Saturday, 11 May 2024

SYAWAL DAH HABIS & TB MENU IFTAR PUASA 6

Pejam celik pejam celik..dalam sedar tak sedar Syawal 1445 dah hari terakhir..

Esok Jumaat dah masuk Zulkaedah..Berbaki hanya 2 bulan sahaja lagi tahun Hijrah 1445..

Bila mula tinggalkan blog tak berupdate..jenuh nak hidupkan semangat yang kian malap.Banyak ja gambar dan cerita yang tertangguh dan terbiar dalam gallery dan draf tidak tersusun.

Tayang menu puasa 6 ja lah dulu..Puasa 6 kali ni pun berselang seli sahaja..Tidaklah berturut-turut seperti tahun tahun yang lalu.Apapun syukur Alhamdulillah,akhirnya dua hari lepas selesai juga puasa 6 walau dah hujung hujung.


Mihun Goreng Putih..Antara menu iftar puasa 6


Gu kan dengan jus tembikai


Gambar pun tunggang langgang..🤭




Sambal Sardin + Petai..


Sayur Bayam Cina


Spaghetti Olio


Juga jadi bekal Cella balik kolej



Daging Goreng Kunyit + Cendawan & lada benggala



Lauk macam ni lebih feel makan dia ja..tak payah campur lauk lain



Iftar hari ke 6

Makan Roti Canai Frozen cicah kari daging ...lawan dengan teh panas

#Nak tulis banyak ni pun berhari-hari baru boleh siap.Rasanya dekat seminggu dah tulis...baru boleh post
Itu pun ada hati nak sambung belajar buat master..
🤣🤣🤣🤣🤣🤣
Lupakanlah.....!


2 comments:

  1. Tak apa kak. Mumpung mood sedang bagus untuk menulis, dipost saja semua 😄. Nanti kalau dah sibuk master, makin tak bisa 😅

    Lihat bihun putih, jadi teringin pula nak buat

    ReplyDelete
  2. Mana-manalah yang sempat ditulis dan dipost kan Mama Cella. Saya pun kalau boleh setiap hari hendak menulis kecuali kalau dah sibuk sangat memang tak buka Mr Lappy.
    Semoga hasrat untuk sambung belajar akan tercapai.

    ReplyDelete