Sunday, 15 February 2026

LABU JEPUN SEDAP DIMASAK PENGAT

 



Labu Jepun antara jenis labu yang saya suka kerana rasanya yang sedap kerana isinya  isinya yang halus creamy.

Buahnya nampak hijau,jangan ingat labu muda.


Saizpun lebih kirang besar mangkuk kuah jer



Tapi bila belah nampak bijinya tak padan saiz buah yang kecil comel..
Bijinya lebih besar daripada biji labu lemak yang biasa  tu...


Specialnya labu ni jugak nak masak tak payah kupas kulit..Kulitnya lembut dan bila makan tak betasa pun kulit...


Bijinya pun agak berbeza dengan biji labu lemak yang biasa kita tanam.Biji labu Kepun
 ni warna oren



PENGAT LABU JEPUN


1 biji labu Jepun

2 sudu sagu biji

2 keping gula Melaka


1 kotak santan


½ sudu teh garam


2 helai pandan


1. Belah belahkan labu dan  & tak perlu kupas kulitnya.

2.Potong dadu besar besar.

3.Rebus labu bersama 4 cawan air dan pandan.

4. Bila mendidih masukkan,garam dan sagu 5.4.Kemudian, gula melaka.

5. Bila labu sudah empuk,masukkan santan  kotak dan biar mendidih sambil dikacau agar tidak meruap.

6. Sesuaikan rasa.Sedap dimakan bersama pulut kukus ,roti @ cream creaker

.

Labu juga antara buah yang disebut dalam Al-Qur'an.Saya ada kongsikan ayat tersebut dalam  youtub
















12 comments:

  1. Cantik labu ni, kulitnya hijau... labu ni kadang ada yg manis, sedap, jenis gebu.. ada pulak jenis yg xde rasa.. tp tu yg local rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...pernah juga terbeli yang dah masuk angin...hambar ..
      Tapi saya pun taktau buah labu jepun ni buah local @ import...cuma namanya labu Jepun

      Delete
  2. Baru tau namanya labu Jepun. Arwah Pak dulu suka makan serawa labu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Labu ada banyak jenis...saya pun tau beberapa sahaja
      Antaranya labu lemak,labu manis,labu jepun dan butternut yang ada pinggang tu...yang tu pun sedap sangat tapi agak mahal...tempat saya sekilo RM23

      Delete
  3. Tau labu kuning tu je. Ingatkan sama je rupanya ada nama lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dah terbiasa labu kuning kan...tapi sebenarnya ada banyak jenis dan rasa serta tekstur ada perbezaan walupunasih ada rasa labu

      Delete
  4. Pernah nampak dekat pasaraya je..tapi tak pernah beli lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try beli sekali & rasa perbezaan ya dengan labu kuning biasa...hihihi

      Delete
  5. Lama sungguh tak makan pengat labu ni ... labu jepun lagi lah tak pernah rasa huhuu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan puasa ni biasa akan timbul menu menu lama tu...hihihi

      Delete
  6. Saya pun suka labu jepun ni. Dulu balik dari Cameron Highlands beli dua biji. Emak ketaws tengok betapa comelnya labu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak pun pastinya sama comel sebab ketawakan labu..sama sama comel....😍

      Delete