My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Tuesday, 16 July 2019

SINGGANG IKAN TONGKOL DENGAN BENDI

Singgang Ikan Tongkol
Rasa dia masin dan masam dan pedas dan sedap
Hahahaa


Singgang Ika tongkol campur bendi
Mak aku kata campur sayur sesiap
takyah masak sayur dah
Ikan & sayur dalam 1 mangkuk


SINGGANG IKAN TONGKOL + BENDI
1 ekor ikan tongkol
10 batang bendi
2 sam keping
1 sudu garam
1 batang serai
2 hiris lengkus
1 ketul kecil kunyit hiris
10 cili padi hijau
1 bawang besar- hiris
3 bawang putih - belah

1. Bersihkan ikan dan potong
2. Rusu ikan bersama asam garam,serai lengkuas,kunyit  bersama 4 cawan air hingga mendidih
3. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan hingga kuah berkurangan menjadi separuh
4. Masukkan bendi dan biar mendidih  sekejap
5. Sesuaikan rasa & Masukkan cili padi
**** Lebih sedap jika di biarkan semalaman supaya rasa sebati

PAling sedap  cicah ngan budu
Ouh....saya suka budu..!


Mak akukata ni lauk orang demam
Tapi buat pa nak tunggu demam kalau makan ni lebih sihat
Hahaha

5 comments: