak saya pula selalunya akan guna mesin kelapa untuk mesin ubi kayu. Tapi kali ni mak cakap mak blend & mak kata lagi sedap.. Saya pula yang mengundur ke belakang, rajin dok sagat pula ubi. Tapi now saya dah boleh berbangga bila mak dah ikut cara saya iaitu blend ubi kayu & mak mengaku teksturnya lagi halus(halus  tu mak saya sebut "laik") Sama dialek Kelantan. Tapi Kelantan sebut "leik".. Banyak juga dialek kami sama dengan Kelantan. Walaupun kami Kedah tapi kami tak cakap dialek Kedah. Lebih banyak dialek Patani kecuali generasi muda.Dulu zaman sekolah menengah saya sering diejek sebab cakap dialek Patani tapi tu dulu zaman semua masih jumud. Sekarang ramai yang sudah meraikan perbezaan dialek. 


Ketupat yang baru masak masih agak lembik. Kena biar sejuk dulu. 
Saya berangan ketupat ubi putih gebu berkilat macam mak saya buat tu. Tapi malangnya saya tiada stok gula pasir putih. Saya gantikan dengan gula melaka ketul keras macam batu tu. Hiris halus & campur dalam ubi.Ubi pun saya blend halus, tapis & perah dalam kain maslin untuk perah airnya
Santan pula saya guna yang betul-betul pekat tanpa campur air. 

Bila dah sejuk, nampak berkilat & lebih kenyal.. Sangat sedap.. Liat kenyal, lemak d manis manja

KETUPAT PALAS UBI KAYU 
2 ketul ubi kayu(anggaran 1/2kg)
1 cawan santan betul-betul  kental
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan gula pasir/gula melaka hiris
Daun palas secukupnya (anggaran 15 helai) 

1. Potong ubi kayu saiz kecil supaya mudah blend. 

2. Tapis & perah ubi kayu dalam kain maslin hingga kering airnya. Mendapkan air perahan & ambil patinya

3. Campur ubi perah, pati ubi, garam, gula d santan pekat (jika santan perah sendiri memang cair. Jadi, masukkan dalam freezer sekejap & biar pati santan jadi lapisan diatas & lapisan air dibwahnya. Ambil hanya lapisan putih) Jika guna santan cair, nanti ubi terlalu berair susah nak bungkus. 

4. Daun palas dibuat kelongsong kosong dulu supaya daunnya kembang & mudah nak guna

5. Sudukan adunan ubi & bungkus seperti ketupat pulut. 

6. Buat hingga siap & kerat tangkainya supaya kemas. Kukus 1/2 jam

7. Biar sejuk, supaya lebih kenyal & padat. 




Kelongsong palas kosong

Ubi blend yang sudah diperah & dicampur semua bahan. Adunan tida boleh terlalu berair. Cukup lembab-lembab sahaja supaya mudah nak bungkus


Bungkus macam ketupat palas pulut


Buat hingga selesai & potong tangkainya. 
Kukus hingga masak. Biar sejuk dulu baru makan supaya lebih padat kenyal & sedap

Sedap dimakan begitu sahaja bertemankan kopi O panas. Saya masih belum berpuas hati kerana tidak dapat warna putih bersih macam ketupat ubi versi mak.. 


4 comments:

  1. Replies
    1. Sedap Sk...
      Pada tekak saya lebih sedap dari lepat ubi sebab lebih kenyal & feel.. Hihihi

      Delete
  2. X penah rasa ni.. mst sedap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try mim kalau nak tau rasa dia. Try sikit dulu kalau takut tak kena selera.. Hihihi

      Delete