Setiap kali balik kampung....antara yang saya akan cari ialah "bekas pinang mak"..Bekas pinang merunuk kepada tepak sireh tapi kalau sebut tepak sireh nampak formal dan lebih kepada tepak sireh exclusive yang cantik dibuat daripada tembaga atau tepak sireh tekad benang emas untuk majlis bertunang .
Manakala bekas pinang lebih kepada tepak sireh harian yang biasanya apa adanya atau seadanya sahaja..Ada yang menyebutvbekas sireh tapi di kampung saya menyebutvbekas pinang kerana. makan sireh tu kami sebut makan pinang.Kalau dulu-dulu bekas pinang dibuat daripada anyaman mengkuang berbentuk bakul lebar empat segi seperti kotak.Kadang berbentuk bakul kecil. Dalamnya diletakkan buah pinang,sireh,kapur makan ,gambir,kacip dan juga gobek.Ada juga yang menambah dengan bekas berisi cengkih,curut,rokok daun dan tembakau.
Dulu setiap rumah memang "WAJIB" ada bekas pinang dan hampir semua warga tua dan orang dewasa menjakan budaya makan pinang ( makan sireh sebagai amalan harian setiap kali lepas makan nasi atau sebagai kudapan sambil berbual sesama jiran.
Dulu zaman saya kanak-kanak sudah terbiasa dengan pesan mak Jika ada tetamu bertandang kerumah...pesan mak "wajib " bentangkan sebidang tikar mengkuang yang terbaik yang ada di rumah..Dulu rumah kami tiada sofa atau sette waima kerusi pun.Bukan sahaja rumah kami tali memang kebanyakan rumah dikampung adalah rumah kayu bersaiz kecil dan sederhana.
Rumah dulu kan jenis bertiang dan ada tangga untuk naik kerumah.Setiap rumah wajib ada sekurang-kurangnya 2 tangga.Tangga dapur untuk kegunaan harian & tangga pintu rumah "ibu" iaitu ruang tamu.
Tetamu harian yang terdiri daripada jiran-jiran biasanya tak masuk dalam rumah tapi selalunya akan duduk bersembang atas "pelenggar" iaitu berupan pangkin atau tempat duduk seperti katil besar.Situlah tempat bersembang,bergosip.Yang muda akan bersembang sambil " menyicah" ( makan colek buah)anakala yang tua dan dewasa akan bersembang sambil makan pinang.Kadang kalau gosip panas,berkali-kali lah makan pinang di pelenggar tu🤣
Kalau ada tetamu jauh atau tetamu istimewa,akan dipelawa masuk rumah..Naik tangga dan duduk dibirai pintu sambil lunjur kaki di tangga ..Hidangan pertama yang akan menyambut tetamu ialah bekas pinang/ tepak sireh.Kemudian barulah menyusul minuman panas berupa teh 0 atau kopi O..Maklumlah dulu nak kena hidupkan api dengan kayu api..jerang air...baru boleh bancuh minuman...Sambil menunggu air mendidih...sireh pinanglah menjadi santapan.
Kalau ada kenduri kendara juga ...bekas pinang adalah benda wajib.Bukan satu,bukan dua tapi memang banyak...Kalau dikampung saya,masa tu setiap kali kenduri,ayah akan dilantik AJK Bekas Pinang.Tugasnya kena swntiasa ronda kesetiap pelosok kawasa rumah kenduri pastikan bekalan pinang,sirih,kapur dan rokok daun serta tembakau sentiasa di top up .Kawasan balai,kedohoq,bawah khemah,dalam runah dan juga rumah-,rumah jiran sebelah yang menjadi tempat tumpuan.Antara alasan ayah selalu dilantik AJK Sireh Pinang ialah kerana ayah hanya hisap rokok daun dan tidak hidap rokok sigeret( orang kampung kami sebut " Rokok Skrit")🤭.Kalau salah orang..terbagi AJK Sireh Pinang kepada yang hisap rokok sigeret...akan ada la yang seludup bawa balik atau akak hisap rokok aigeret puas-puas sebab stok kat rumah kenduri banyak...hahaha..Dulu sigeret dikira mahal untuk orang kampung.Sigeret hanya untuk tetamu jauh dan sebagai upah untuk anak-anak muda yang bertungkus lumus basuh pinggan..angkut air dari telaga..cari kayu api dan sebagainya.Hahhaha...kalau sekarang dah kena kecam dah...bagai menggalakkan anak muda hisap rokok kan....Tapi dulu semuanya terkawal..
Satu lagi kepentingan sireh pinang ni untuk orang kampung ialah jika ada yang sakit,demam bagai..sirih pinang akan dibawa kepada orang kampung yang ahli dalal perubatan sebagai bahan penting.Sirih,pinang,kapur akan disusun dalam piring dan diletak atas sehelai sapu tangan dan setiap penjuru sapu tangan ditemukan di atasnya dan diikat seperti buntil kain.Juga diselitkan $1.25 sebagai "pengeras..Yang ni tak panggil bekas pinang sebaliknya dipanggil "Cerana"Walau isinya sama tapi duit pengeras tu yang membezakan.
Majlis merisik,meminang juga wajib la ada sireh pinang tapi diletakkan dalam bekas exclusive dipanggil "Tepak Sirih"..Tak semua orang ada tepak sirih.Tapi sapa yang ada tu,kena la redho setiap kali ada yang nak pi meminang...tepak sirih tu akan dipinjam.Kadang sekamping tu hanya sorang yang ada & jadi pinjaman sekampung juga ...hihihi
Begitu juga yang tanam sireh.Bukan semua rumah ada tanam sirih.Maka rumah siapa yang ada sireh...maka ibarat harta wakaf...semua orang boleh petik sesuka hati ja..hihihi.,..Ok ,dah melalut merata dah ni.....


Kenangan di masa kecil dulu. Tiap rumah mesti ada bekas pinang. Kalau makan sirih pinang, biasanya mulut akan jadi warna merah. Satu lagi kalau nak haluskan sirih pinang ni, mesti kena gobek kan...
ReplyDeleteSekarang ni jarang dah rumah yang sediakan bekas sirih pinang ni.