Monday 9 May 2016

UBI GADUNG KUKUS

Ubi Gadung Kukus Bersama Pulut

 Ubi Gadung..
Tak tau Ubi Gadung?
Ya..like me..
Memang sebelum ni aku x tau Ubi Gadung ..
Nanti mak aku tulis citer dari mak aku
Tapi ni seingat aku dah kali ke-3 mak aku masak Ubi Gadung..
Tapi aku cuma cubit sikit jer rasa..
Mmmm...x tau lah macam mana rasa dia sebab aku cubit sikt sangat..
Tapi mak aku kata sedap sangat..


 Mak aku makan Ubi Gadung Kukus ni dengan pulut gaul kelapa,garam & gula.
Bersama secangkir Kopi O Panas..
Haaa...baru tadi belajar perkataan cangkir tu..
Cangkir tu cawan la...

Pernah tengok Ubi Gadung?
mmmm...aku tengok yang dah siap je..
 Mak aku kata kat kampung nenek ada Ubi Gadung ni.
Tapi dalam semak..& aku x pernah tengok pun.


Ni gambar  aku Google dari  http://herbadantumbuhan.blogspot.my/2014/06/ubi-gadung.html
 


 
 Ubia dia pun semacam jer..
Ngeri aku nengok..




Kata mak aku Ubi Gadung ni sejenis ubi yang beracun.
Binatang pun x makan Ubi Gadug ni sebab beracun..
??????????
Habis tu x bahaya ke manusia makan?
Yang dari pokok aku x pernah tengok..
Nak prosesnya mak aku sangat rumit kerana banyak proses



 Kata mak aku nak cerita cara prosesnya sangat panjang..
Maka untuk senang nak faham SINI ADA CERITA PANJANGNYA.....



Ni Ubi Gadung yang dah siap  proses..Mak aku kata nenek beli dari orang kampung  yang memang buat untuk jual.
Rupa ubi tu patutnya slice yang nipis..Tapi yang tu mak aku frozenkan dah lebih setahun.
Whatt????


Bila dah hilang beku camni rupa Ubi Gadung tu



Bila dipisahkan nampak la slice yang nipis-nipis


Slice Ubi Gadung tu di campur pulut (yang sudah direndam selama 1 jam)
Ratio Pulut & Ubi Gadung ikut sesuai.Biasanya 1:1
Kemudian dikukus sehingga masak .BIla nampak pulut dan ubi jadi berkilat & lutcahaya



Masa mak aku kukus tu bau macam pulut..
Tapi mak aku kata bau macam tu sebab mak aku dah campur pulut..


Bila dah masak..Ubi Gadung Slice  yang lembik tadi akan jadi keras berkeping-keping & pulut akan berkilat


Digaul bersama kelapa parut bercampur garam & sikit gula


Biasaya dihidang bersama Kopi O panas
Kata mak aku ada juga yang hanya mengkus Ubi Gadung Tanpa Pulut..
Rasa Ubi Gadung lebih original
Ada yang tidak campur gula tetapi hanya kelapa bergaram & dimakan bersa ikan masin
Kata mak aku lagi selain di Kedah...negeri lain yang ada makanan ni ialah Kelantan & Trengganu..
Negeri lain....mmmm mungkin ada..mungkin tidak

Tapi aku belum rasa nak makan lagi...aku hanya cubit sikit..
Mak aku kata  masih ada bali dalam freezer..


2 comments:

  1. Post ni menarik perhatian saya sebab saya sedang mencari ubi gadung terutamanya dari Kedah. Ada info siapa perlu saya contact?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak kiter cakap sekarang ni dah habis musim orang proses Ubi Gadung..
      Mak kiter cakap biasanya orang proses gadung dalam bulan Disember sebab masa tu musim panas dan pokok2 gadung mati baru bileh diproses ubinya..Kalau pokok masih berdaun x boleh proses sebab racunnya banyak..

      Delete