Tuesday 17 May 2022

IFTAR HARI TERAKHIR PUASA 6 - MASAK PASTA OLIO BAWANG PUTIH

Alhamdulillah dah selesai puasa 6 pada hari Ahad.Sepatutnya boleh selesai hari Sabtu.Tapi Sabtu pi Nilai 3 dah tersengaja minum cendol...hihihi..
Maka,hari Ahad,sambung semula..Alhamdulillah dah selesai..

Untuk iftar hari terakhir tu saya masak pasta olio bawang putih..
Ma sha Allah sedapnya untuk anak tekak saya
(sendiri masak sendiri pujišŸ¤­)

Berkilauan dengan minyak bawang putihnya..Harum menawan selera.

Sebeban bawang putih..
Saya guna 1 labu bawang putih..Dadu halus.
Goreng hingga kekuningan


Angkat dengan minyaknya sekali dan ketepikan..
Goreng hingga kekuningan sahaja sebab bila kita angkat dengan minyak tu kan minyak masih panas,jadi bawang akan terus panas dan menjadi keperangan.


Bahan lain nak masak pun simple banget..
Saya hanya guna sebiji tomato masak,sikit isi ayam dan beberapa biji cili padi..kalau guna chilly flakes lagi harum dan lebih sedap.Tapi stok chilly flakes saya dan jadi kehitaman dan bau dan berubah..kenalah buang ..huhuhu




Dah pukul 7 malam baru saya  masak.Maghrib masuk 7.19..
Maka rebus pasta tak sempat lembut,saya curahkan pasta yang sedang direbus bersama airnya ke dalam kuali..

Harum bau nya...walaupun bukan apa sangat bahannya..

SPAGHETTI OLIO BAWANG PUTIH

½ paket spaghetti
( tapi saya guna pasta vermicelli)
1 keping dada ayam- dadu
5 cili padi-hiris
1 tomato merah
1 labu bawang putih
garam,minyak & daun basil

1. Jerang ¼ periuk air hingga mendisih untuk rebus pasta.

2. Panaskan ½ cawan minyak dan goreng bawang putih cincang hingga keemasan.Angkat bersama minyaknya dan ketepikan .

**Sementara itu masukkan pasta dalam air mendidih dan masak hingga agak lembut

3. Tinggalkan agak-agak 3 sudu minyak bawang putih dalam kuali dan tumis cili padi.

4. Masukkan isi ayam dan bila ayam telah masak masukkan tomato cincang 

5. Masukkan pasta dan gaul rata.Perisakan dengan garam.Jika pasta belum cukup lembut + air rebusan pasta dan biar mendidih hingga pasta lembut.

6. Sesuaikan rasa dan tabur daun basil.Saya hanya tabur daun sup sebab takda sweet basil.

Kerana kesedapannya...maka semalam sempena masih bercuti Wesak...saya masak lagi sekali pasta ni buat sarapan menrangkap lunch.


6 comments:

  1. Alhamdulillah. Moga terus mendapat keberkatan di bulan Syawal.
    Sedap makan pasta panas-panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Semoga Cikgu dalam rahmat AllahšŸ¤²

      Delete
  2. minyak gorengan bawang putih mmg valla sangatkan...ammi sekarang ni kalau buat sambal kicap pun gatal gi goreng dulu bawang putih sikit pastu tumbuk sekali dan letak minyak tu setitik dua..s.edap

    ReplyDelete
  3. Resepi ni tengah 'in' sekarang ni MC kan..
    Nak try juga...
    Alhamdulillah selesai sudah ye, Moga ibadah kita diterima aamin.

    ReplyDelete