Lantaran kesibukan persiapan untuk memulakan kehidupan baru sebagai pelajar universiti.
Akhirnya hari yang dihitung untuk bertolak ke Trengganu bagi pendaftaran @ UniSZA.
Memang dah dimaklumkan bahawa pendaftaran hanya secara drive thru..
Sudah tertulis dalam takdirnya rezeki kitorang interview secara online masa PKP bulan April 2020 dalam bulan puasa..
Allah kurniakan lagi rezeki berjaya dalam interview & merasai pengalaman mendaftar dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP Covid 19)
Alhamdulillah rezekiku di sini...
Syukur yang amat..
Petang isnin 10 Ogos 2020..Tol Kuala Trengganu...
Perjalanan bermula pukul 10 pagi dari tempat kerja mak aku.. Puncanya mak aku cakap cuti hanya diluluskan 2 hari sahaja iaitu 11 & 12 Ogos.. Tetapi hari Isnin diberi excuse separuh hari. Pagi mak aku gi kerja by grab car. Sebab kereta nak isi barang dan beg semua. Pukul 9 bertolak dari rumah ke tempat kerja mak aku. Kakak drive sebab abang juga cuti x lulus coz abang baru kerja.Tol Lebuh Raya Pantai Timur(LPT)
Berbeza dengan tol Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)
Dah nampak signboard UniSZA
Hilang skit rasa penat perjalanan yang panjang LPT
Jalannnya sunyi banget..
Kenderaan pun x banyak..
R&R pun hanya ada beberapa tempat sahaja & kebanyakan gerai makan ditutup & dipasang tape putih merah.
Mungkin sebab x ramai orang
Mungkin juga sebab masih PKPP Covid 19
Kakak drive
Aku baca waze
Mak aku ngan nenek kat seat belakang
Waahhh....
Lalu Kampung Losong
Selalu tengok dalam TV
Mak aku cakap tempat terkenal perusahaan keropok lekor..
Melihat pemandangan kampung dan bandar dalam visi menjejak hotel penginapan kami malam ni
Ok dah sampai....
Arena Boutique Hotel..
Kakak dah book sebulan yang lepas
Hotel bajet jer
Tapi cantik
Bersih & banyak fasiliti
Bilik aku ngan kakak
Tapi sayang touch lamp kat cermin tu x function lak..
Jakun jap dengan cermin ni
Sebab kat bilik aku & kakak touch lamp dia rosak
Aku nak guna hair dryer
Malas nak guna kat bilik aku
Bising.. Kakak tengah call ngan kwan dia
Ni bilik mak aku & nenek
Bilik aku ngan kakak kat sebelah...
Sengaja book 2 bilik sebab kalau sebilik jer, nanti nenek xmo tidur atas katil
& nenek memang x suka air cond..
Selalunya.. Nanti tengah malam nenek akan off air cond... 😜
So, biar nenek tidur ngan mak aku. 🤭
Aku ngan kakak nak air cond sejuk-sejuk
Lepas check in...
Mandi, solat & keluar gi cari dinner..
Mmmm... Sadly sebab kami terkena pengalaman x best..
Makan kat Pantai Batu Buruk..
Nasi Goreng Kampung
Nasi Goreng Ayam
Sotong Celup tepung
Lala Masak Pedas
Keempat-empat nasi memang sejuk tawar hanya gaul sos
Lala langsung xde isi.
Sotong dia walaupun ciput tapi itu jer yang tekak kami boleh telan.
Pulang dengan perut lapar & hati sakit.
Bukan rezeki kami, dapat makanan tak seperti harganya.
Semua hanya cuit sikit jer
Xmo letak pic lah...
Yang x best xmo simpan
Dah jom ronda-ronda lu...
Cam biasa kakak driver
Aku waze reader😅
Nenek @ London Bridge🤭
Masa ni dah maghrib
Takpe kitorang musafir...
Boleh jamak & qasar
So.. Tak la rasa berdosa sangat jenjalam time maghrib.
Hihihihi
Tapi lepas gi sini terus balik hotel & rehat
Penat dekat 8 jam on the road...
KL - KT
Pagi-pagi 11 Ogos 2020
@ Nasi Dagang Mak Ngah
Plan asal nak gi Nasi Dagang Atas Tol
Tutup plak kedai tu...
So, cari lak Nasi Dagang Mak Ngah
Nenek la suka sangat nasi dagang ni
Nenek kata kena ngan selera nenek..
1½pinggan nenek makan
Aku..???
Mmm.. Aku x minat sangat nasi dagang
Makan sikit jer
Separuh lagi nenek habiskan
Terua gerak gi Pasar Payang
Buka awal.. 8.30 pagi dah buka
Ni tengah bermasalah nk bayar parking
Hahahaha.. Bukan we all jer
Orang Trengganu pun beberapa orang cakap mesin ni bermasalah..
Actually mesin ni xde masalah sangat
Cuma kena pastikan masuk syiling dalam jumlah jam yang genap
Contoh 1 jam 60 sen
Ko kena masuk 60 sen
Kalau ko nak 50 minit sahaja & masuk 50
sen dia xnak kuar tiket
So kena masuk 60sen @ rm1. 20 @ rm1. 80 sen gitew..
Kalu nak gi 10 minit pun kena masukkan 60 sen juga tau
Dia x mo minit-minit
Dia nak jam jer
Ingat tu..!
Dalam Pasar Payang
Masing-masing sendiri shoping sendiri jalan
Kakak nak beli barang dia
Mak aku nak beli keropok bagai
Nenek la sibok cari tudung
Aku hanya temankan nenek..
Tak banyak pun snap pic sebab aku kan nak jadi warganegara Trengganu untuk 2 tahun ni🤭
So, takyah kalut sangat
Pas2 ni leh datang lagi
Rupanya kakak dah bayar parking by online
Ok balik hotel
Nak mandi
Nak tukar pakaian
Sebab daftar kena pakai baju kurung lengkap berkasut
Takleh pakai selipar..
Kena wangi2🤣
Pukul 12.15 Check out...
Ni nak ke Pizza Lizza
Untuk lunch
Kakak kata kawan kakak cakap WAJIB cuba Lizza Pizza yang viral kat KT
Plan asal nak gi Warung Pok Nong .
Nak makan sotong celup tepung & ikan celup tepung
Tapi dah waze... gerai tu tutup setiap Selasa
Mmm.. Agaknya kat sini setiap Selasa banyak tempat makan tutup
Sib baik buka
Nak lunch sama-sama
Pastu dah nak terus gi UniSZA
Kedai dia besyer2 jer
Sebab bahagian dalam ditutup lepas PKP
Hanya buka depan dia jer untuk take away
Tapi we all order untuk makan kat sini juga
Walaupun hanya kat luar dia
Sebab.. Kalau tak.. Nanti nak makan kat mana jer pun
Sebab dah nk terus gi UniSZA dah lepas makan ni
Lagipun pizza kan kena makan panas2
Barulah melting cheese
Sambil tunggu pizza siap
Makan Durian Crepe yang beli kat Pasar Payang tadi
Betulkan skit tudung nenek
Yang dah senget benget
Hahahha
Aku pakai baju kurung lama mak aku
Aku jumpa masa kemas2 almari baju mak aku bulan lepas...
Agaknya masa ni mak aku kuwus sebab baju ni kecik muat ngan aku
Mak aku x kasi pakai sebab baju lama
Tapi aku nak juga pakai baju kurung ni walaupun dah lama
Sajer nak amik berkat...
Pinjam semangat mak aku...
Semoga aku jadi seorang yang kuat & tabah💪
Chicken peperoni..
Mewah ngan cheese
Tapi nenek hanya makan crust dia jer
Nenek x suka cheese
Memang mewah cheese
1 whole pizza RM 18..
Tapi makan dalam kelam kabut sebab nak mengejar masa
So, x feel sangat la makan kat luar ni
Maybe kalau santai-santai makan dalam restoran dia lebih feel
Actually pizza ni sangat sedap
Cuma aku sedang gemuruh sebab lagi 1 jam lebih jer lagi nak daftar dah
& pastu akan berpisah dengan semua family....
Jauh di negeri penyu ni
Sedih tapi dalam masa yang sama sangat bersyukur الله kurniakan rezeki dapat sambung belajar di sini
Pukul 12.45 dah gerak ke Gong Badak
Waaa... Lalu airport la
Daulat Tuanku..!
Sudilah perkenan patik nak bermastautin di universiti tuanku ni...
Sebab sampai pukul 1++ kami belum boleh daftar kerana pendaftaran sesi pagi belum berakhir
So, tunggu jer dulu bawah pokok dalam kampus ni
Agak-agak dah nak pukul 2 keluar semula ke pintu masuk & u-tern masuk semula
Cukup pukul 2.00 pm baru boleh Que kat gate masuk tu..
Sayup-sayup nampak khemah
Kalau sebelum PKP mesti ramai parent menunggu kat situ
Dulu masa daftar kakak dapat la tengok macam tu
Masa kakak daftar kat Segamat, aku ngan mak aku x ikut
Hanya pakcik, achik & nenek yang hantar
Masa tu abang baru operation lutut
Tak boleh gerak sangat
Masa daftar abang kat Kolej pun sama
Hanya pakcik, achik & nenek yang hantar
Masa daftar kakak kat Puncak Alam, baru dapat hantar..
Ni daftar aku, abang x dapat ikut sebab baru posting x dapat cuti..
Hanya mak aku, nenek & kakak sahaja
Daftar pun secafa drive thru jer
Sebab norma baharu & PKPP Covid 19
Que agak panjang
Tapi x lah jem macam daftar sebelum PKP
Sebab sekarang norma baharu
Tarikh daftar dibahagi-bahagikan supaya tak ramai daftar dalam tarikh & masa yang sama
Tapi kena patuhilah masa & peraturan yang dah ditetapkan..
Kat Dewan ni laluan siswa & siswi akan berpecah
Amik sticker blok kediaman
Parent dapat gudies bag..
Hati semakin berdebar
Amik sticker blok asrama
Amik kunci bilik...
No blok & no bilik dah diberitahu dalam surat pendaftran.
Sampai sini just bgtau petugas
Nanti dia bagi la
Tapi semua kena buat cepat-cepat
Jangam nak terhegeh-hegeh
Semua kena minimumkan masa bertemu
UniSZA......
Mung tunggu
Aku datang nih....!!!
Kalu mung ase mung puang
Mung lalu ar sining
Kalo mung jatang.
Jangang lalu sining
🤭🤭🤭 Ada bunyi Ganu op..??
Deretan kolej kediaman
Dari peneranagan senior..
Kolej ngan fakulti dekat jer
Jalan kaki jer gi kuliah
Alhamdulillah
Laluan siswa & siswi berbeza..
Yer la.. Xkan asrama sama plak kannn🤣
Masjid dalam kampus...
Ops.. Masjid ni kat depan sana nun
Tapi malas nak ubah pic letak atas..
Heee
Seronoknya... Nanti bulan puasa nak gi solat terawikh la kat masjid ni
Ini niat aku sebelum ni
Kalau masjid x jauh aku nak gi aktiviti masjid & solat terawikh...
Ok... Ni video proses pendaftaran drive thru...
Bukan la kena buka bonet semua
Just tanya prosedur biasa la kan..
Excited
Tapi berdebar macam nak akad nikah
Rasa nak muntah
Rasa nak berry..
Suhu diperiksa
(ada tulis dalam surat pendaftaran)
Diawasi agar tiada yang turun dari kenderaan selain daripada pelajar sahaja..
Kereta mesti kena gerak rapat-rapat
Pergerakan mesti pantas..
Jangan nak terhegeh-hegeh..
Orang lain dah Q lama
Hanya salaman dipintu kereta sahaja...
Sebaik sahaja menjejak sahaja kaki di sini bermakna kami TAK boleh keluar dari kampus ni selama 14 hari
Nak bergerak dalam kampus ni boleh jer
Tapi x bokeh keluar dari kampua
Kira kuarantin dalam kampus la
Gembira +berdebar dah berakhir pnantian nak ke sini
Sedih terpaksa berpisah dengan mak aku & family semua..
Apapun aku di sini lillahita'ala...
Untuk menimba ilmu..
Semoga الله meredhoi aku
Aku tahu mak aku meredhoi aku...
Bye... Bye....
Bye nenek..
Bye mak....
Bye kakak...
Bye semua...
Doakan الله mudahkan urusanku & aku berjaya dengan cemerlang dalam pengajianku di sini...
Jom angkut segala beg masuk bilik
Jangan nak berangan ada orang nak tolong angkut...
Hiapppp💪💪💪
Mak aku update dah sampai Hotel Seri Malaysia
Kakak dah booking sebulan yang lepas
Mak aku cakap Seri Malaysia ni hotel lama
Kategori hotel bajet jugak la...
Cari hotel yang sesuai ngan bajet tapi nak view laut...
Dapat lah Hotel Seri Malaysia ni
Actually river view
Mak aku kata view Kuala Trengganu
Kuala sungai
Hanya tengok pic yang dikongsi mak aku
Malam ni dah start tidur berjauhan dari mak aku
Aku di kolej
Mak aku ngan nenek ngan kakak kat hotel ni
Abang kat KL pun sorang-sorang
Lagi seddey...
Mak aku cakap gudies yang UniSZA bagi tu ada air mineral & keropok trengganu
Nenek lak tunjukkan Kerabu Sare
Kata nenek kerabu ni sedap
Takde kat Kedah & KL
Ni mak aku update pagi 12 Ogos 2020
Kata mak aku sebab norma baharu
Tiada lagi buffet breakfast kat hotel ni
Hanya pilih menu & hanya boleh tapaw..
Nanti pagi staf hotel akan hantar ke bilik..
Cian nenek xdapat la nak breakfast pilih macam-macam
Mak aku update pic dalam family group whatsApp...
Cakap nenek suka duduk tepi tingkap tengok bot kuar masuk kat kuala sungai tu
Santai tepi tingkap sambil makan buah
Nenek seronok dapat jalan-jalan & dapat tengok bot tepi tingkap hotel..
Tak la aku rasa bersalah sangat paksa nenek datang hantar aku jauh-jauh..
Heee... Kalau ikutkan nenek xmo datang sebab nenek kata tak berapa sihat sejak accident hari tu
Tapi aku paksa nenek ikut juga
Kalau xnak ikut aku cakap aku nak merajuk sebab aku tahu nanti nenek mesti akan hantar Haikal ke IPG 1/9/2020 ni..
Aku nak nenek hantar aku jugak la
Heeee
Ni pun update dari mak aku dalam family group
Masa datang bonet penuh barang aku
Masa balik plak bonet penuh keropok
🤣
Mak aku cakap pukul 10 dah check out sebab nak singgah Keropok Losong
Nak kena gerak awal sebab nak sampai KL sebelum malam..
Mak aku cakap LPT tu hi way dia sunyi x macam hiway PLUS nak balik Kedah
Lagipun semua pompuan
Mak aku, nenek & kakak
Aku hanya tengok pic jer lah
Xper aku lama lagi di sini
Nanti2 pun boleh gi
Kannnn
Mak aku cakap dorang buat keropok & terus masak dan jual kat situ
Mak aku cakap meropoknya boleh terus dimakan selepas direbus
Takyah goreng
Mmmm.. Aku belum pernah try
Takpe. Nanti aku explore la
Mak aku cakap nanti bila-bila kalau datang lagi nak ajak aku makan keropok rebus kat sini..
Kata mak aku LPT tetap sunyi macam masa datang hari tu juga
R&R dia pun semua gerai makanan tutup
Hanya ada jual makanan ringan
Laaaaaa...... naper macam tu
Ni mak aku update dah sampai Temerloh
Bandar Ikan Patin
Lunch kat situ
Aku pun baru lepas lunch
Semalam dapat lunch box percuma sebab baru daftar dorang sedia makanan..
Sedap
Hari ni kena beli sendiri la
Tapaw jer dari cafe
Sub baik makanan sini murah sangat..
Aku beli Nasi Goreng Ayam... baru rm3. 50
Memang x dapat la kat KL
Sekolah ku dulu pun x dat harga ni
Air bancuh singgit jer
Alhamdulillah syukur sangat
Sebab harga makanan semua lagi rendah yang aku bajet
Aku plan,setiap pagi nak bancuh nestum jer
Lunch aku nak makan lewat supaya malam aku xyah makan berat..
Malam boleh makan biskut or maggi jer
So, kalau sehari rm5 aku rasa dah cukup
Kalau dapat kurangkan lagi bagus.
Nantilah aku akan manage semula perbelanjaan
Sementara itu aku di asrama..
Sedang mengemas sengsorang di bilik
Housemate lain semua dah ada roomate
Hanya aku yang single🤭
BEFORE...
Ni la barang-barang aku..
Masa baru masuk bilik xtahu nak mula dari mana
Orang lain ada yang roomate dah daftar 10 & 11 Ogos
So yang daftar sama ngan aku, masuk bilik dah bersih, roomate dah bersihkan
Bilik aku belum ada sesapa
Lantai berhabuk
Aku lak x bawa mop sebab ingatkan roomate aku daftar dulu..
Kiranya ingatkan dia dah bersihkan la🤣
Setidak2pun dia bawa mop la.
Hahhahaa
Sib baik ilmu mengemas rumah aku ada la sikit-sikit😁
Sampai housemate aku pun hairan camaner lantai sampai berkilat..
Lebih barsih dari bilik dorang
Syyyyyy.....
Aku guna tisu basah untuk lap lantai😅
Hasilnya.... Bersih berkilat
Heeee
Stok makanan
Biskut
Nestum
Milo
Yang WAJIBnya..
MAGGI
😅
Kerana aku seorang perempuan
😁😁
Meja study aku
Pinjam laptop kakak
Kena pinjam juga sebab kelas online bermula 12 Ogos d tak tahu samoai bila
Sib baik laptop kakak laju jer bila online
Wifi sini pun laju
Aku belum ada laptop
So, walau aku x suka pinjam barang kakak
Aku terpaksa..
Bawah meja study
Baldi & bakul sampah
Heee sampah kering penuh sebab tengah mengemas
Locker aku..
Lega dapat locker kayu & besar
Ada yang dapat locker besi
Aku x suka locker besi
Tapi kalau dapat aku redho jer
Tudung bawal tu 10 helai aku beli online
10 helai rm60.. Beli yang mur-mur jer sesuai ngan bajet.. Hihihi
Sebahagiannnya Achik bagi masa balik Raya Haji hari tu
Baru merasa ada tudung sendiri
Sebelum-sebelum ni rembat tudung kakak jer
Takpun tudung mak aku
Hehehe
Puas hati aku dapat mengemas
Lega hati bila bilik dah bersih & kemas
Baru nampak apa yang mak aku cakap selama ni
Sebelum ni kadang-kadang aku merungut bila semua kerja rumah aku kena buat..
Membasuh, jemur kain, lipat kain,sapu langai, mop, gosok baju bagai..
Rasa macam x adil bila aku kena buat
Now...... aku dah faham
TQ mom..!
Keperluan seorang perempuan
😁😁😁
Bilik aku jadi tempat lepak housemate sebab x banyak barang & aku sorang
Tapi bila malam dorang ajak aku tidur bilil dorang sebab aku sengsorang
Aku ok jer tidur sorang
Tapi setiap malam ada je housemate yang akan tarik aku tidur bilik dorang.
Dorang cakap takut apa-apa hal aku sengsorang
Dorang cakap nanti roomate dah datang xper lah tidur bilik aku pun
Alhamdulillah rezeki dapat housemate baik-baik semuanya..
Syukur sangat
Puas hati dapat kemaskan bilik
Baru tenang nak study
Alhamdulillah atas segala nikmat Allah...
Roomate aku masih misteri
Rupanya roomate aku kena kuarantin dibilik isolasi kerana difahamkan dia datang dari Kedah...
Negeri zon merah terbaru kerana penularan baru Covid 19
Masa negara kita teruk dilanda Covid hari tu Kedah zon hijau
Tapi now Kedah plak jadi zon merah..
Pray for Kedah & juga roomate aku
**Hampir seminggu nak menghabiskan catatan ini. Jika sebelum ni satakat catatan macam ni hanya 1/2 jam dah siap. Nampak sangat betapa masa begitu padat namun digagahi mencuri masa untuk entri ini sebagai kenang-kenangan dalam sejarah perjalanan hidupku....terima kasih kepada semua pembaca yang selalu membaca d memberi komen yang baik2 & selalu mengikuti catatan perjalanan hidupku.
Andai ada ruang masa in sha Allah akan dicatatkan walau mungkin sebulan sekali..
Doakan yang baik-baik untukku💕
Lps ni xde la update menu nasakan ye.. xpelah apa2pun belajar rajin2 ye. Banggakan mak dan keluarga. Semoga berjaya.
ReplyDeleteTerima kasih atas pesanan.. In sha Allah akan saya ingat
DeleteAkak tumpng gembira ats kejyaan adik...moga Allah permudhkn urusan dunia akhirat..Aamiin.
ReplyDeleteTerima kasih akak...
DeleteTerima kasih atas doa yang baik
Tahniah dik cella👍
ReplyDeleteTerima kasih membaca blog ni sejak lama dulu🌹🌹
DeleteTeruskan menulis 📝📝
DeleteAssalam, Cella
ReplyDeleteTahniah Cella, telah bergelar siswi di Unisza. Anak sedara aunty pun pelajar unisza juga tapi skrg dia kelas online di rumah, tak silap aunty dah sem 4 skrg.
Cella di sana dapat course apa? Apapun, aunty percaya Cella pandai membawa diri, dicampak ke mana2 pun boleh. Aunty doakan kejayaan Cella agar bila kembali nanti dapat berbakti pula kepada mak dan keluarga serta nenek, pakcik & makcik..
Meh aunty nyanyikan sebuah lagu untuk Cella
Rumah kecil tiangnya seribu
Rumah besar tiangnya sebatang
Waktu kecil kau ditimang ibu
Dewasamu dipukul gelombang
Berhijrah ke alam remaja
Menguji kekuatan jiwa
Tiada seindah impian
Sesungguhnya hidup perjuangan
Cabarannya tetap datang
Umpama laut bergelombang
Yang gagah akan berdiri
Yang lemah akan ke tepi
berjaya disanjungi.. kecewa dibenci
Begitulah lumrah manusia
Agar kau tak kecewa
Berhijrah ke alam remaja
Menguji kekuatan jiwa
Tiada seindah impian
Sesungguhnya hidup perjuangan...
Huhuhu..
DeleteTQ aunty...
Pasni kena cari anak buah aunty ni buat sedara.. Mana tahu mak sedara dia datang Ganu.. ajak kiter sekali gi makan🤭
Dah search lagu ni rupanya penyanyu yang pernah masuk gegar vaganza.. Orang Ganu.. Heee
Banyak pesanan dalam lagu ni.. TQ aunty & doa yang sama untuk Iman..
Tahniah..bukan rezeki nak jumpa kat uitm..selamat menempuh alam pengajian ..besarnya almari..heheh dulu aunty alamari macam ni kena kongsi 2 orang..maklumla satu bilik duduk 3 orang..zaman x sama ujian pon x sama..moga cella lebih matang hidup sendiri..jadikan setiap hari ada benda benda baru yang dipelajari, ilmu yang paling berguna adalah dari universiti kehidupan..be strong dan amalkan sentiasa bersyukur..insyaAllah akan ada jalan keluar bagi setiap masaalah
ReplyDeleteTu la...
DeleteAsalnya Uitm tu masuk dalam list kita nak isi UPU.. Sebab seronok tengok setiap kali hantar kakak balik kolej
Rupanya rezeki kiter kat sini..
Alhamdulillah... Hampir sebukan kat sini.. Seronok & masa penuh terisi..
Terima kasih pesanan untuk kiter..
In sha Allah kiter jadikan panduan
Assalamualaikum cella. Coretan cella ni buat akk hujan airmata tau..😭 tq mak cella lahirkan dan didik cella dgn sgt baik.sentiasa dlm coretan cella menghargai stp susah payah ibu dan keluarga.
ReplyDeletePart pakai baju mak tu akk tak boleh thn dahh..betul kan dlm apa jua keadaan redha mak ayah tu paling penting..selagi mereka redha inshaAllah berkat hidup kita dik.
Teruskan pelajaran dgn sebaiknya..jg diri, jg kesihatan..jg iman ..kami semua reader cella akn rindu coretan mskn mak cella tp mybe kita akan mengikuti pula perjalanan seorg cella yg lebih dewasa, berdikari dan matang. Keep on writing bila bosan k..hihihi..
Ya Allah lindungi dan pelihara adik cella ni ya Allah. aminn
Sissss💕💕
DeleteTerima kasih tak terhingga atas segala kebaikan kepada kiter..
Hanya Allah yang mampu membalasnya. Rasa sis macam Achik kiter plak.. 😭😭😭
Bz giler selama 3weeks ni wp online class tapi memang ikut timing dalam jadual.. Tepat masa kena siap pakai formal & duduk depan lappy ramai-ramai ngan classmate.kadang ramai2 kat cafe ikut online class. Test pun banyak dah ni.. Kita dipilih jadi S/U brigged dalam kokurikulum.. 1st program kiter nak buat gotong royong lat masjid. Memang bz buat paper work(bender baru bagi kiter) nak cari sponser bagai. Tapi seronok sebab banyak belajar bender baru.
Sis teruskan doa untuk kiter tau..
💕
Assalam ..Tahniah Cella ,semoga bertabah sepanjang pengajian menjadi seorang siswa dan berjauhan dari keluarga.
ReplyDeleteTerima kasih juga atas kiriman doa & selama menjadi reader blog ni.. In sha Allah ada kesempatan nanti kiter menulis lagi.. Cuma sekarang rasa bz sangat sebab banyak akena belajar bender barubag kiter
DeleteAssalamualikum.. Tahniah cella.. Semoga dipermudahkan urusan dik cella dunia akhirat.. Sebak baca post dik cella.. Teringat ank sendiri ��
ReplyDeleteWaalaikumussalam...
DeleteDoa yang sama juga untuk anak sis & juga semua.
Kiter sayang semua reader walau x pernah jumpa
Alhamdulillah..Tahniah Dik Cella...semoga ALLAH permudahkan segala urusan....Tempat belajar baru,kawan baru,semuanya serba baru...moga sentiasa sabar,cekal dan dikuatkan semangat...muah ciked😙😙😙
ReplyDeleteHai aunty..
DeleteMuah2...
Terima kasih atas doa aunty & pernah jadi "best friend" kiter😘.
Setiap kali balik kg kalau lalu Bukit Merah mesti ingat aunty.. In sha Allah nanti nak juga singgah umah aunty
Salam cella, akk baca blog cella Dari cells sekolah rendah lagi. Dulu akk selalu g unisza, utk buat analysis utk lab, utk research master akk. Akk orang terengganu, pizza lizza dkt sgt dgn rumah akk tu.. nnt2 kalau ada masa, blh la kte jumpa. ��
ReplyDeleteSalam...
DeleteWaaaaa... Terima kasih sis
Bestnya dah buat master dah sis.nanti nak gi lagi lah pizza lizza ni.. Kot sis nak belanjer🤣.. Sebab hari tu makan whitout feel.. Hahahaha
Dari kecik sampai la ke besar dah budak ni... Semoga diredhai Allah sentiasa
ReplyDeleteAammiinnn....
DeleteHeee... Sekejapan jer masa berlalu kan... Kiter pun sedar x sedar dah habis sekolah. Macam x cayer kiter dah ada kat unisza ni
Tahniah, semoga sentiasa berjaya dalam hidup and mendapat keredhaan Allah.
ReplyDeleteTerima kasih
DeleteInsha Allah... Semoga doa yang baik ini juga akan kembali kepada yang mendoakan..
Tahniah dikcella,kami rindu la masakan umi di Kuala Lumpur 😆
ReplyDeleteTerima kasih atas sokongan semua😍😍😍
DeleteIn sha Allah minggu ni saya uodate blog💕
Tahniah adik...akak baca blog cella dari cella kecil lg...setiap hr bukak blog awk adik..semoga semua resepi yg cella kongsi menjadi ilmu yang bermanfaat...semoga terus berjaya dunia dan akhirat...ig awk apa dik...
ReplyDeleteTerima kasih semua...
DeleteHuh, Alhamdulillah berkat doa dari semua followers & readers banyak الله permudahkann urusan sepanjang 2 bulan di UniSZA...
In sha Allah sehari dua lagi settle exam saya akan update blog.. Rindunyaaaa❤️❤️❤️
Cella.. study smart
ReplyDeleteTQ sis🌹🌹🌹
DeleteSemoga berjaya dlm pelajaran Cella.. akan merindui resepi masakan mak.. teruskan menulis ya❤️❤️
ReplyDelete💪💪💪
DeleteIn sha Allah atas sokongan & doa semua kiter akan cuba update blog dalam masa terdekat ni
Assalamualaikum. rindu la nak baca coretan cella
ReplyDeleteKiter pun rindu nk update blog tapi swpanjang 2 bulan ni memang bz se bz nya hingga kadang call mak pun sekejapan sahaja
DeleteIn sha Allah nak update blog dalam masa terdekat
Tau dah xde update masakan dgn crite2 cella..tp acik ttp buka blog cella ni. X jemu baca.
ReplyDeleteTerharunyaaaaaaa.....
DeleteBuka jer blog.. Waaaaaaaa, ramai juga merindu catatan kiter😍😍😍
In sha Allah sok atau lusa dah boleh update blog...
Bila nak update citer terkini ni...bertahun lama ya dah jadi rutin dok buka blong ni hari2 😔
ReplyDelete💕Sikit lagiiii...
DeleteHari ni last class..
In sha Allah esok lusa dah boleh update blog..
Banyak nak citer niiii😍😍😍😍😍
Akak suka carik resepi kt blog awak especially resepi masakan kampung yg simple2. Rupe nye skrg mak awak yg tulis blog ni ye.. Ape2pun akak doakan semoga awak berjaya.
ReplyDeleteTerima kasih...
DeleteMaaf baru baca komen ni bila nak t/b Cella daftar UniSZA.Terima kasih atas doa dan kesudian membaca blog ni
Hai akak. Sy nak tnya. Berapa yuran kolej kediaman unisza ?
ReplyDeleteAlamak...nanti saya tanya Cella & nanti saya update
Delete