Wednesday, 22 December 2021

LAKSAM KEDAH KUAHNYA MERAH

Kalau kat KL ni laksam biasanya versi Pantai Timur.Gulungan laksam seakan lempeng tepung beras yang dikukus dan digulung.Dimakan bersama kuah lemak putih mengandungi isi ikan dan juga ulaman hiris beserta sambalnya.


Namun jika di Kedah,laksam tradisinya berkuah lemak merah seakan kari.Isi ikan tetap menjadi bahan utama.Begitu juga ulaman yang dihiris halus dan telur rebus.Gulungan laksam tu sama iaitu pes tepung beras yang dikukus nipis dan digulung serta dihiris.

Seingat saya,zaman kanak-kanak dulu hanya pernah tengok makanan ini tapi tak pernah mak masak.Mak hanya akan masak laksa.Bila tinggal di asrama masa sekolah menengah baru dapat makan laksam kuah lemak merah ni beli kat pekan nat & pasar malam.


Rasa laksam putih tu sama saja.Kuah dia pula sama macam LAKSA KUAH LEMAK KEDAH macam saya selalu masak.


Laksam Kedah ni bukan saya masak.Tapi saya beli masa balik Kedah beberapa hari lepas.Biasanya laksam ni dijual bersama kuih muih waktu sarapan pagi atau waktu petang.Asalnya nak pi makan laksa dapur arang,tapi takdan sebab dah nak balik KL dah.Tak puas balik kali ni.In sha Allah ada rezeki dan masa mengizinkan akan balik lagi.

9 comments:

  1. Kalau makan dengan spaghetti mesti rasanya seakan sama LJ, betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau laksa lemak utara tu memang hampir sama rasa dia dengan LJ.
      Tapi kalau laksam ni pada saya versi fettucini kot🤣

      Delete
  2. anak no. 2 ammi suka laksam..
    tp apa je yg dia tak suka?? haha

    ReplyDelete
  3. wahhh baru tau laksam kedah kuahnya lain..
    sedapnya laksam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...
      Tapi tak sepopular laksam kelantan kan

      Delete
  4. Laaa..baru tahu ada laksam kuah merah. Saya ingatkan laksam kuah putih hanya kelantan je ada. Mungkin boleh cuba laksam kuah merah ni macam laksa Johor sebab jenis laksam kuah putih tu saya tak makan. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin yang no boleh masuk dengan selera Fiza...hihihi

      Delete
  5. Alaaa....x pandai makan laksam..pandai makan laksa je...

    ReplyDelete