Wednesday, 19 October 2016

KUIH TALAM PANDAN RESIPI NENEK

Kuih Talam Pandan..
Sedapppp
Bawahnya harum dan  manis
Atasnya lemak dan berkrim..
mmmmm....
Nyum..nyum..nyum...



Aku ni kan penggemar kuih-kuih tradisional..
Mak aku aku kata Kuih-Kuih Orang Tua..
Sebab selalunya kuih-kuih cenggini...
Hanya orang-orang tau
Macam mak-mak & nenek-nenek jer yang suka...
Tapi dah aku suka..
Paling aku suka KUIH TEPUNG BUNGKUS..
Nak plak yang bulat dalam dia tu guna tepung pulut hitam...

MACAM YANG MAK AKU BUAT KAT SINI....

Pergh....
Sedap do..!!!!
Tapi mak aku kata kena sabar tunggu kuih-kuih tu betul-betul sejuk baru hasilnya akan cantik dan licin.
NI semua mak aku kata versi x sabar..Kuih masih suam-suam mak aku dah cungkil..
Makanya jadilah kuih tu macam permukaan bulan..
Mmmm....kalau aku yang masak..rasanya lagi la aku x sabar..
Panas-panas pun aku akan cedok makan..hihihihi
Mak aku ni suka bercerita sambil masak..
Kata mak aku dolu-dolu lapisan bawah kuih tu dipanggil "badan"
Lapisan atas dipanggil "kepala"
Ni klu dalam Komsas...dipanggil unsur-unsur "personifikasi" ni...
Memanusiakan benda-benda lain..
Hihihi

Kuih Talam Pandan ni pun sedap...
Aku suka...
Kata mak aku masa mak aku form 1 lagi nenek dah ajar buat macam-macam kuih..
Tapi mak aku kata kalau dolu..kuih-muih yang kukus ni hanya dibuat waktu bulan puasa jer..
Kata mak aku masa tu sebab Bazar Ramadhan hanya ada kat bandar-bandar besar macam KL jer..
Kat kampung memang xde la..
Semua rumah akan masak sendiri kuih-muih & lauk-pauk
Lagipun mak aku kata kalau musim menanam padi atau menuai padi ...
Nenek akan akan berada di sawah dari pagi hingga petang walaupun puasa..
Petang ...dah dekat nak berbuka baru nenek akan balik..
Sebab tu lah form 1 pun mak aku dah pandai masak kuih & lauk..
Mak aku kata semua itu...
KERNA TERPAKSA...
So..
So....
So......
Bukan la salah aku kan...
Kalau x pandai nak masak kuih-kuih ni..
Sebab untuk aku TIADA PAKSAAN..
hihihihihi...
Tapi mak aku kata dolu-dolu nenek panggil kuih ni TEPUNG TALAM..
Dimasak dalam loyang yang nenek panggil PELENGAT..
Sudah sejuk..kuihnya akan dipotong bentuk diamond..
Mak aku kata ....
Satandard la semua kuih-kuih dolu potongannya sepesen jer..
x boleh nak potong cara lain..
Menderhaka namanya..!!!
Hahahaha...
Dahsatttt...!!!!
Sebenarnya ....mak aku kata kuih-kuih dolu tu dipotong cenggitu ssupaya mudah nak adjust, xmembazir & cantik serta kemas..
Mak aku pal suka buat kuih-muih kukus guna cup merah yang kecik tu untuk  senang nak adjust sebab nak masak sikit jew...berdua jew nak makannya pun...
Tu la alasan yang selalu mak aku ulang pada aku..
Dah boleh hafal ayat tu..!!
hihihihihi...
Kata mak aku lagi..sekarang ni dah senang nak masak boleh google jer resipi..
Ada macam-macam pilihan yang sedap-sedap dan menarik..
Tapi yang ni mak aku versi yang nenek ajar...
Bahan asas..


KUIH TALAM PANDAN..mak aku
Lapisan hijau:
1 cawan tepung beras
Secubit kapur dibancuh dengan 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 cawan santan cair
1/2 cawan air daun pandan(5 daun pandan)
2 titis pewarna hijau

Lapisan putih:
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam



1. Campur semua bahan lapisan hijau dalam periuk & kacau atas api hingga nampak sedikit pekat.Sudukan separuh penuh dalam cawan-cawan kecil yang sudah dipanaskan dalam pengukus.

    * Jika dibuat dalam loyang..Setelah adunan dimasukkan dalam loyang  ,masukkan dalam pengukus.K
       Jangan tutup pengukus..Kacau dahulu adunan dalam loyang hingga nampak pekat baru ditutup 
       pengukusnya..
- Tujuannya supaya tepung dan cecair akan bercampur sama rata & mengelakkan tepung mendap kebawah semasa proses kukus..Jika tepung mendap..kuih akan keras didasarnya & lembil diatasnya

2. Sementara mengukus lapisan hijau,campurkan semua bahan lapisan putih hingga sedikit pekat
3. Setelah lapisan hijau beku,sudukan pula lapisan putih & kukus lagi hingga masak.Lebih kurang 15 minit..
Sejukkan sebelum dicungkil keluar daripada acuannya.

9 comments:

  1. Tq..siap bg tips lg,kuih semua org blh buat tp tulah keras lah ,lembiklah,tq bg tips...ilmu ..๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome..
      Kiter sekadar share..
      Yang masak tunmaknkiter..
      Moga blog ni memberi manfaat kepada semua..in sha Allah

      Delete
  2. Kalau guna tepung gandum jdi keras ey tepung talam kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak kiter cakap
      Tepung gandum pun oleh jer
      Ada jer resipi & ada jer yang suka
      Tapi rasa ada perbezaan..
      Tepung beras lebih harum & ada peminatnya sendiri

      Delete
  3. Lapisan putih tu kena masak sekejap atas api tak?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, resepi ni ni uk siaz pelengat besar mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.. Takde plak tanya mak loyang basar mana sebab resioi ni guna cup merah yang buat apam

      Delete