Thursday 2 February 2023

IDEAS HOTEL: TUKAR -TUKAR HADIAH,STATUS HALAL & HARGA

Minggu ni bz hal duniawi..Tak dan nak update & nak blogwalking..Ni pun ambil masa 3hari curi-curi masa karang sikit demi sikit sblm pos. 

Janji ditepati,walau mungkin bukan dinanti...hihihi

Sebelum share harga buffet @ Ideas Hotel..kita sambung sikit lagi aktiviti kami LADIES IN PINK @ IDEAS HOTEL


Bila dah kenyang,baru kita ke sesi bertukar-tukar hadiah.

Kak Reen jadi emcee tak rasmi🤣 menerangkna cara bertukar hadiah.Semua khusyuk mendengar penerangan Kak Reen.


Memasing dah cuba cuup bag & hadiah yang rasa berkenan  tapi nasib dan rezeki bergantung kepada cabutan rakan kita...kerana Dilla dah siap taip nama pada kertas.Dah gunting setiap nama dan dah gulung macam nak cabut kutu tu.
Sorang demi sorang akan ambil 1 gulung kertas tu.Nama yang tertera dalam gulung kertas tu akan menerima hadiah.Kalau terrrrcabut nama sendiri.Sila gulung balik elok-elok,masukkan balik dalam bekas dan cabut sekali lagi hingga dapat nama orang lain dan bukan nama sendiri.

Orang pertama diberi pengharmatan tentulah Puan Rokiah,ex bos kami yang disayangi.Boleh dengar Puan Rokiah sebut nama yang beliau cabut..


Puan Rokiah mencabut satu nama & dapat nama Kak Reen.Maka Puan Rokiah akan serahkan hadiah yang beliau bawa kepada Kak Reen...
Pastu semua jerit dah macam budak sekolah..🤣

"buka..buka..buka..buka.!"


Kak Reen pun buka hadiahnya...
Sehelai tuala tebal berwarna dark purple 💜
yang cantik terletak dalam kotak..

**Sebelum cabutan memang kami dah setuju untuk buka sebab semua teruja nak tengok hadiah memasing.Kalau pakat stay hotel mungkin boleh buat acara buka hadiah sama-sama lagi  seronok ni.


Kemudian Kak Reen pula buat cabutan..Nama yang dicabut tertulis nama Shifa..Sayangnya hadiahnya Kak Reen tertinggal dalam kereta.Maka Puan Rokiah hulurkan sebotol coklat yang dibawanya sebagai ganti..
Eh,bukan ganti la.Rupanya Puan Rokiah memang bawa berbelas botol coklat dan semua orang dapat...Cayanggg ketat-ketat kat Puan Rokiah.Hadiah yang tertinggal tu Kak Reen dah bagtau perfume & nanti dia hantar kat Shifa.

Setiap kali yang mencabut gulungan kertas,masing-masing teruja..nama siapalah agaknya yang dicabut..hihihi
Giliran Shifa yang duduk sebelah saya tu membuat cabutan..

Nama Jue yang tertera..
Semua dok aim hadiah dari Shifa tu..Nampak paper bagnya tertulis Christy Ng ...!
Hihihi...
Rupanya rezeki Jue..

Nampak ni saya ingatkan purse

                pic Google

Saya kena search kat google sebab dalam gambar tak jelas sangat rupa dia..hihihi.
Rupanya grocery bag ..Cantik berbunga- bunga!



Lepas Jue dah terima hadiahnya..Jue kena la cabut pula nama siapa dia akan beri hadiahnya...
Haaaa.....nama Puan Rokiah..Jue kata dalam tu tupperware 3 beradik.
Puan Rokiah memang pengumpul Tupperware.


Tudung biru tu  Rose🌹.
Cabutan Rose keluar nama Esah..Ala, cari tak jumpa la pulak pic isi hadiah dalam paper bag tu.
Rose merupakan ex CC kat ofis.Kalau tak salah sekarang Rose kat KEMENTAH.Badan kecik molek tak berubah dari dulu.Mulut dia bising kalau kita lambat bagi fail atau butiran apa yang dia nak..Berapi suara dia tapi kerjanya memang tip top.Selalu dapat anugerah audit cemerlang.

Eh,Esah punya cabutan dapat nama Rose 🌹 pulak..Memang bertukar hadiah ni.Esah bagi Rose..Rose bagi Esah.
Hadiah PALING TELUS ni..🤣🤣🤣
Tak payah buka memang dah nampak Tupperware 2 beradik warna pink!
Esah ni wajahnya kecinaan kan...Bahasa sopan dan pemurah.Jajan sentiasa ada atas mejanya..Sesapa lalu nak pi punch card memang singgah mencapai kekacang,gegula atau kerepek atas mejanya.Buat kerja laju macam mesin.Kalau minta tolong apa-apa tak pernah ditolak walau dia tengah bz
Semoga saya dapat mencontohi Esah!


Dilla pula cabut dapat nama Pn Ella.. Pun hadiah yang TELUS...Tupperware dua beradik.
Dilla a.k.a Mastermind aktiviti hari ni...! Tapi mastermind yang baik la..hihihi

Dah dapat hadiah,Puan Ella kena la buat cabutan pula.


Puan Ella cabut dapat nama Mimi..
Apa hadiah dalam envelop tu?
Kata Puan Ella..."Rahsia!"
Haha...mana boleh rahsia,dah janji nak bagtau...Ok...hadiahnya cash money,tapi jumlah dirahsiakan..!


Mimi pula buat cabutan..
Hadiah Mimi menjadi milik Dilla..Pun tak jumpa kat mana pic isi hadiah tu.Dah terdelete agaknya.


Sweet ja Puan Ella peluk hadiah yang Puan Rokiah dapat..!



Giliran Puan Isma pula mencabut nama
Yeyyy...saya dapat hadiah dari Puan Isma..
Jangan tengok hadiah dulu..Tapi tengok lengan blouse saya yang dah macam kaki seluar...hihi.
Ceritanya Adah order blouse pink tu kat shopee.
Sampainya hari Jumaat.Hari Sabtu nak pakai.Ingatkan free size.Rupanya yang sampai size 56 !!!
Walaupun saya bukan kategori slim tapi 56 tu sangat besar untuk saya.
Saya biasa pakai saiz 44
Tapi ini saiz 56 kot!
Adah suruh hantar taylor untuk alter.Tapi mana sempat.Akhirnya demi nak ikut tema, saya memilih untuk pakai juga walaupun mengalahkan baju kelawar..!
Kena la pakai inner sebab kalau angkat tangan sahaja..lengan baju tu boleh melondeh sampai nampak pinggang🤣🤣🤣🤣

Eh,apa hadiah yang saya dapat? Saya nak buka kat situ,tapi Pn Isma kata itu barang kaca,sesuai guna waktu Raya nanti!
Sebab kaca..semua yg lain setuju saya buka kat rumah saja sebab takut nanti susah nak bawa balik..nanti update dalam group!

Yeyyy...saya dapat ni..


Memang sesuai untuk guna raya nanti.Kebetulan saya memang belum ada lagi balang air ni..Selalu bancuh dalam jug saja.
Alhamdulillah,hadiah yang sangat berguna untuk saya.


Selain tu..dapat sebotol coklat dari Puan Rokiah.Semua orang dapat sorang sebotol.Semoga Puan Rokiah dilimpahkan lagi rezeki yang berkat..



Giliran saya pula membuat cabutan nama.
Hihihi..berjodoh sungguh dengan Puan Isma.Saya dapat hadiah Puan Isma..Puan Isma dapat hadiah saya...hihihi
Puan Isma menjenguk apa isinya?

Saya minta Adah belikan ni kat Shopee..


Tudung bawal  Minaz.Inspire hadiah ni dari SURIA AMANDA.Saya pilih bidang 50.Sekali dapat kat Puan Isma yang kecik molek tu la pulak.Mau jadi ustajah kalau Puan Isma pakai nanti🤣


Ketika bersiap nak bergerak meninggalkan meja makan tu la orang kuat Idea Hotel ni datang ke meja kami...Chef Sabri..
Maaf riuh rendah suara kami kerana masa ni kebanyakan pengunjung dah gerak keluar dah.Ruang ni hanya tinggal group kami dan sebelah kami tu group dari Lembaga Koko Negara.Memang dua group ni paling riuh.Sesuai dah ditempatkan kami kat bahagian luar🤭

Kata Chef Sabri..dulu hotel ni namanya Quality Hotel.Kemudian mereka sewa dan akhirnya chef kata "kami" beli tempat ni.Kami tu maksudnya beliau ada rakan kongsi agaknya..
Menurut Chef Sabri...makanan kat sini 100% HALAL..!
Juga mereka nak buka longue kat tingkat 3 yang boleh BBQ sambil dengar live.
Boleh kuatkan speaker dan dengarlah sendiri penerangan daripada Chef Sabri..( nak cakap lebih takut saya salah bagi info)

*

Haaa...ni agaknya rakan kongsi Chef Sabri..Encik Azman .. Maaf la kalau  Encik Azman ada nama gelaran lain( Datuk atau lain-lain)saya tak pasti.

Untuk lebih jelas saya kongsikan juga penerangan dan promo dari Chef Sabri melalui

Ni senarai harga yang saya sempat rakam pada electronic board kat lobby tu..

Breakfast- RM40
Lunch- RM68
Afternoon Delight- RM35
(weekday)
Hitea ( weekend) - RM68
Dinner - RM 78

Untuk lain- lain boleh tengok sini.

TAPI ITU HARGA JANUARI 2023..( kami pi 28 Januari 2023(Sabtu)


Ni HARGA FEBRUARI 2023
-Dinner - RM78(kekal)
Weekend Hi tea - RM78( naik sikit kan)

Tapi untuk breakfast,lunch & afternoon delights
Alhamdulillah masih kekal harganya...



Sebelum balik bergambar dulu dengan chef Sabri .

Saya sempat berseloroh dengan Chef Sabri agar janganlah dinaikkan harga..agar kami yang marhain ni dapat menikmati nikmat makan kat hotel yang mampu bayar dan sedap macam ni..hihihi...

10 comments:

  1. disini sentiasa menanti dan disini tetap menunggu orang disana update blog hehe
    mama cella nur sentiasa terpancar pakai blouse besar pun nampak sweet tau

    ReplyDelete
  2. Wahhhh.. dah boleh jadi duta Ideas Hotel, hehehe.

    ReplyDelete
  3. Wah..siap dapat bermesra dengan Chef Sabri pulak tu.
    Seronok acara tukar hadiah, rasa surprise tu yang tambah seronok. Hehe

    ReplyDelete
  4. Oh quality hotel.. dulu pernah kursus kt situ sedap2 mknnnya.. yg x boleh lupa masa supper ada cucur udang yg sedap.. kuih2 tradisional semuanya sedap kt situ.. bestnya dpt balang air utk open house tu kak.. senangla buat mkn2 raya nanti

    ReplyDelete
  5. Kalau Quality Hotel tu tau la ...
    Syoknya bertukar -tukar hadiah macam ni ..rindu pulak geng2 ofis sy dulu ahak!

    ReplyDelete
  6. Wah, panjang entri kali ini. Gambar pun banyak. Nampak happy semuanya. Meriah gitu! Seronok tukar-tukar hadiah.

    ReplyDelete
  7. hotel tu pemiliknya orang kita, jadi 100% halal.

    ReplyDelete
  8. mahalnya hitea sampai RM78... kita makan kat mamak jelah anak-anak.

    kita nak tengok muka mamacella..bila dapat tengok muka ni?

    ReplyDelete
  9. Kak..moh la jumpa..teringin nak jumpa mama cella ni ha...asyik tutup muka je ni...apapun...terima kasih inspire hadiah SA hari tu...hahaha...seronok plak tukar-tuker hadiah ni...

    ReplyDelete
  10. seronoknya gather2..and seronok nya bab tukar2 hadiah tu.. best

    ReplyDelete