Thursday, 23 June 2022

TERINGIN NAK MAKAN LAMB

 Dah agak lama tak makan 🐐..Beberapa kali juga menjenguk ruang frozen kat supermarket nak cari lamb slices tapi sudahnya tak jadi beli.

Bukan apa,kalau masak kambing nak kena fikir juga lembu atau ayam sebab Adah tak makan kambing .

Teringat masa Cella sekolah menengah dulu, beberapa tahun juga kami tinggal berdua beranak kerana anak bujang tu kat Kedah dan Adah pula masih kat UiTM Segamat & Puncak Alam.Masa tu kami 2 beranak kerap betul makan daging kambing.Grill,goreng,kari,kurma dan nasi goreng kambing.Masa tu harga daging  pun masih mampu milik.Kalau beli frozen slices yang ada 5 keping tu baru dalam RM18- RM27 dah boleh 2 kali masak.

Sekarang kalau tengok harga ..kussss semangat!

Untuk pack 5 keping  nipis tu semuanya tidak kurang dari RM50...So,agak lama tak beli daging kambing.


Semalam punya semalam,masa pick up Adah balik kerja,dia ajak ke Soru.Katanya,tak payah masak dinner..Dia nak belanja kat Soru.
Paw la sepinggan lamb grill ni...hihihi

Dia nak makan mac & cheese ni..&  grill chicken wings.Tak snap pic pulak chicken wings tu.
Untuk abangnya dia tapawkan Nasi Lemak Crispy....
Pun tak snap pulak pic  sebab lupa habis dunia bila dapat makan kambing🤣


14 comments:

  1. Hahahha.. makan kambing terus lupa donia ya. Kecurlah tengok kambingnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru dapat makan kambing tu..
      Kalau dapat makan kanggaru..tak tau la🤣

      Delete
  2. Soru.. salah satu tmpt mkn fav kitorg juga mak cella.. 🤗

    ReplyDelete
  3. dah nampak kambin lupa dah semuanya ye hehhehehe ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...
      Nasib baik masih ingat jalan pulang🤣

      Delete
  4. Sama kita, kalau teringin, lupa semua hahaha.. nasib daging perap sentiasa ada dalam freezer hehehe

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Kena yang ada lemak-lemak skit tu lagi la ..hihihi

      Delete
  6. Nampak nikmat sungguh makan kambing tu sampai lupa ambik gambar noo :D

    ReplyDelete
  7. wahh sedappnye lambchop., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap..
      Pasti lagi sedap lambchop @ Doha🤣

      Delete