My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Thursday, 15 October 2026

HARI NI MASAK SAMBAL AYAM DAUN LIMAU PURUT & AYAM KICAP CENDAWAN

 Hari ini lauk tema ayam lagi...

Ayam Sambal Daun Limau Purut & Ayam Kicap Cendawan.
Malam tadi sebelum tidur keluarkan ayam dari freezer letak dekat tetingkat supaya dah boleh masak.
Yang ada sebekas ayam bahagian dada daripada seekor ayam...

Isi ayam bahagian dada tu saya dadukan sebesar tauhu dipotong dadu sebesar tauhu dipotong 4 & garam kunyitkan...Plan asal nak masak berlado  tapi malas pulak nak kisar lada pagi pagi buta..Cili kering kisar  dan bawang kisar memang ada stok dalam peti ais..Dua minggu sekali & kadang sebulan sekali memang saya buat cili kisar.Dulu masa dibtempat kerja lama ada kawan yang selalunopen order cilli dan bahan kisar lain.Kat tempat kerja sekarang pun ada juga saya dapat contact suplier cili kisar tapi sejak  tahun ni saya kembali buat stok cili kisar sendiri.Itupun sejak saya dah reti beli cili kering kurang pedas kat TT...hihihi..
Maka saya sambalkan aja bersama daun limau purut Tapi daun daun limau tu dah kekeringan tidaklah nampak daunnya,tapi aroma masih ada.Nak kasi nampak fresh saya tabur sahaja daun sup cincang

SAMBAL AYAM DAUN LIMAU PURUT
2 keping dada ayam +-700gm
3 biji kentang- belah belah
5 helai daun limau purut
1 cawan cili kisar
½ cawan bawang kisar
1 kiub ayam
minyak,garam,kunyit

1. Dadukan ayam dan garam kunyitkan.
2. Goreng ayam hingga masak.Kemudian goreng kentang.ketepikan.
3. Tumis bahan kisar hingga naik minyak 
4. Masukkan ayam,kentang & daun limau purut.
5. Perisakan dan masak hingga kembali naik minyak.Sesuaikan rasa.



Ni lauk bekal Sarah untuk bawa ke rumah pengasuh.Isi Ayam masak kicap sama cendawan
Untuk sarah memang seminggu sekali beli fillet ayam dan isi ikan & masukkan dalam ziplock kecil saiz untuk sekali masak..Hari ni menunya Ayam Kicap Cendawan..
Buat bodo bodo jer..Sebelum ni dia tak suka kicap..rupanya bila masak cair-cair macam sup tapi tambah kicap ..ok jer dia makan.

AYAM KICAP CENDAWAN 
 isi ayam-dadu
3 kaki cendawan - hiris tebal
¼ lada capsicum merah-dadu
¼ buah tomato masak(dadu)
1 sudu bawang merah+ putih + halia cincang
2 sudu kicap
daun sup

1. Panasakan 1 sudu makan minyak dan tumis bawang,halia ,tomato & capsicum dadu

2. Masukkan isi ayam dan masak hingga ayam kecut.

3. Tambah air dan kicap sebagai kuah.

4. Perisakan dengan sedikit garam jika tidak cukup masin & tabur daun sup cincang




1 comment: