Hari ni Jumaat terakhir 2023...In shaa Allah minggu depan Jumaatnya dah 5 Januari 2024.
Balik Kedah minggu lepas sempat la ke Pasar Kemboja untuk kali terakhir bagi 2023 ni...Kalau balik Kedah seboleh mungkin nak la bagi kena ada Hari Jumaat untuk ke Pasar Kemboja..walaupun ada kes "Makcik Kemboja" kat mana tu..Melaka ke Johor ke yang viral hari tu?Tapi Pasar Kemboja hari ni padat dengan manusia setelah beberapa bulan agak sepi katanya.Mungkin ramai dah mula belanja baju raya agaknya.
Tapi kami bukan nak borong baju pun...just nak cari makanan rare..
Bukan orang Kemboja yang jualnya tapi orang ( kalau tak salah orang Jitra)
Tiap kali ke Pasar Kemboja Pendang ni tiap kali tu lah saya akan singgah sini dulu sebelum meronda.. Kalau mai Pasar Kemboja jangan lupa menu rare gerai ni yer..!!
Saler dia memang peramah dan tak kedekut bagi rasa makanan jualan depa...Tak minta pun depa bagi..
Ubi dia sedap sangat rasa kenyal kenyal gitu..
Rupanya...menurut penjual ni...ubi-ubi kayu ni bukan ubi local tapi memang diimport khas dari Indonesia kerana katanya ubi kayu Indonesia lebih sedap dan kenyal..
Oooo...patut la..
Tak tau pula rupanya ubi kayu Indonesia lebih sedap.
Ketupat ni dijual RM1/sebiji
Serondeng Ayam tu pula satu bekas kecil tu RM3.
Yang ni pun bukan orang Kemboja yang jual tapi orang tempatan.Orang Kemboja jual kain baju.
Bagi yang tak tau ketupat ni saya banyak kali share dalam blog ni..Antaranya KETUPAT DAUN BULUH...kat sini
Saya sambar juga 2 pasang baju kurung buat semangat pakai naik tahun baharu 2024 minggu depan.
Juga Achik belanja blouse bila dia tengok badan kakak dia ni dah macam dipam pam sejak dua menjak ni....adoiii..bila la nak kurus kalau asyik jumpa makanan sedap...hihihi
In shaa Allah cuti CNY ni kalau sempat nak juga balik pi Pasar Kemboja cari baju raya pulak..Tak lama dah nak puasa kan..Lebih kurang 2½ bulan ja lagi...
Ubi telampong tu besa masuk majalah 3 tak silap. Bukan ubi tu la, tapi cerita pasai dia 🤣🤣🤣
ReplyDeleteBesa beli baju org kemboja juai di Pekan Ahad longgggg time ago, murah tapi lawa 🤩
Ikut makngahhhh..nk pi pasar kemboja tuuu 🤭
ReplyDeleterare betul makanan sana...
ReplyDelete