Friday 1 December 2017

AYAM MASAK KICAP DAUN KARI

Ayam Masak Kicap Daun Kari
Haa...ni pun 1 lagi fenomena kat umah aku.
Asyik bau daun kari jer
Dah macam berada di New Delhi dah..
Hahaha ..xyah gi India..
Kat KL pun ada Little India...
Tapi dah lama mak aku x bawa ronda2 KL...
Kalau time rajin selanya weekend morning selalu jer ikut mak aku ronda2 KL..
Kalau weekend morning biasanya jalam clear...
x jem...leh ar pusing2 dengan aman
Mmm...esok kakak cakap dia ada even kt KL..
Ingat nak hikut tapi akak kata malam la plak..
Mmm...rasa macam nak gi tengok Expo Alu Negaraku kat Dataran..
Kakak dah gi minggu lepaa..
Kakak kata best..
Tapi aku xde kawan la plak nak gi..



Ayam Masak Kicap Daun Kari ni
Mak aku masak untuk aku ngan abang..
Sebabnya mak aku masak ayam ni sama ngam masak SAMBAL KACANG TUNGGAK DENGAN HATI DAN LIMPA kat sini...
Aku ngan abang memang x makan hati dan limpa bagai tu
So, untuk aku ngan abang mak aku masakkan Ayam Masak Kicap Daun Kari ni...



Aku suka la Ayam Masak Kicap Daun Kari ni
Sebab bau dia harum bercampur rasa kicap tu
Mak aku cakap selain daun kari mak aku juga guna Limau Purut untuk ganti asam jawa..
Sebab tu bau dia lagi harum...
Ooooo



AYAM MASAK KICAP DAUN KARI
5 ketul ayam- gaul garam dan serbuk kunyit
1 tangkai daun kari
½ cawan kicap manis
½ cawan air
½ biji limau purut( @ 1 sudu air asam jawa)
½ bawang besar- hiris bulat
5 cili padi hijau- belah 2
1 sudu teh garam
minyak

Bahan Blend:
5 cili kering
2 bawang putih
½ bawang besar

1. Goreng ayam yang digaul garam kunyit.Tak perlu goreng garing,sekadar untuk bg ayam masak sahaja
2. Tinggalkan agak- sgak 2 sudu minyak gorengan ayam dalam kuali dan tumis daun kari.
3. Masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak
4. Masukkan kicap manis dan 1/2 cawan air.
5. Masuk pula ayam goreng ,garam dan jus limau purut.
6. Sesuiakan rasa dan tabur bawang hiris,cili padi hiris dan matikan api

No comments:

Post a Comment