Labu Jepun antara jenis labu yang saya suka kerana rasanya yang sedap kerana isinya isinya yang halus creamy.
Bijinya lebih besar daripada biji labu lemak yang biasa tu...
Specialnya labu ni jugak nak masak tak payah kupas kulit..Kulitnya lembut dan bila makan tak betasa pun kulit...
ni warna oren
PENGAT LABU JEPUN
1 biji labu Jepun
2 sudu sagu biji
2 keping gula Melaka
1 kotak santan
½ sudu teh garam
2 helai pandan
1. Belah belahkan labu dan & tak perlu kupas kulitnya.
2.Potong dadu besar besar.
3.Rebus labu bersama 4 cawan air dan pandan.
4. Bila mendidih masukkan,garam dan sagu 5.4.Kemudian, gula melaka.
5. Bila labu sudah empuk,masukkan santan kotak dan biar mendidih sambil dikacau agar tidak meruap.
6. Sesuaikan rasa.Sedap dimakan bersama pulut kukus ,roti @ cream creaker
.
Labu juga antara buah yang disebut dalam Al-Qur'an.Saya ada kongsikan ayat tersebut dalam youtub
Boleh klick sini https://youtube.com/shorts/A8ImVx80obE?si=oXGYrv1Sl-bfvjEc







Cantik labu ni, kulitnya hijau... labu ni kadang ada yg manis, sedap, jenis gebu.. ada pulak jenis yg xde rasa.. tp tu yg local rasanya
ReplyDeleteBetul...pernah juga terbeli yang dah masuk angin...hambar ..
DeleteTapi saya pun taktau buah labu jepun ni buah local @ import...cuma namanya labu Jepun
Baru tau namanya labu Jepun. Arwah Pak dulu suka makan serawa labu.
ReplyDeleteLabu ada banyak jenis...saya pun tau beberapa sahaja
DeleteAntaranya labu lemak,labu manis,labu jepun dan butternut yang ada pinggang tu...yang tu pun sedap sangat tapi agak mahal...tempat saya sekilo RM23
Tau labu kuning tu je. Ingatkan sama je rupanya ada nama lain.
ReplyDeleteKita dah terbiasa labu kuning kan...tapi sebenarnya ada banyak jenis dan rasa serta tekstur ada perbezaan walupunasih ada rasa labu
DeletePernah nampak dekat pasaraya je..tapi tak pernah beli lg
ReplyDeleteTry beli sekali & rasa perbezaan ya dengan labu kuning biasa...hihihi
DeleteLama sungguh tak makan pengat labu ni ... labu jepun lagi lah tak pernah rasa huhuu :D
ReplyDeleteBulan puasa ni biasa akan timbul menu menu lama tu...hihihi
DeleteSaya pun suka labu jepun ni. Dulu balik dari Cameron Highlands beli dua biji. Emak ketaws tengok betapa comelnya labu tu.
ReplyDeleteMak pun pastinya sama comel sebab ketawakan labu..sama sama comel....😍
Delete