Friday 21 June 2024

KAIT BUAH BEKA

 

Buah yang tak semua tempat ada...


Bentuk buahnya unik kerana seakan papan..

Biasa buah yang muda dijadikan ulam atau kerabu bersama santan,kerisik dan bahan lain.

Buahnya  pahit pahit lemak dan mempunyai peminatnya terutama orang kampung macam saya ni ..hihihi




Untuk yang nak tengok video pokoknya boleh  klick https://youtube.com/shorts/LyEEgZpot0I?si=dSy1xDRcf0tcN60C


Untuk tonton video video lain boleh singgah di youtube channel saya

SEROJA PUTIH

SEMOGA BERMANFAAT..


Sudi-sudikan untuk

+Like

+Comment

+Share

+ Subscribe

TERIMA KASIH💕


BUAH CERMAI & PENCICAHNYA


Dapat buah cermai....
Hati dah berkira-kira nak menyicah @ sekarang ramai sebut colek .

Saya kurang gemar pencicah basah berkicap macam kuah rojak.




Sebaliknya saya lebih suka pencicah kering berderai ala ala pencicah Thai..


PENCICAH BUAH CERMAI
1 sudu teh garam
3 susu chilly flakes
( boleh ganti 5 cili kering)
1cm belacan
12 sudu makan gula pasir/
boleh guna gula perang

1. Campur semua bahan ke dalam blender kring..

2. Blend secara pulse beberapa kali hingga halus dan berderai.

3 Sedia dihidangkan bersama buah cermai,jambu,mangga muda  dan juga sesuai makan dengan limau bali..





Untuk videonya boleh layari 


Untuk video pendek lainnya boleh klik SEROJA PUTIH ...dan jangan lupa..
+ Like
+ Comment
+ Share
+ ASunscribe



Wednesday 19 June 2024

RENDANG NANGKA MUDA DI HARI RAYA

 

Selalu nangka muda saya  masak lemak cili api atau buat kerabu kerisik.

Tapi kali ni saya cuba merendang nagka ketana teringan Chef Wan pernah masak rendang nangka kat TV masa zaman kegemilangannya dinkaca TV tahun 90-an dulu..


Alhamdulillah tidak mengecewakan.
Ni versi rendang kering selepasa saya panaskan 2 kali....



Ni versi agak basah lembab untuk hidangan masa pagi raya haji .
Saya share resipi rendang nagka versi saya kerana saya dah tak ingat resipi Chefwan...maklumlah dulu tengok kat TV bukan internet🤭

RENDANG NANGKA MUDA
1kg nangka muda- rebus
½ kg daging - opsyen
1 paket rempah rendang Adabi
2 sudu kerisik
1 asam keping
4 cawan santan
2 daun kunyit
garam,gula melaka,perasa

Bahan Blend:
2 serai
2 keping lengkuas
1 labu bawang besar
15 cili kering

1. Leburkan bahan blend dan rempah rendang bersama santan dalam kuali.

2. Jika guna daging,masukkan daging dan masak hingga daging empuk.

3. Tambah nangka muda,kerisik,asam keping dan perisakan.

4. Masak hingga pekat dan berminyak.

5. Sesuaikan rasa dan tabur daun kunyit

6. Jika nak rendang kering,teruskan merendang hingga kering.Jangan lupa kacau supaya tidak hangus.




Saya juga ada upload video   RENDANG NANGKA.....kat sini




Jangan lupa  juga untuk  youtube channel saya iaitu  Seroja Putih


+Like

+Coment

+Share

+ Subscribe



Tuesday 18 June 2024

JUADAH RAYA HAJI 1445

 


Antara juadah Raya Haji 2024  @ rumah saya.Raya kat KL saja tahun ni..tak balik kampung pun.


Raya Haji  kat KL ja tahun ni.



Namun kesibukan menyediakan juadah raya tetap meriah.Penat memang penat tetapi tiada siapa memaksa untuk melakukannya.Ini adalah pilihan sendiri agar moment  kemeriahan raya terus dihidupkan..Saya sangat menghargai memory kemeriahan emak membuat persiapan menyambut  raya zaman kanak kanak hinggalah dewasa.

TERIMA KASIH MAK!
Ciptakan moment raya yang manis untuk kami adik beradik..
Maka saya akan pastikan kemeriahan itu diteruskan selagi kudrat ini mampu...in shaa Allah .



KETUPAT PALAS

Juadah wajib dalam keluarga saya dan hampir semua warga utara
Kali ini saya masak 2kg pulut yang menghasilkan lebih kurang 5kg ketupat iaitu lebih  100biji ketupat.


KETUPAT DAUN KELAPA

Saya hanya buat dalam 20 biji sahaja kerana daun kelapa mahal!🤭 ..
25 helai RM10.Kalau 20 tahun dulu RM8 dah boleh dapat 100 helai...Dulu laaaa🤣


KETUPAT PULUT SERONDENG

Kali ni saya juga buat ketupat pulut inti serondeng versi Kelantan.



Bandingan ketupat palas versi biasa & versi inti.




AYAM MASAK MERAH

Lauk wajib jika masak Ketupat Daun Kelapa...cuma gambar suram..kurang cahaya...hihihi




RENDANG DAGING

Hari Sabtu gigih beratur panjang kat Pasar Tani...demi nak dapat daging fresh...Melambung harga mentang nak raya...RM47/kg.Amik jugak la 2kg ++ RM100



SAMBAL KACANG + DAGING

1st time makan Sambal Kacang + Daging  ni pemberian jiaran sebelah rumah kira-kira  15 tahun  lalu.Jiran saya tu lelaki muda dan masih bujang..Mereka menyewa rumah sebelah rumah saya & mereka rajin masak .Eh,semalam,jiran tu dan housemate dia datang beraya..tapi saya lupa nak ceritakan perkara ni kepada mereka...
Kalaulah depa tau ,mesti bangga kerana sudah berbelas tahun tapi saya masih terkenang masakan mereka 
Walau mengenali mereka dah lebih 15 tahun tapi status mereka masih sama...BUJANG..
Ada yang nak buat menantu ke?🤭
Tapi pastinya lah dulu mereka muda belia dan sekarang dah menghampiri  atau mungkin dah masuk 4 siries...!
Cuma sekarang mereka pun dah tak meriah memasak macam dulu..maka tak dapat lag merasa air tangan depa lagi..



RENDANG NANGKA MUDA

Masakan yang jarang orang masak time raya kan...
Jumaat baru ni,..saya dapat nangka muda siap rebus dari rakan sekerja iaitu Kak Izzah.Teringat zaman zaman kegemilangan Chef Wan kat kaca TV,beliau pernah masak rendang nagka...masakan dari seberang katanya...macam sedap ja..
Dah ada nangka...saya pun merendang...Alhamduliah,sedap juga



ACAR MENTAH
Buat juga Acar Mentah  timun + nanas 



NASI BERYANI
Buat acar tu nak makan dengan nasi ni la. Selain acar...boleh makan dengan ayam masak merah dan rendang.Goreng juga papadom tapi tak masuk pula dalam gambar.

Kalau perasan,semua lauk.pauk saya togel takde make up....padahal raya kot...
Huhuhu,lupa beli daun sup dan bawang bagai...!

MUFFIN PISANG
Malam raya sesambil merebus ketupatt..godak godak juga adunan muffin pisang sebab ni antara kuih palong senang...Campur je semua & kacau,masuk dalam paper cup..bakar...siap.
Pisangnya pula baki pisang yang tak termakan dalam sesikat,saya blend dan frozekan.Ni nak reduce ruang frozen..kita jadikan muffin dapat dalam 20pcs++ ..Eh,nampak bodo ja tapi laku keras...habis!


AGAR-AGAR SIRAP

Pencuci mulut old skol ni memang evergreen ja walaupun datang  bermacam dessert hipster & viral ...
Alhamdulillah buat 4 bekas tippuware tu...habis!


BUAH JAMBU BATU & BUAH  NAGA  MERAH

Jangan kata takda healty food la kan....🤭


MINUMAN : AIR GRENEDINE + LEMON...
Kawan-kawan Cella suka air ni..



Semalam raya,ada la beberapa orang kawannya yang tak balik kampung datang beraya.+ jiran sebelah ni.Tapi lupa nak rakam gambar...Ni ja yang ada kat saya...tak senonoh cella..tapi tu ja yang ada dalam galerry saya.....hihihi


Sun Velley Grenadine ni Adah beli kat Tawau..kerana katanya kt semenanjung tak da ..Kalau ada pun sirap F&N...



Untuk melihat video juadah raya kat rumah saya boleh tonton kat youtube channel saya iaitu 

Jangan ketinggalan mengikuti video - video saya yang berkaitan tumbuhan,masakan dan aktiviti saya dia..



.






SALAM AIDIL ADHA 1445


Salam Aidil Adha 1445 untuk semua reader namakucella.


Tahun ni kami tak balik kampung.Pakat cuti sehari sahaja.Saya takda masalah sangat bab cuti tapi anak anak la depa muda lagi payah nak dapat cuti.Cella pun sama,Isnin saja cuti,Selasa dah kuliah semula.Nasib baik dekat..boleh la balik raya..pagi-pagi Selasa pun sempat lagi gi kelas.

Maka tahun ini kami beraya di KL sahaja...



Sunday 16 June 2024

ADA APA DI BALIK DAUN?

Assalamualaikum..

Mak mak tengah bz memasak ke tu...?


Ada apa dengan pokok ni?


Ada benda tersembunyi di balik daunnya...
Kalau nak tahu apa yang tersembunyi....?


Salam 9 Zuhijjah...


Saturday 15 June 2024

SECAWAN COKLAT PANAS vs SEPOTONG KEK LEMPENG

Assalamualaikum w.b.t 

Ramai yang dah mula gerak balik kampung untuk sambut Raya Qurban kan...

Semoga selamat & dimudahkan urusan perjalananya dan urusan lain juga.


Secawan minuman air coklat panas  dan sepotong kek lempeng..
Pernah dengar "kek lempeng"?
🤭🤭
Kek Krip
@
Mille Crepe 
hihihihi...
Sesekali layankan anak tekak.
Cerita Ahad lepas ni..
Ke Beryl's  Cafe @ Seri Kembangan.
Tak jauh dari UPM tu..
Lebih kurang 1km ++ kalau tak salah ukuran @ lebih kurang 3-5 minit dari main enterance UPM bergantung kepada hijau atau merahnya traffic light🤭

Bagi peminat coklat,mungkin sini tempat yang sesuai kerana cafe ni di pintu masuk Beryl's Shop..syurga beli belah coklat...kebanyakan orang perempuanpasti suka.
 Untuk melihat videonya boleh  ke Chanel Seroja Putih




APA YANG ORANG HONG KONG CARI ?

 Saya dah makin jarang update blog atas faktor kesibukan..Cuma sehari dua ni macam ada kesempatan nak update.Itupun sebab kena buat video pendek untuk youtube sebagai sebagian daripada tugasan.Terlanjur tu, post juga kat blog dengan catatan ringkas.

Beberapa bulan ni memang saya perasan views merudum.Logik la kan sebab sangat jarang update.Dulu pun views bukan lah banyak sangat..paling pun dalam jumlah 4-5k sahaja.Kecuali masa Cella sekolah menengah dulu nampak banyak juga la views dalam 7k sehari.Paling tinggi pun 12k kalau bulan puasa.Tu pun bukan hari hari tinggi.Lately ni  views merudum hanya dalam 2k sahaja sehari...Padan la dengan tak update...

Tapi pagi tadi sesambil menanti azan subuh..nak update blog & tertengok views...



Luar biasa jugak ni!
Bagi blog terkenal setakat views banyak ni tak heran kan...?
Tapi bagi blog bodo macam ni..agak luar biasa...semalam punya 40k++
Hari ini pun 15k++...



Bila tengok..rupanya viewer paling ramai dari Hong Kong...Risau pulak bila tak semena mena ramai orang Hong Kong mengintai!

Memang la blog ni public..tapi agak pelik bila ramai viewer dari Hong Kong tu..

Biasanya kalau macam ni kenapa ek?Takut pulak saya..Harap tiada apa yang tak elok la .

Apa dorang cari ek?

Kawan kawan pernah tak macam ni?

Ke saya jenis mudah risau?


Friday 14 June 2024

SAMBAL "IKAN KURUNG"

 

Sambal "Ikan Kurung" dengan petai dan tauhu....Lauk masak petang tadi..


Ini lah Ikan Kurung ..🤭
Kurung dalam tin...hihihi


Petai frozen dari Indonesia..


Tauhu putih 4 ketul


Saya beli yg dalam pack macam ni..
Alhamdulillah bau segar kacang soya.Takda bau masam.
Kalau beli kat kedai yang belum pack ..kadang adoii!..geli tengok pelanggan yang tidak cakna dengan jadikan bekas air berisi tauhu tu sebagai tempat celup tangan lepas pilih ikan udang bagai .
Dah la tauhu tu takda kulit🤭
Segala kekotoran tangan tu diserap tauhu...

Yang pack ni pun taktau la dibelakang kita kan..tapi atleast kita tak nampak..🤣🤣


Maka petang tadi makan nasi bersama sambal ikan kurung campur petai dan tauhu ..Ulamnya timun...Punyalah sedap..!
Puji masakan sendiri sbb kena dengan selera...hihihi

Untuk video masakan sambal ni boleh tonton di 


Jangan lupa like,comment,share & subscribe tau..💕


CEMUMAR/SENERUI/SEMERU: RUPA ,BAU DAN RASA SEAKAN DAUN KARI

 

Pokok Cemumar/Senerui/Semeru

Pokok hutan yang tumbuh liar terutama dalam kebun kebun getah yang baru dibersihkan.

Ruoa seakan daun kari tapi versi lebih besar.Bau dan rasanya juga mirip daun kari.Rasanya pahit pahit lemak.Peminat ulam kebanyakan menggemarinya.

Boleh dijadikan ulan segar...dilayur atas api untuk aroma lebih menyerlah dan boleh dihiris dijadikan kerabu 

Tumbuhan ini bersifat "panas" sangat bagus untuk lancar aliran darah jika dimakan.

Menjadi pengganti " karbaid" untuk agen peram buah agar cepat matang.

Jika cempedak/nangka,caranya dengan menggunakan kayu/ranting senerui lebih kurang sejengkal dicucuk/ dibenamkam pada tangkai buah..in shaa Allah buah cepat masak.Kalau peram pisang,cukup hanya ditutup dengan dedaun senerui ni..in shaa Allah pisang cepat masak..


Untuk lihat lebih lanjut rupa dan pokok senerui ni boleh tonton di youtube channel  saya yang baru berusia tak sampai seminggu pun lagi🤭..Jom klick

SEROJA PUTIH...


https://youtube.com/shorts/wLAprdtCoWM?si=QooKCW5DzE7d0Kcb

Terlanjur tonton,jangan lupa like,comment,share & SUBSCRIBE💕

Thursday 13 June 2024

POKOK & BUAH LEMBA YANG SUPER MANIS

 

Buah Lemba..

Salah satu buah hutan yang sudah jarang ditemui.

Buah hutan yang unik kerana berbuah dipangkal pohon.

Buahnya kecil tapi super manis.Manisnya melekat pada lidah hingga jika  minum atau makan apapun akan terasa manis..

Untuk info lanjut boleh DI SINI ...


Tuesday 11 June 2024

LIKE ,COMMENT,SHARE & SUBSCRIBE YOUTUBE SAYA YE

 Hadoii..bila orang tua macam saya diberi tugasan kena buat youtube channel tanpa ada ilmu...Memang nak pitam rasanya..

Tapi saya cuba merangkak,meraba dalam kegelapan.Menonton youtube setiap hari dah jadi rutin pulak sekarang ni,mengalahkan budak-budak🙈🤣.

Tak pernah seumur hidup saya edit video bagai.Kalau ambil gambar pun kelaut..Inikan pula nak ambil video..Nak buat video seminit pun,saya terpaksa mengadap lebih 1 jam.Macam orang buta berjalan tanpa tongkat..Demi nak belajar gagahkan juga....Caiyok!!

Nanti jenguk la chanel youtube saya yang seadanya ni yer..

https://youtube.com/@seroja-ec8bc?si=BJAxlIVhESQy6axZ

Baru 2 hari creat..Saya gunakan nama Seroja Putih.


Inilah channel yang baru dilahirkan oleh orang tua yang tetiba kena buat youtube🤣



Baru post 4 short video..
Belum mampu nak buat video panjang seperti yang dikehendaki...Saya mulakan dengan short..Kalau dah tengok jangan kutuk tau...malu...hihihi




Baru dua hari..Ada la 100++ views



Pastikan channel yang ada profil.ni yer..
Macih semua .
Nanti saya update lagi...





Wednesday 5 June 2024

MINUMAN BUNGA TELANG & DAUN LIMAU PURUT

 

Minuman bunga telang & daun limau purut ini bagus untuk menyegarkan nafas,mengatasi masalah bau badan dan juga bagus untuk kesihatan mata..


Cara penyediaan minuman bunga telang & daun limau purut 

# baru dapat ilmu untuk edit video yang mudah katanya..
Mudah dan "kacang" bagi orang lain,tapi  tidak bagi saya.
Orang tua macam saya kemain susah nak faham..hihihi
Sebenarnya terdesak kena belajar juga  ini untuk keperluan kerja.
Kena semangat nak menambah ilmu ni !
Kena buat youtube channel pulak tu...adoii,macamama ni...huhuhu

Kalau saya upload kat youtube,kawan- kawan sudi ke nak like🤭?

UPDATE:
Saya sudah upload di youtube..Boleh klick


Tuesday 4 June 2024

SARAPAN @ RUMAH MAKAN NASI KAMPUNG- BUMIL HANYA BAYAR 50%

 Tenggelem timbul kebelakangan ini.Banyak tenggelam dari timbul🤭


Satu hari Sabtu pergi sarapan @ Rumah Makan Nasi Kampung.Restoran ni berhampiran PGA Cheras.Pernah beberapa kali lunch kat sini..
Lauk pauknya meriah.
Harus diingat bahawa Rumah Makan Nasi Kampung ni bukanya pukul 8.30 pagi.
Kami tiba pukul 8.00pagi memang dia belum buka. Duduk la melangut dalam kereta nak tunggu waktu operasinya.Pekerja sibuk mengemas meja dan menyusun makanan.Tepat 8.30 pagi baru dibuka untuk pelanggan.


Selalu lunch kat sini...Tali ni kami mencuba sarapan pula kerana Adah teringin Nasi Lemak Paru.
Banyak ni portion tak sampai rm10.


Saya pilih Nasi Lemak Ayam Berempah..RM10.
Ayamnya gedabak.
Selain makan nasi lemak kami minum teh tarik dan kopi 0 panas. Saya juga tapaw tapaw kuih dan tapai pulut.
Total RM 30
Masa Adah nak bayar,cashier cakap hanya bayar RM15 kerana BUMIL memang akan dapat potongan 50%
Alhamdulillah...



Hari Ahad pergi sarapan lagi sekali.
Kali ini pergi bertiga  bersama Adah dan suaminya yang baru balik dari Tawau.


Makan bertiga 
Total RM30
Adah kata biar dia bayar.
Nak tengok masih boleh dapat 50% atau tidak..
Masa bayar memang cashier yang sama & masih diberikan potongan 50% dan Adah hanya diminta membayar RM 15.
Kata Adah,selepas ni masih ada beberapa weekend untuk dia menikmati sarapan di sini sebelum 
" berehat panjang " nanti...hihihi