Sunday 26 June 2022

MASAK MEE OATS GORENG

 Hari ni saya sarapan kat luar.Tapi semalam saya masak sebab semalam saya rajin sikit🤭.Rajin sikit saja...hihihi


Semalam saya masak mee oats goreng


Makan bersama telur ceplok.

Makan panas-panas,biarpun goreng budus-budus saja..memang layan. Walaupun saya bukan penggemar mee,tapi dengan mee oats ni saya makan dengan feeling kerana mee dia kenyal dan tiada rasa kapur.Rupa macam mee kuning biasa kan.Tapi ini saya guna mee oats 


Ni mee oats yang saya gunakan.
1 pack tu 250gm.Saya rasa cukup untuk 4 orang makan.Tapi sebab semalam saya tak baca lable tu 250gm tu..Saya ingatkan dalam 150gm camtu ja sebab nampak macam sikit.Ditambah pula sikap tamak,saya masak dua-dua pack tu..memang sangat banyak untuk 3 beranak berulang makan pun memang masih berbaki.Lain kali nak masak sebungkus saja jika makan 3-5 orang pun.

Nampak macam sikit,bila dah rebus dan masak dengan rencah sayur bagai memang muai(berganda) dan cepat kenyang.

Rupa dia macam mee lidi tapi bintik-bintik sekam oats tu.
Saya masak simple sangat ja..Main campak-campak bahan seadanya saja.Sepatutnya bahan tu sesuai untuk 1 pack mee oats ni saja.


MEE OATS GORENG
1 pack mee oats (kering)
1 keping dada ayam-hiris
2 pokok sayur bak choy 
1 pokok daun bawang
3 bawang putih - ketuk
2 sudu cili kisar +1 sudu bawang kisar.
1 kiub bilis.
minyak,kicap manis & garam

1. Jerang air untuk rebus mee.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
3. Masukkan ayam dan biar sampai masak.
4. Tambah cili blend + bawang dan kiub bilis.
5. Rebus mee 5 minit dan terus masukkan dalam tumisan.Tambah sayur dan renjiskan kicap manis secukupnya 
6. Sesuaikan rasa.


Alhamdulillah....

12 comments:

  1. Menu sihat ni. Mi oats. Kembang rupanya setelah direbus. Yang bestnya sebab tak ada rasa kapur.

    ReplyDelete
  2. Nampak berkhasiat mee oat ni. Sy pun selalu fikir tak cukup sebungkus kalau goreng mee jenis kering macam ni. Padahal, bila dah goreng, menimbun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....kita geng tamak bila memasak..risau naw takut tak kenyang

      Delete
  3. Mak cella kata sdp.. wah, kena cari ni.. hrp ada kat alamanda.. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya K.Lin...kita pun nak cari buat stok..
      Kalau kat shopee saya dah try taip mee oats tak keluar result..
      Bila taip " mee oats Arona" baru keluar result mee aots ni

      Delete
  4. nampak menarik rupa mee nya tu bila dah di goreng, nak cuba jugak lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Dana...bagusnya mee ni tak mudah lembik bila direbus .kenyal sedap

      Delete
  5. Wah, boleh cari ni, mee oat. Saya biasa beli mee gardenia tu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la..saya pun sblm ni dok guna Nu mee Gardenia ja..pun sedap sebab tak rasa kapur kan..makan pun tanpa was was🤭

      Delete
  6. Replies
    1. Alhamduliah...sedap tekstur mee dia kenyal

      Delete