Saturday, 25 March 2023

MENU IFTAR HARI KE-2: DAH MEMBELI KAT BAZAR RAMADHAN🀭

Sejak hari pertama puasa,Adah dok ajak pi Bazar Ramadhan(BR),tapi saya berkeras takmau pi.Saya nak masak.Suruh dia gi sendiri takmau pulak..Nak juga ajak kita.

Semalam tinggal kami berdua beranak berbuka kat rumah.Anak dara bongsu tu tak dapat balik sebab ada meeting lepas solat terawikh katanya.Anak bujang tu pula berbuka kat tempat kerja.

Adah dok ajak la juga pi BR jugak.Bila namanya mak tu..tak sampai hati la pulak.Tunggu dia habis kerja pukul 5..Katanya dia teringin Nasi Beriyani Ayam.

Tapi kesudahannya...


Saya beli sebungkus kue teow goreng semata-mata.Balik rumah tuang dalam pinggan.Tambah salad,tomato hiris dan picit sos kewpei.Cadang asal nak buat salad terlur untuk gandingkan dengan kue teow tu..Tapi lupa nak rebus telur.Dah nak azan baru ingat.Rebus 2 biji telur takdan nak masak.Tu yang terlonggok saja telur cair kat penjuru pinggan...tapi sedap..hihihi

Adah beli Takoyaki udang.Memang betul-betul isi udang lutsinar yang rangup tu.


Untuk abangnya beli takoyaki juga inti octopus.

Selain tu Adah beli Kebab Melawati ni.
Kata nak makan Beriyani Ayam?🀭🀭🀭
Mmm...Adah kata dah nampak takoyaki tu lupa dah nasi beriyani.Tambah pulak beli kebab.Semua yang mengenyangkan
Tapi kesudahan..kebab  ni pun tak termakan.

Takoyaki octopus tu pun takda sapa makan.Anak bujang tu balik kerja dia beli roti john.Katanya dia  kelaparan.Masa berbuka dia beli Nasi Kandaq kuah campur berlauk ayam.Dah makan sesuap tercium bau tak sedap..Rupanya terkena ayam busuk!
So,berbuka hanya minum air.
huhuhu...sian anak teruna tu!
Tu yang otw balik dia beli roti john sebab lapar.


Oh,kami pi BR Seri Permaisuri.Nak pusing cari parking memang lebih ½ jam..
Akhirnya kami patah balik masuk park kereta dalam kawasan Stadium Bola Sepak KL depan HUKM tu..Rupanya situ lagi dekat nak masuk BR..
Syyy lepas ni sapa yang nak pi,pepandai la cari jalan masuk tersembunyi untuk masuk park kereta dalam tu..Tapi kalau kena saman,sendiri tanggung sebab kat palang tu dah tulis dilarang meletak kereta dalam tu🀭🀣

Sebenarnya plan asal saya nak masak juga nasi & masak sayur bok choy bersama ikan tenggiri jeruk.Tapi dah kue teow ni pun agak banyak.Tidak la saya masak nasi lagi.
Memang kenyang dan sangat sedap kat tekak saya.Tekak saya ni ..jarang la makanan tak sedap..hihihi

Teh Hijau Ahmad Tea sebagai peneman kue teow tu.

Ni anak dara bongsu tu update dia baru balik BR dengan kawan-kawan..


Makan Shawarma katanya.Rindu BR Kuala Trengganu katanya..
Makan shawarma untuk mengimbau kenangan berbuka kat Jambatan Angkat..
Dua tahun di sana mestilah rindu..
Saya pun rindu Nasi Dagang Atas Tol & kepok gote rebus ..Hihihi...

Petang ni belum ada plan nak masak apa..


Janji nak kongsi resipi dari koleksi resipi majalah lama yang masih ada dalam simpanan saya..Tapi tertinggal kat tempat kerja pula.Hanya ada gambar ni yang saya sempat snap beberapa hari lepas.Pic tu dari majalah keluaran 1995.
In Shaa Allah nanti saya kongsikan..Saya teringin sangat nak kongsi sebab kebetulan ada beberapa resipi menarik dalam majalah keluaran tahun 1985(anda umur berapa masa puasa tahun 1985??🀭) 
Kena pula edisi khas tu juadah berbuka puasa..Nanti ye..!


Friday, 24 March 2023

MENU IFTAR HARI PERTAMA: SAYUR SAWI BUNGA vs DAGING BLACK PEPPER

 Salam Jumaat penuh barokah..

Dah plan ke nak masak menu  apa petang ni untuk iftar?


Ni menu saya semalam.

1st day Ramadhan 1444


Saya masak Sayur Sawi Bunga

Untuk lauknya pula..Daging Lada Hitam.
Hari Rabu mak saya call tanya beli daging ke tak?
Haaaa...mak saya kalau sahur pertama wajib akan beli daging.Tak dapat banyak sikit pun jadi la.Seingat saya memang sejak  saya kanak-kanak,mak mesti beli daging untuk sahur pertama.Lepas sahur pertama..tunggu la raya la pulak baru dapat makan daging.
Dulu kat kampung,tiap kali nak puasa,hari tengok anak bulan tu memang akan ada orang sembelih lembu.Kampung saya tak ramai orang.Dulu zaman kanak-kanak,penduduk kampung saya dalam 40 buah rumah saja.Jadi tiap kali nak puasa atau nak raya akan ada orang sembelih lembu
 " Buat Tumpok"
Maksudnya akan ada sorang incharge yang cari lembu.Kemudian dia akan ambil order dari orang kampung.Lembu tersebut akan disembelih dan dibahagiakan mengikut berapa ramai yang order dan dibahagikan dengan harga lembu.Contohnya yang order 20 orang,harga sekor lembu tu pula RM800( ni harga tahu 80-an) Jadi setiap orang kena bayar RM40.Lembu yang dah disembelih dibahagiakan kepada 20 tumpok
( longgok).Setiap tumpok akan mengandungi daging,tulang dan organ dalaman yang lebih kurang sama banyak.Kaki yang 4 tu juga akan dikerat-kerat dan dibahagi.Kalau yang kurang mampu nak beli banyak atau ahli keluarga tak ramai...setumpuk tu dikongsi pula berdua atau berempat.Kurang la sikit membayar,tapi daging pun kurang la..
Yang naya tu kalau diumumkan tak nampak anak bulan dan puasa akan mula lusa.Daging dah masak sebab masa tu mana ada peti ais.Maka kami yang anak-anak ni seronok la esok makan tengahari lauk daging.Maka nak tak nak,mak pun suruh la pula tangkap ayam kampung sebagai lauk sahur pertama...hihihi

Tapi itu dulu la zaman saya kanak-kanak.Sekarang tak ada dah tumpok menumpok ni..Semua dah pakat ada kereta dan jalanraya pun dah ada..Pakat beli sendiri- sendiri la kat pekan.Cuma kalau nak puasa dan nak raya,sepanjang jalan dari kampung nak ke Pekan Pendang tu ada dekat 10 gerai jual daging segar yang digantung bersama kepala lembu diletak di sisi sebagai tanda baru sembelih.

Hari Rabu mak call tanya saya beli daging tak? 
Saya jawab tak,sebab nak sahur lauk telur ja..
Punya la mak bising.Kata mak telur tu hari lain boleh makan.Sahur pertama kena la makan daging..!
Mak saya siap bagitau dia yang dah tak boleh makan daging pun tetap beli sebagai semangat puasa.Pastu daging tu mak bagi kat Achik...sebab mak memang dah berbelas tahun tak makan daging sejak dah buang hempedu.

Padahal saya memang sahur daging juga 1st puasa tu....hihihi
Tapi daging ready to eat la.. 


Ni lauk 1st Ramadhan.Jangan nanti mak tanya,masih juga tak beli daging.Ni kalau mak tanya..ok,dah makan daging untuk hari pertama puasa.

DAGING BLACK PEPPER DENGAN BROCCOLI
250 gm daging - perap 1/2 jam  dengan bahan tumbuk
1 broccoli - saiz kecil
1 cili merah
1/2 bawang besar
2 sudu minyak
1/2 sudu teh tepung ubi+ 1/4 air
Bahan tumbuk
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada hitam biji
2 bawang putih
2 hiris halia
1 sudu sos tiram

1. Ceraikan kelopak broccoli serta carrot  dan celur air mendidih 2 minit dan rendam air sejuk
2. Panas minyak dan tumis daging perap dengan bahan tumbuk
3. Jika daging belum lembut + sikit air dan masak hingga daging empuk
4. Tambah bawang,cili,broccoli rebus dan gaul rata
5. Sesuaikan rasa
6. Tambah air tepung ubi dan kacau cepat2 .Matikan api




Ni pula Sayur Sawi Bunga tumis sos tiram.
Saya masak tanpa potong supaya lebih sedap dan cantik dipandang🀭

SAWI BUNGA SOS TIRAM
2 ikat sawi bunga( +-600gm)
1 cili merah
2 sudu sos tiram
1 labu bawang putih
( cincang halus)
1 sudu kecil tepung ubi
minyak,garam,kiub ayam,minyak bijan

1. Jerang ½ kuali air + sikit garam.Celur sawi bunga tanpa potong.Angkat dan rendam dalam air sejuk supaya kekal hijau.

2. Panasakan minyak dan goreng bawang putih cincang hingga keemasan.Angkat dan ketepikan.Tinggalkan sikit minyak dalam kuali.

3.Tumis cili merah dan masukkan sos tiram dan ½ kiub ayam.Tambah air anggaran½ cawan dan biar mendidih.

4. Bancuh tepung ubi dengan sikit air dan curahkan dalam tumisan.Kacau hingga pekat.

5. Susun sawi dalam bekas.Siramkan kuah atas sayur.Kemudian tabur bawang putih goreng dan renjiskan minyak bijan.




Dah siap susun sayur dan curahkan kuah.Tabur bawang putih goreng.

Menarik kan..?
Hihihi...
Selain sawi bunga ni..
Saya pernah juga KANGKUNG TUMIS BELACAN tanpa potong kangkungnya.
Kalau sayur bok choy pun sesuai masak macam ni.
Petang ni ingat nak masak sayur  bok choy sebab tu ja sayur yang ada dalam peti ais.
Esok kalau rajin nak pi pasar tani cari stok lauk dan sayur.

Buah pula takda..Hanya ada buah kurma ja...hihihi

Ni anak bujang kata dia pi bazar ramadhan nak beli murtabak.Tak meriah pun bazar yang ni.1st day puasa dia balik awal nak berbuka kat rumah.



Dia beli juga air jagung.Itupun lebih 5x saya ingatkan dia,hanya beli murtabak SAHAJA.
Kalau tak pesan,memang satu bazar tu nak dibelinya..

Dia beli 2 keping murtabak ayam dan daging.Depa dua beradik ja makan.Saya tak minat muttabak.

          pic by FB Pendang

Ni Achik kata kat Bazar Ramadhan Pendang.Meriah betul..!
Saya baca dalam group Pendang tu pun pakat komen kata meriah.Peniaga pun seronok jualan laris.



Ni pulak anak dara bongsu tu post juadah dia iftar.
Katanya dia teringin popia basah.Sekali beli 4 ketul RM7...
Katanya dia lupa dia beli ni kat Lembah Klang.Kalau tahun lepas belinya kat Trengganu..memanglah murah.Pastu baru ni balik Kedah beli popia basah ni kat Pasar Malam Tanah Merah...5 ketul RM4..
Dah nak makan...beli la nak...
Walaupun sepelaung saja,tapi tidaklah saya menghantar juadah kat dia..Kalau saya pi hantar alamat saya la pula berbuka dalam kereta dengan jem bagai.Lagipun saya pun dah  tak masak beria macam zaman depa sekolah dulu.


Thursday, 23 March 2023

HADIAH RAMADHAN

 

Balik kerja semalam nampak ada sebuah bingkisan atas meja makan.


Saya pandang sekilas..
Saya terbaca tulisan kat kotak tu ada tulis:

"Selamat 
Menyambut Ramadhan
Al- Mubaraq
Sayangku"

Dalam hati terdetik...Mmm ada boipren depa la kot bagi.
Saya pun tak ambil kisah dah..

Sebelum tu balik kerja saya dok cari kurma..Eh,tak jumpa pula gerai jual aneka kurma tu.Selalu kalau nak puasa,kawasan perumahan ni meriahnja ada gerai eneka jenis kurma.Tak apa la,esok kita minta anak-anak order kurma dari shopee ja lah..


Dalam dok fikir nak beli kurma tu,pi solat dulu.

Sekali...Adah suruh buka...kata Adah...tu untuk saya...

Ish,sapa pulak la yang kirim ni...Siap tulis"Sayangku"
Nak kata boipren,kita takda boipren.hihihihi...

Tapi dah kata saya punya...
Buka ja la kannnn .....🀭


Eh,sejadah....
Alhamdulillah terawikh malam pertama Ramadhan dapat la guna sejadah baru...
Alhamdulillah ..
Saya pun tanya la Adah...sapa bagi..siap tulis tulis"Sayangku"

Kata Adah..Celah mana la pulak datang tulis"Sayangku"???

Kata Adah..dia la bagi hadiah ni sempena Ramadhan..

Barulah terfikir nak baca lagi sekali..


Laaaa.....🀭🀭🀭🀭🀭
BUKAN tulis"Sayangku"
Tapi itu tulis"Syurgaku"

Adoiiii...

🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣

πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆ


Bangun sahur pagi tadi,Eh..ada dua kotak kurma kat dapur..Rupanya anak bujang tu dapat dari tempat kerja...

Ingatkan tahun ni takda..Sebab selalu dapat beberapa hari sebelum puasa.🀭

Alhamdulillah...