My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Friday, 22 April 2022

JUADAH MASAK + JUADAH BAZAR-IFTAR RAMADHAN 19

Salam Ramadhan ke 20..Bermula malam ini,kita memasuki 10 malam terakhir Ramadhan dan semua muslimin muslimat mengimpikan bertem LailatilulQadar...


Semalam masak kari ayam + kaki ayam.


Terung goreng dan tempe goreng 

Sambal belimbing left over

Anak bujang tu balik kerja beli Tepung Pelita Adik Beradik lagi..
Beli juga roti John tapi lupa nak snap sebab dia sampai betul-betul azan maghrib...Masuk ja terus bismillah...

Dibelinya juga air puch..Macam-macam rasa la air ni..Ada rasa guava..rasa grape fruit...lemon & sirap .




Thursday, 21 April 2022

SAMBAL MERAH BELIMBING BULUH-IFTAR RAMADHAN 18

Salam Ramadhan ke 19.Seminggu++ saja lagi Ramadhan akan bersama kita...


Semalam Rabu..Ramadhan ke 18 masak lauk sambal merah belimbing buluh.Nak buat sambal hitam kita tak pandai,maka buatlah sambal merah.


Ros bagi belimbing.Katanya suruh anaknya kutip kat pokok untuk bawa kat saya..Terharu...

Sebelum tu singgah beli cili padi merah Bangladesh ni dan cili merah.Beli juga bilis sebab dah habis stok.Kemain mahal bilis sekarang.Yang hitam legam tak gamak nak makan pun harga RM 30++/kg.Yang cerah sikit ni sekilo RM45.Kalau yang lagi cerah tu RM78..kalah harga daging kambing!

Merungut merungut juga tapi tangan mengaut juga🤭


Balik terus masak sambal ni.Adah katakalau ada sambal ni,goreng telur dadar saja dah cukup.Jangan ganggu dengan lauk lain.


Saya goreng juga ayam sebab ingat anak bujang tu iftar kat rumah.Rupanya dia iftar kat tempat kerja.

Masa balik beli Tepung Pelita Adik Beradik.

Dia jual tepi jalan masuk perumahan.Senang nak singgah beli.Lagipun Tepung Pelita Adik Beradik ni in sha Allah sedap sebab dah banyak kali beli dan memang ramai pengedarnya.


Packaging dia dah kemas.Guna kotak.Dulu guna bekas makanan plastik tu ja.Bagus,ada kemajuan!


3 boxs RM10..
Setiap box ada 4 pcs


Bagi kat jiran bujang sebelah rumah ni 1 box.Depa bujang 2 orang saja.Boleh la kongsi sorang 2 pcs.

Tak sabar nak makan

Alhamduliah,Tepung Pelita Adik Beradik ni memang sedap.



Wednesday, 20 April 2022

JUADAH BAZAR - IFTAR RAMADHAN 17

 Ramadhan 17 hari Nuzul Al-Qur'an memeras keringat membaking..

Maka,makan juadah bazar sahaja.Itupun depa dua beradik tu yang ke bazar.Saya setia mengadap oven.


Nasi Ayam untuk anak bujang 

Adah beli takoyaki


Anak bujang beli tauhu bergedil


Adah cakap dia tak tahu abangnya dah beli..Dia pun belo juga 

Yang ada cili tu RM8.Berat dan penuh inti ayam.Yang lagi 1 tu RM7...



Popia pun sekrang sebiji singgit..!
mmm


Saya kirim beli Itik Salai Lemak Cili Api


Sedap sangat.

Tapi tetap goreng ikan masin cili bawang..hihihi



Air katira....Gelas lebih besar daripada jug