Thursday, 2 October 2025

TERUNG GORENG CURAH KICAP

 

Seminggu dua ni makan terung je..hihihi...

Kali ni masak paling simple,tapi sangat sedap pada tekak saya

Terung Goreng Curah Kicap..


1kg terung dari kebunan ditempat kerja.


Masak ½ kg untuk makan malam


Setiap sebiji dipotong 3 dan digoreng hingga perang..Masa goreng tu bau harum sangat...Mungkin sebab saya menyukai terung..Masak lah apapun saya memang suka.Waima direbus dicicah sambal sahaja sudah sedap 


Kali ni hanya goreng garing dan curah kicap lemak manis...


1. Potong terung sepanjang  lebih kurang ukuran 2 ruas jari.


2. Goreng dalam minyam banyak hingga garing.


3. Dalam minyak yang sama goreng hirisan bawang besar & cili hiris.


4. Tabur bawang & cili atas terung goreng & curahkan kicap lemak manis..


5. Perah  1 hiris limau 


Sedia dinikmati bersama nasi panas.


Saya gandingkan dengan ikan rebus goreng & beberapa keping ayam goreng .Ulaman salada..


8 comments:

  1. banyak terungnya.. habis menu berkaitan terung boleh cuba buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah...sebulan dua ni selagi terung berbuah...menu terung la namlaknya🤣

      Delete
  2. sedap juga nampak nie...boleh cuba nie

    ReplyDelete
  3. begitulah juga ammi dan along. mmg peminat tegar terung. ingat masa Covid dulu, hampir setiap hari ada juadah melibatkan terung. macam2 resepi kitorang cari dan buat sama2.

    psstt: mmg tukar setting blog ke (sensitive warning) ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...terung tak pernah jemu makan..
      Agaknya saya tertekan setting tu tak perasan..TQ Ammi

      Delete
  4. Cie suka terung bakar lepas tu campur santan tu. Sedapnya lemak2 je.

    ReplyDelete