My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Friday, 28 October 2016

KUIH TEPUNG BUNGA

Kuih Tepung Bunga...
Minum petang semalamnyer...
Memang betul-betul petang la sebab dah dekat nak maghrib baru minum
Heeeee



Kuih Tepung Bunga ni mak aku kata kuih tradisional negeri Kelantan..
Loh...aku ingatkan kuih Indon...hihihi
Ops...tu pelakon la yang kat Indon tu..
Bunga Cinta Lestari..
Hihihi...


Aku suka kuih ni
Lagi-lagi bika tergigit gula tu..
Lemak manis & liat-liat macam chewing gum..
mak aku cakap tu bukan liat...tapi tu namanya kenyal...
Walaupun rupa kuih ni nampak budus jer,tapi memang sedap...
Macam  nenek selalu cakap la.."don't judged book by the cover"...
Hahahaha...kellas  nenek...
Tapi tu nenek Francis Ligh  yang cakap..heeee
Mak aku dah selalu juga masak kuih ni tapi dah habis ngap baru ingat nk snap pic..
So,yang tinggal hanya Bunga Piring..
Kuih Tepung Bunga dah habis!!!

KUIH TEPUNG BUNGA..mak aku
1Cawan tepung pulut
1/2  cawan santan@air
Secubit garam
1 sudu gula pasir
1 biji telur
Minyak untuk goreng

 1. Capur tepung pulut ,santan dan garam..uli hingga menjadi doh..

2. Bulat-bulatkan sebesar buah melaka


3. Pecahkan telur dalam mangkuk lain & kacau

4. Leperkan bebola tepung pulut tadi & celup dalam telur

5.Goreng dalam minyak panas hingga garing...

6. Angkat kuih & toskan.Susun dalam piring kuih & taburkan gula pasir..
Siap dihidangkan bersama kopi 0 @ teh 0...
Nyum3...







No comments:

Post a Comment