Sunday, 4 May 2025

BUAT SEKAYA LABU: DAH BERKALI CUBA BARU MENJADI

Sekaya Labu atau kalau kat Thailand depa sebut "pakthong sangkaya" antara dessert yang saya suka .

Gandingan kastad telur yang manis berlemak digandingkan dengan labu lemak kuning ni memang sedap sangat.

Sebenarnya ni entah percubaan yang kali ke berapa dalam hidup.Sebelum sebelum ni buat asyik tak menjadi bilamada kastadnya tidak mahu membeku sepenuhnya.
Pernah cuba campurkan dengan tepung kastad & tepung jagung tapi tak memenuhi standard.

Hinggalah pernah tengok dan dapat tips dari youtuber Thailand..Katanya kena guna telur itik + telur ayam 
Kalau guna telur ayam sahaja tak akan membeku cantik kerana telur ayam agak cair Kalau guna telur itik sepenuhnya tekstur agak keras dan muak nak makan.So,saya mencuba.


Alhamdulillah menjadi la pada saya.Walau tak 100% macam kat Thailand tapi saya sangat puas hati...

Yang nak cuba boleh tengok video kat youtube channel saya SEROJA PUTIH


Untuk video  KASTAD LABU ni  boleh klick :
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡



12 comments:

  1. Tak pernah makan. Nampak sedap tu.

    ReplyDelete
  2. Waaa best nyer.. nampak pun sedap.... Kita pandai masak lemak labu jer hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak lemak pun sedap kalau kena gu lauknya

      Delete
  3. Sy dok teringin lepat labu hihi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish...terliur pulak saya..
      Saya pernah tgk resep Indonesia depa buat lepat labu + tepung pulut...macam sedap

      Delete
  4. Waaaah nampak sedaaap kak 😍😍😍😍. Ini pun kue Thailand fav saya juga

    ReplyDelete
  5. Wah.. umi cella.. salute la!! Gigih mencuba walaupun gagal few times.. keep it up!! πŸ˜‰

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab makan ja gigih saya ni K.Lin🀭

      Delete
  6. Nampak sedap tapi SA x makan labu...bagus akak cuba sampai jadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Labu kalau dapat yg isi jenis creamy memang sedap..
      Saya bab makan ja rajin mencuba...hihihihi

      Delete