Friday, 26 July 2024

BUBUR ASYURA 2024

 Alhamdulillah....tahun ni dapat masak lagi bubur asyura bersama.rakan rakan sekerja..

Acara rutin sejak sekian lama tapi tahun lepas tak masak  sebab  pakat merajuk🤣

Bukan merajuk dengan rakan rakan..tapi pakat merajuk bila pinjam kawah dari surau kuaters 2022 masa masak BUBUR ASYURA 2022...pihak AJK surau berbunyi.Padahal pihak Kelab KGK bertungkus lumus mengilatkan kawah yang di ambil dalam keadaan berkarat teruks..Dah bayar kos sewa kawah bagai melebihi yang dipersetujui...

Semua dah tobat takmau pinjam........( sebenarnya sewa) dari Surau Kuaters 🤭.Walau dipelawa untuk pinjam lagi....semua dah tak sudi..Lagi sanggup tak masak bubur asyura daripada meminjam kawah surau kuaters...hihihi

Orang tua kalau merajuk memang tak makan pujuk..🤣


 Tahun ni semua dah pakat sejuk hati dah tak merajuk..Dah pakat semangat nak mengacau bubur asyura bila Ustaz Hafiz iaitu imam Surau As- Sobirin  merangkap juga  orang kuat Masjid Al- Mukhlisin berjaya dapatkan tajaan  segala kelengkapan dari pihak masjid..

Kawah besar 2 buah beserta semua kelengkapan peralatan memasak membuatkan semua kembali bersemangat...hehehehe

Dipendekkan cerita ....2 kawah bubur asyura iaitu sekawah versi Pantai Timur dan sekawah versi Utara..berjaya dimasak pada hari Rabu.. 18 Muharram 1446 bersamaan 24 Julai 2024


Cantik dan menarik kan...


Bubur Asyura versi  Utara...Ketua tukang masak tahun ni Kak Izzah...Dulu sebelum Kak Izzah datang,sayalah kepala untuk versi utara..Ni dah ada Kak Izzah..kita bagi otai la guna resipi depa pulak kan..Walau sama negeri tapi resipi tak sama...Otai mesti lagi hebat....hihihi


Bubur Asyura Versi Pantai Timur. tapi tepatnya versi Trengganu...Ketua tukang masaknya Fariza. .anak jati Trengganu..

Jujurnya...pada deria rasa saya...bubur asyura Trengganu tahun ni memang sedap sangat...
Selalunya rasa rempah kuat sangat membuatkan tekak tak berapa nak terima...Tapi tahun ni depa kurangkan rempah...lebihkan daging...dan hasilnya memang mantop!!
Kali ni tekak saya dah derhaka 🙏kerana  kali ni saya menyukai bubur asyura Trengganu ni berbanding versi utara..Benarlah hati manusia ni mudah berbolak balik....sekejapan sahaja boleh berubah- ubah..

Untuk Kali inilah.....Kalau kalinyh lain asyura utara tetap dihati..maklumlah kita membesar dengan bubur asyura utara..Begitu juga bagi warga negeri lain pastinya mencintai makanan negerinya kerana sudah terbiasa citarasa tersebut sejak kecil.Cuma dewasa ini kita berpeluang mencicip makanan dari merata pelosok..Maka kita raikan perbezaan menjadikan ia sebagai hikmah untuk kita merasai aneka rasa..Alahamdulillah....


Dah lebih seminggu tak jenguk blog dan youtube ..hihihi
Sebenarnya saya buat youtube channel hari tu sebab ditugaskan untuk wujudkan youtube channel berkaitan kerja..Kena buat selewat-lewatmya bulan Julai ..
Tu yang saya terpaksa belajar dalam keterpaksaan  dengan cara buat youtube channel sendiri dulu untuk belajar sebelum creat youtube berkaitan kerja tu..
Alhamdulillah,hikmahnya saya ada la youtube channel sendiri walau hanya youtube cikai yang penuh dengan kesilapan...Belajar dari kesilapan la kitanya kan...hihihi .
In Shaa Allah minggu depan keluarlah channel berkaitan kerja tu tapi saya tak berniat nak share kat sini sebab yang tu berkaitan kerja...segannnnn🙈

Susah juga orang tua macam saya nak belajar.....rasa macam nak pencen awal pun ada..🤭
Tapi mengenangkan komitmen nak bayar rumah..kereta....anak punasih belajar....terbantut nak pencen awal.... 🤣
Live must go on !!


Untuk menonton video memask Bubur Asyura versi Trengganu dan Kedah ni boleh tonton di 



Untuk tonton video video lain boleh singgah di youtube channel saya

SEROJA PUTIH

SEMOGA BERMANFAAT..


Sudi-sudikan untuk

+Like

+Comment

+Share

+ Subscribe

TERIMA KASIH💕

10 comments:

  1. Dua-dua versi bubur asyura utara dan timur, saya belum pernah makan/jumpa.

    InsyaAllah esok nak join jiran masak asyura, bolehlah merasa versi utara buat kali pertama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba Ujie..Banyak hikmah Ujie berhijrah ke Perlis kan

      Delete
  2. wahh ada dua versi! Ana blm pernah dpt merasa yg versi pantai timur tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang suka versi pantai timur tapi ada juga yang menolak ketana bau rempahan dia..

      Delete
  3. 2-2 versinya saya belum pernah coba kak. Penasaran juga 😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus dicubah deh....!
      Moga aja ada rezekinya FD...🤲

      Delete
  4. SA x pernah cuba dan rasa version ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya versi Ng9 macamana ye SA...adakah jenis manis atau savoury?

      Delete
  5. Alhamdulillah dua dua versi pernah dicuba.. okla dua dua boleh la di makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai la dengan traveller ...lidah kena mesra rasa.....hihihi

      Delete