Tuesday 23 June 2015

KASWI PANDAN...WANTAN GORENG...CHICKEN BALL SOUP...& IKAN BERLADA ..IFTAR HARI KE-3 2015

 Kuih KAswi Pandan..
Harum wangi bau daun pandan...
Kuih untuk iftar hari ke-3 Ramadhan 2015
Mak aku kata ni resipi dalam Group WhatsApps..
Huh..resipi pun mainwhatsapps do...
Kata mak aku resipi asal agak banyak..
Ni yang mak aku dah kurangkan sebab kami hanya 3 orang jer nak makana\

KASWI PANDAN
1cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan santan pekat
2 cawan air daun pandan (blend daun pandan)
1/4 cawan air kapur sirih
1/2 cawan gula
pewarna hijau

Bahan gaul:
Kelapa putih + garam

1. Blend daun pandan dan air & tapis untuk dapatkan 2 cawan air pandan
2. Masukkan semula air pandan dan semua bahan lain kecuali kelapa + garam.
3. Blend hinga sebati
4. Dalam kukusan..panaskan acuan kuih lompang atau sebarang acuan .
5. Kukus kuih hingga masak anggaran 201 minit.
6. Biar sejuk baru keluarkan & gaul dengan kelapa bergaram..


Kuih Wantan Goreng...
Paling aku suka kalau cicah Thai cilli sos..


WANTAN GORENG
20 keping kulit wantan
Minyak untuk goreng


 Gambar ulit wantan


Inti:
1keping dada ayam-isi sahaja
2 sudu tepung ubi
sikit garam & lada sulah
1/2 batang carrot dadu halus
1/2 batang sadri-dadu halus


1. Buat intinya dahulu:- Dada ayam dipotong2 & guna blender kering & blend jingga halus.


2. Campur garam & lada sulah.. Dalam mangkuk gaulkan bersama bahan inti hingga sebati



3. Ambil sekeping kulit wantan & bulatkan iti agak2 sebesar fishball letak tengah2.


4. Bunjutkan macam nak sup bunjut..x perlu gam sebab nanti bila goreng akan melekat sendiri


5. Buat sampai habis

6. Dah nam makan baru goreng supaya kekal rangup



7. Boleh juga buat bentuk karipap


Homemade Chicken Ball Soup...
Sebab malas nak taip semula...so tengok je pada entri yang lepas...sama je...mak aku juga yang buat pun..

Bahan dah siap....


Cara nak buat Chicken Ball  & nak masak soup boleh  KLICK SINI




Ikan Berlada.... 
Untuk resipi ....sama jer  KLICK JE SINI

Mak aku ada buat sambal belacan & ulam bendi rebus..tapi malas nak taip...
Penat weh... puasa....




2 comments:

  1. Tahi cili sos???🤔🤔😂😂 ke.. Thai cili sos

    ReplyDelete