Saturday, 1 August 2020

RAYA HAJI 2020 (PKPP COVID 19)

Salam Aidil Adha 2020...
Tahun 2020 adalah tahun beraya dalam PKP
Masa Raya Aidil Fitri beraya dalam PKPB di KL...
Ni Raya Aidil Adha pun beraya dalam PKPP..
Alhamdulillah dapat rentas negeri..
Dapat balik beraya di Kedah
Ingatkan dah boleh beraya macam biasa.
Tapi No... No...No...
Tambahan plak Kedah yang sebelum ni Zon Hijau...
Tetiba dah nak raya  muncul Klaster  Sivagangga (aku google jer sebab sebelum ni aku ingat sungai gangga🤭)
So... Raya Haji pun xleh nak yak yak yey sangatlah kat Kedah sebab semua dah cuak..

Kat kampung nenek..
Dah masuk kampung nenek
Tapi belum sampai lagi
Tu sayup-sayup sana tu rumah Mayah.
Selang 2 rumah lagi baru rumah nenek
Pagi lepas masak semua
Hangkut bawa balik kampung nenek
Walaupun dah tahu
Solat Sunat Hari Raya pun hanya beberapa orang dewasa sahaja yang solat sebab nenek kata xde kebenaran pun..

Macam biasa kalau raya
Mesti masak Nasi Tomato
Ni achik yang masak banyakk...
Special kali ni sebab ada Kambing
Bukan sikit tapi seekor kambing
Haaaa.... Memang puas makan kambing
Sampai dah bokeh bunyi
Mbeeeekkkk...
Mmmmbeeekkk



Kuih Raya...
Biskut Kelapa
Bangkit Santan
Biskut Jerman
Cookies
Kerepek2

Ketupat Pulut wajib la
Dah namapun raya


Kurma Kambing special untuk raya
Nenek & achik yang masak
Tapi aku ngan Haikal yang siang potong daging kambing ni tau..!!


1 kuali besar Kurma Kambing
Kambing kampung kata nenek
Haaaa... Nenek kata nenek memang dah niatkan kambing ni untuk Haikal & aku sempena dah habis belajar sekolah rendah & sekolah menengah... 
Sempena kesyukuran untuk Haikal & aku dapat sambung belajar.. 



Acik masak Nasi Tomato
Nenek plan nak buat kenduri kat rumah kampung waktu pagi lepas orang dah habis solat raya boleh terus ajak semua kat surau datang  makan kat rumah nenek..
Memang setiap kali raya pun memang akan ada menu nasi tomato kat rumah neneke
Selalu lauk kari daging & ayam masak merah...
Tapi kali ni special sebab lauk Kurma Kambing


Tapi kakak & nenek x makan kambing
Rugi.. Rugi... Rugi... Kannnnnn

Acar Timun + Nanas pun wajib

Papadom pun wajib la ada
Untuk makan ngan Nasi Tomato

Achik juga masak Sup Tulang....
Nasi Tomato
Kurma Kambing
Kari Daging
Sup Tulang
Acar Timun + Nanas
Papadom
Air Soda Herb.
Tapi sebab surau xde kebenaran solat raya
Semua orang pun cuak sebab tetiba Kedah jadi Zon Kuning sebab tetiba kes baru Covid 19 naik mendadak di Kedah
Semua kecut perut
Tak berani nak beraya...
Makanya kenduri kesyukuran bertukar plan
Pakcik suggest suruh tapawkan dalam bekas makanan
Nanti tengahari Pakcik & Haikal nak gi solat Jumaat..
Akan bawa sekali pack Nasi Tomato Kurma Kambing... Ke Masjid..
Untuk edarkan kepada jemaah masjid..


So.... Jom bungkus...



Pakcik isikan Kurma Kambing dalam plastik

Kakak tukang isi Nasi Nasi Tomato


Nenek isikan acar


Papedom Goreng


Asingkan sikit untuk simpan
Manalah tahu kot family PakLong balik beraya rumah nenek

Sapa suka boleh hirup & ratah sup tulang
Yang ni hanya hidang
Tak bungkus la sebab dah ada Kurma kambiing

Nasi tomato berbeza warna
Ada yang terang
Ada yang pucat
Sebab Achik ulang masak berasingan dalam periuk Noxxa
Setiap kali raya Noxxa ni kena kerja keras😅
Nasib la sapa yang dapat nasi tomato yang pucat
Ada yang dapat nasi tomato yang warna terang

Kakak gigih membungkus nasi

Sup xyah bungkus

Kari Daging untuk yang x makan kambing
Ada ker orang x makan kambing
Hahahaha.. Ada la...
Tukang bungkus nasi tu memang x makan kambing


Setiap pack
Set nasi lauk & acar





Sebab raya hari Jumaat
Pakcik ngan Haikal bawa gi masjid
Lepas solat Jumaat edarkan
Haikal cakap laku keras🤣
Sebab kambing kaaaann
Nasib la siapa yang dapat rezeki la
Sebab x mampu la nak tampung semua jemaah masjid tu


Ada 2 group kanak-kanak datang beraya
Yang group lelaki x sempat snap pic
Sebab  tengah bz apa ntah


Dah siap packing baru boleh makan dengan aman


Gegirl pun baru nak makan..
🤮🤣🤣


Nenek gembira anak lelakinya balik raya
Pak Long balik
Raya kali ni x best sangat
Sebab orang x beraya sangat
Takut Covid 19
Sebab tetiba Kedah dah bertambah positif covid 19
Semua takut
Masing-masing makan ngan family jer
Lepas dah tapawkan nasi lauk semua untum family Pak Long bawa balik Kulim
We all semua pun berkemas juga nak balik town
Haaaaa siang kat hometown
Malam wajib la balik tidurkat town


Ok Selamat Hari Raya Haji
Nak rehat plak
Sebab esok akan penat sebab esok buat qurban...
Pakcim dah pesan
Esok kena siap pagi-pagi
Sebab nak gerak awal ke tempat buat qurban...
In sha Allah tahun ni giliran aku menunaikan sunat qurban..
Tungguuuuuu







2 comments: