Tuesday 19 October 2021

KE TELUK CEMPEDAK

 Bila terjadi hal yang tak dijangka..maknanya perancangan kita tidak dapat mengatasi perancangan Allah ...


Takdirnya kami bermalam di Skytree Hotel.Singgah solat jamak kat R&R Ajil pukul 5.30.Teruskan perjalanan & dekat pukul 8 malam jugak la sampai Skytree Hotel ni.


Dinner,Adah &abangnya turun beli kat mamak saja.Adah beli mee goreng & megi goreng.Anak bujang tu lepak mamak kot.Lepas makan saya hanyut.Hujan lebat pula tu.


Pagi masih renyai.renyai hujannnya.Tak ada arah nak tuju...

Adah & abangnya cakap ..boleh tak kalau kita tidur saja kat Kuantan tapi pagi kita ke Kuala Trengganu semula untuk habiskan itinerary tu??🤣🤣

Tunggu hujan berhenti,Adah kata kita akan  ke Teluk Cempedak.Lebih kurang 20 minit dari sini.



Sampai TC tengok parking penuh walaupun masih awal...Agaknya mereka bermalam dihotel,motel,chalet,guesthouse atau hotel  bajet sekitar sini.


Kami singgah satu gerai tepi parking.Sarapan nasi lemak yang tak lemak🤣

Ayam pun besar sudu sahaja.Tak apalah dah itu rezeki kami.

Masa deside nak tidur kat Kuantan tu pun saya dah bagitau sesiap dah kat depa dua beradik tu...dari pengalaman saya beberapa kali ke Kuantan jangan nak expect makanan macam kat Trengganu..Baik dari segi menu makanan maupun harga...Kita kena raikan perbezaan tu....hihihi

Kita yang sesekali datang.Mereka yang memang tinggal di sini mungkin lebih tahu port makan menarik dan kelebihan Bandar Kuantan ni..


Tapi ada dua peristiwa yang menggambarkan kebaikan orang Kuantan..Nanti saya ceritakan dalam next entri



Anak bujang jumpa bakso memang wajib dia order la.


Pakcik kedai makan ni peramah.Katanya masa PKP memang makan tidur sahaja.Ni baru berniaga semula bila Pantai TC dah buka.

Adah nampak laut,macam budak kecik terus masuk air.


Rugi la...ada view cantik depan mata...tapi dok asyik ngadap handphone..
😅


Nak juga rakam kenangan kat sini...😁


Adah tu geram nak mandi laut.
Saya cakap kat TC ni boleh mandi sebab pantainya berteluk,terlindung dari ombak kuat.Dah namapun Teluk Cempedak.. Dia kata kalau tau kat sini boleh mandi,dia dah bawa  baju untuk mandi..hihihi


Depa sibok layan bayu laut...Saya sibok kutip kulit kerang ..Nak bawa balik isi dalam mini akuarium untuk ikan puyu kat rumah..Biar ikan puyu tu seronok sikit😁


Geram tengok rumput cantik,ambil gambar lah kat sini...


Laaaa....rumput karpet tiruan ..Cantik la...
Inspire...
Berangan nanti nak bentang rumput karpet tiruan ni kat rumah di Kedah ...
Cantik betul.Saya siap selak bawahnya nak tengok basah ke tidak sebab awal pagi tadi hujan lebat...
Elok sahaja tak ada air bertakung pun..
Ish,macam tak sabar nak buat..
Berangan bukan kena bayar kan...
🤣

Inspire jugak ni...
Kalau la semua tempat riadah ada macam ni..Bagus ni..!

Tak berlama sangat kat TC tu sebab panas.Lagipun Adah nak guna kereta kerana  ada janji nak jumpa kawannya kat pekan Kuantan tu.
Balik hantar kami dua beranak kat hotel..Dia keluar semula...
Sementara tunggu Adah balik,layan mata kejap,mandi & kemas untuk check out.

Siap-siap untuk check out..Yang kemas tu katil mak.Yang  selerak tu katil anak dara.So,mana yang lebih sesuai nak buat menantu?🤣


Ni bilik anak bujang tu tidur.Kata katil queen..tapi rupanya dua kati single dirapatkan..jadi la queen🤭
Kata anak bujang tu,malam tadi katil tu rapat..Bangun pagi katil tu dah jarak...handpone pun dah ada bawah katil🤣

Ni la Skytree Hotel tu..Hotel 3 star.Lepas check out...terus bertolak balik KL...
Ingat nak singgah Temerloh..makan ikannpatin tempoyak...tapi tak berenti pun.Tak boleh nak menyinggah sebab Adah ada reunion  staycation pula dengan kawan-kawan sekolah kat KLCC pukul 3 petang.
Dari Kuantan ni dia terus ke KLCC...Tak balik rumah pun dia.Cuti sakan dia...Tak cukup kat Kuala Trengganu & Kuantan,sambung lagi staycation.Depa dah plan lama katanya...
Saya &anak bujang saja terus balik untuk menghadapi Monday Blues esoknya 🤭🤭🤭


11 comments:

  1. Alhamdulillah n tahniah semua urusan Allah permudahkan dan slmt menimba ilmu dunia akhirat buat cella.slmt dtg kuantan bandaraya akak wpun skjp aje.makanan di TC mmg org tempatan tak rasa jadi tak berani komen tapi di bandar banyak tempat yg boleh memuaskan selera kita. Apapun jgn serik berkunjung ke kuantan lagi ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Dah selesai urusan.Balik.mengadap kerja la pulak..hihihi

      Tu la,tak pandai nak cari tempat makan & tempat nak dituju sebab tak plan nak ke Kuantan.Takdir sudah tertulis untuk sampai ke Kuantan...Alhamdulillah.
      in sha Allah ada rezeki nak ke sana lagi.Cuma kna plan awal-awal...terima kasih tau

      Delete
  2. Amboi, padat betul jadual Adah ni, bakal mak mertua kena banyak sabarrrrr.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...depa orang muda ada ja...
      Hahaha....kalau mak.mentua dulu2...alamat kena bebel dah🤭

      Delete
  3. Alhamdulillah dapat jugak merentas sampai ke sana. Jauh juga perjalanan tu. Seronoklah dapat tengok view pantai. Pantai TC pun dah macam macam tarikan ada. Saya suka jalan jalan kat lalu tepi tu ada titi. Tapi monyet pun banyak.

    Sana sini reunion Adah. Betul betul sibuk Adah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Dapat la tengok pantai yang ada laut.Kat KL pun ada pantai...Pantai Dalam🤣🤣

      Saya dok usha juga laluan tu..macam nak juga menyusuri situ tapi sayang kat lutut🤭
      takut balik kena urut..panjang juga laluan tu..Nanti kalau ke sana lagi nak try lah...

      Delete
    2. Pantai dalam tapi tak ada pantai. hihi...
      ye, agak panjang jugak laluan tu. Tapi best jalan tepi pantai tanpa perlu basah kaki :)

      Delete
  4. Padat sungguh jadualnya.
    Terasa gatal kaki ni nak jalan-jalan juga hahahahaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaki travel macam cikgu memang akan gatal kaki la sebab dah biasa merentas negara saban tahun🤭

      Delete
  5. Seronok dapat melepak tepi pantai kan, terasa damai & tenang.
    RUmput carpet tu ada jenis x takung air MC, rumah mil ada pasang tu. Adalah caranya tapi mmg tak basah or reput rumput carpet tu bia kerap kena hujan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh...saya teruja pasal rumput karpet tu..
      PH..
      Kalau tahu jenama @ link kedai rumput karpet tu sudilah kiranya kongsikan kat sini...
      Dah berangan ni nak pasang @ rumah di Kedah🥰
      Terima kasih PH

      Delete