Saturday, 18 December 2021

KACANG BELANGA

 

Kacang Belanga ..

Ada yang panggil kacang bulu.Dulu ingatkan kacang ni sama dengan Kacang Edamame..Rupanya lain.Edamame isinya hijau.Kacang Belanga ni isinya putih.Tapi dari segi rasa macam nak sama.Bezanya kacang Edamame lebih lemak.Manakala kacang belanga lebih halus teksturnya bila dikunyah.


Ini hanya 2 tangkai @ 2 gugus kacang belanga.Katanya dipanggil Kacang Belanga kerana buahnya lebat Jika dipetik setangkai sahaja mampu dapat sebelanga.Wallhua'alam.

Mak ada dapat benih kacang ni dari abang saya 3 biji buah kacang.Kemudian,mak bagi sebiji buah kacang ni masa saya balik Cuti Deepavali.Saya bagikan kepada Pak Man tukang kebun untuk tanam.Kata mak,abang ada cakap kat mak bahawa kacang ni masa muda boleh dijadikan sayur atau dimasak kari bersama ikan atau daging.Buah yang sudah tua dan hampir masak boleh direbus dan dimakan bijinya.


Ini hasil buah kacang yang sudah cukup tua.Sudah direbus sehingga empuk dan nampak kulitnya mula merekah.


Isinya yang sudah empuk setelah direbus lebih kurang 20 minit.Isinya putih dan saiznya sebesar kacang buah pinggang @ kidney bean.Besar juga bijinya Rasanya sedap seperti kacang tanah yang direbus empuk.Tapi teksturnya lebih halus dan tidak berhampas bila dikunyah.Kulitnya juga tebal dan lembut bila sudah direbus.


2 comments:

  1. Saya baru nak cakap kacang Edamame. Sekali bukan daaaa..Dua dua kacang tak pernah makan lagi. kesian saya..huhu

    ReplyDelete
  2. ooo bukan Edamame...menarik ni...kak kalau ada lagi biji benih SA nak ye...beli pun x pe...hehehhe

    ReplyDelete