Pakcik dah pesan awal-awal suruh siap awal-awal pagi nak gi tempat sembelih lembu qurban...
Aku excited + berdebar-debar...
Rasa berdebar dia lain macam..
Macam nak kawin plakðŸ¤ðŸ¤ðŸ¤
Hafal niat qurban..
Walaupun niat qurban tu pendek & simple tapi kena la hafal
Takut jadi macam orang na(
Sebabnya tahun ni giliran aku menjalankan ibadah qurban ni
Mak aku cakap tahun ni turn qurban untuk aku
LEMBU QURBAN 2019......kat sini untuk kakak..
LEMBU QURBAN 2018......kat sini untuk abang
LEMBU QURBAN 2017.....kat sini untuk mak aku
Tengok oldpost Raya Haji 2016 kenduri kambing juga...
Lembu Qurban 2020
Pakcik kata Lembu Qurban ikut SOP
Pakai face mask😷
🤣🤣🤣🤣
Actually memang lembu tu muka dia warna putih macam pakai mask
Memang real muka dia putih la
Bukan dia pakai mask
Lembu ni macam dah tahu
Dia akan diqurbankan...
Sebenarnya lembu ni lembu peliharaan tauke lembu
Tuan lembu ni memang tauke daging..
Kalau tengok sejak 2018 kandang ni sama jet
Sebabnya memang tempat yang sama
Tauke lembu yang sama
Redho itu pasrah
Pasrah itu menyerah
Apapun lembu qurban ini
Memang sudah dijanjikan syurga
Semoga kita bertemu di syurga nanti...
Ini pun lembu peliharaan tauke lembu tu juga
Tapi menurut makcik (wife tauke lembu tu..)
Lembu yang ini belum cukup umurnya untuk diqurbankan..
Yang dalam kandang ni plak abang kepada lembu yang belum cukup umur tu..
Tapi yang berdiri tepi kandang tu abang kepada Aqil.. 🤣🤣
My cousin la... Haikal..
Si abang lembu ni juga pasrah menanti giliran
Kerana tauke lembu tu cakap...
Lembu ni juga akan diqurbankan hari ini until sesi ke-2
View tepi kandang
Pokok rendang kat belakang tu la bilik sewa yang dalam Seniman Bujang Lapuk
Yang Sudin cakap bilik sewa 6x3 tu..
Itu.... KUBUR...!!!
Dah siap sembelih..
Pakcik yang jadi tukang sembelih lembu hari ni...
Hebat rupanya pakcik aku
Merangkap abah Haikal & Aqil ni
Boleh sembelih lembu ruoanya pakcik ni
Hebat..!!!
Ada jer video masa sembelih
Tapi sebab sembelih kan
Ngeri la..
Ni la 1st time aku tengok dari mula proses ikat lembu...
Tumbangkan lembu
Niat qurban..
Tengok pisau diletakkan dileher lembu
Disembelih
Melihat dari lembu tu bernafas
Bunyi lembu yang hampir habis nafasnya
Mendengus nafas lembu yang kuat & seram
Hingga lembu tu senyap x bernyawa lagi
Hinggalah di lapah..
Kulitnya disiat
Melihat isi perut lembu dikeluarkan segala hati, perut, paru semua tu
Isi perut lembu dikeluarkan dari perutnya
Banyaknya isi perut lembu
Kata mak aku isi perut kita juga banyak & berat
Jika dikeluarkan segala isi perut kita & diletakkan dalam baldi
Kita sendiri x mampu nak angkat
Tapi kuasa الله...
Segala isi perut yang berat itu kita mampu bawa dengan mudah dalam badan kita sepanjang hayat..
Subhanallah....
Alhamdulillah
Allahu akbar...
Lembu dilapah & dipotong-potong dagingnya
Peha lembu digantung bagi memudahkan isinya dipotong
Dah bawa balik dagingnya ke kamoung nenek untuk di timbang & diagihkan
Banyak dagingnya
Sebab lembu tu gemuks & berdaging
Lagipun ini 3 bahagian daripada 7 bahagian lembu tu
1 bahagian nenek
1 bahagian achik
1 bahagian aku
Jumlah keseluruhan daging lembu untuk 3 bahagian ni 45kg
1 bahagian dapat 15kg daging bersih
Tidak termasuk tulang & organ lembu
Pakcik dah pesan siap-siap untuk timbang & asingkan 1/3 daripada berat daging
1/3 bahagian itu kita boleh makan
2/3 lagi kena sedekahkan
Pakcik suruh potong-potongkan anggaran sebesar penumbuk
Supaya senang nak timbang untuk dibungkus & agihkan nanti
Di sana daging
Di sini daging
Dimana-mana ada daging
2 basin besar penuh daging
1 besen penuh organ
1 besen penuh tulang-tulang
Perut lembu
Ada macam-macam jenis perut
Nenek cakap ada perut tebal
Perut kitab
Perut tuala
Apa lagi ntah aku dah lupa
Nenek tengah proses perut lembu
Ada tekniknya lah nak bersihkan perut lembu ni
Pastu barulah senang nak tanggalkan lapisan hitam tu
Mak aku plak membersihkan tapak kaki lembu
Kaki lembu tu kena bakar sampai rwntubg kulitnya
Pastu kena kikis & kopek semua lapisan luar & kuku kaki lembu tu
Mmmm... Nampak macam susahnya...
Tapi bau dia
Aummmmmmmm
Bau lembu bai..!!!
Mak aku la nak sangat makan tapak kaki lembu ni
Eiiiiiiii....
Ni pun perut lembu juga...
Ni nenek kata perut panjang namanya..
Mmmm... Memang panjang
Sambil kerjakan semua daging & hal yang berkaitan dengam lembu tu
Achik dah asingkan 3kg daging lembu untul suruh mak aku panggangkan
Puas hati dapat makan daging bakar puas-puas...
Sampai x habis makan
Kerja-kerja menimbang & packing daging dilakukan oleh kakak & Haikal
Setiap bungkus pakcik soh timbangkan sama berat
Setiap bungkusan pakcik suruh timbang 800gm daging
Pastu topup plak ngan tulang-tulang yang dah potong
Tapi tulang pun banyak isi melekat
So... Berat setiap bungkusan +- 1kg la
Semua sekali dapat...
Alamak x ingat berapa bungkusan semua ni
Haikal tau la jumlahnya
Rasanya kalau x silap dekat 50 pack
Beberapa bungkus pakcik hantar kepada saudara mara
Selebihnya... Haikal hantar kat jiran-jitan nenek & ulang alik tunggang motorsikal nenek hantar keliling kampung sampailah habis stok daging yang dah packing
Nasib la rezeki siapa yang dapat
Pastu kemas-kemas rumah nenek
& gerak balik rumah baru
Tak terus masuk rumah
Terus gi hujung pagar sana tu
Nak update IG jap
Setiap kali lepas qurban memang langit akan mendung ke caner?
Siapa snap gambar siapa ni
Best...
Angin sawah
Padi sedang menghijau
Last snap
Sebelum lari balik
Sebab hujan dah mula rintik kasar
Angin ribut beserta hujan pun turun mencurah-curah
Macam nk tercabut pokok ubi nenek..
Walaupun kat belakang dah pasang bumbung sikit
Ingat x basah
Tapi sebab angin kencang...
Habis basah juga
Hujan sampai malam..
Sedapnya Zzzzzzzz
Achik call
Cakap esok xyah masak
Nanti achik nak masak sup gear box
Seronok baca kisah qurban Cella ni, banyak ilmu yang boleh dimanafaatkan. Terima kasih atas perkongsiannya.
ReplyDeleteSemoga ibadah korban diterima dan bertemu nanti sebagai haiwan tunggangan
Heeee.. Tq aunty..
DeleteBanyak share info. Setiap kali buat qurban... Kalau buat kerja lain pun sama gak.. Pakcik akan terangkan banyak info.
Bagusnya penulisan cella hrni..dpt bygkn suasana ibadah korban yg berlangsung di sana. ...Akak tak balik kulim aidiladha kali ni..
ReplyDeleteBtw comey la anak dara yg pakai baju pink dgn tudung krim tu..😉
Selamat Hati Raya Qurban sis...
DeleteKali ni boleh feel sebab qurban bahagian sendiri. Selalu share qurban abang kakaknenek& family achik jer. Bila sendiri yang terlibat lagi feel nal citer...
TQ tau cakap baju pink tu comey.. Heee.. malu iðŸ¤ðŸ¤