Wednesday, 5 April 2023

.MENU RAMADHAN KE 13 :AYAM PANGGANG, BILIS BERLADO. ,KAILAN IKAN MASIN & KARIPAP FROZEN

 Salam Ramadhan hari ke 13


Jom  tengok saya masak apa untuk iftar  semalam.


Saya panggang ayam bersama keledek ungu untuk anak jantan nan sorang tu.
Keledek tu asalnya saya ingatkan keledek Jepun yang isi kuning tu.Sekali masa nak kuoas kulit...Laaaa,isi dia purple...Nasib baik walau rupa dia kusam legam tapi rasanya enak.

Tergolek seketoi dada ayam tu dalam pinggan kan...hihihi.
Takkan dia nak angkat sedebuk tu dalam pinggan..


Maka saya potongkan jadi 3 bahagian.


Saya juga masak bilis,kentang dan tempe berlada...Tapi macam terlebih cili kan🤭
Walau rupa tak lawo,tapi habis licin...
Adah yang mulanya tak mau makan...
tapi lepas isya' nampak dia ambil pinggan..Tempe,agak mustahil untuk dia tolak...hihihi
Pic pun agak kelam hasil bidikan anak jantan saya.


Kailan Ikan Masin...
Saya guna ikan tenggiri jeruk dalam minyak tu sebagai perencah..Memang semerbak bau dia🤭

Ikan jeruk ni  Muslim product & mak belikan saya balik Kedah sebelum puasa hari tu.


Selain tu saya juga gorengkan Karipap Sardin.Buka saya buat tapi saya beli karipap frozen keluaran Ramly .
Sebenarnya hari tu singgah Ramly nak cari salmon frozen tapi takda.Dah masuk takkan nak keluar tangan kosong.Tu yang sambar la juga 2 pack karipap frozen.


Teh Hijau..untuk saya.Anak jantan tu minum air kosong saja.

Tuesday, 4 April 2023

MENU RAMDHAN 12: BUAT ROTI PARATHA CICAH KUAH KACANG KUDA SEDAP

 Salam Ramadhan ke 13..Dah dua minggu Ramadhan bersama kita.


Saya buat roti paratha cicah kuah kacang kuda untuk iftar Ramdhan ke 12 semalam.
Tergoda dengan menu ni kat dapur CIKGU AMIE.Tu antara bagusnya ziarah menzirahi rakan rakan maya...Boleh dapat idea nak masak...hihihihi

Sebelum ni dah pernah buat roti paratha tapi tak cicah kuah kacang kuda.
Pun dah pernah masak kari kacang kuda tapi tak makan dengan roti paratha pulak..
hihihi


Beriftar dua beranak dengan anak bujang tu.
Bubuh kuah sorang semangkuk...pakat makan senyap sunyi..punyalah sedap..ma syaa Allah...


Nampak sedap bukan?
hihihihi
Anak bujang tu sampai hirup hirup kuahnya.Balik dari terawikh pun dia sambung makan lagi.Sedap betul katanya..


KARI KACANG KUDA SEDAP

1 tin  kacang kuda( saya guna brand Kimball)
1 mangkuk kaki & leher ayam)
1 paket kecil rempah kari ayam
1 paket kecil rempah kari ikan
1 biji tomato masak( besar)- dadu halus
1 bawang Holland-dadu halus
5 bawang putih - cincang
5 cili padi hijau- hiris
1 pokok daun ketumbar.
½ kotak kecil santan Kara
Minyak,garam,gula

1. Panaskan minyak dan tumis bawang Holland,bawang putih dan cili padi hijau 

2. Bila dah harum,masukkan tomato cincang.

3. Bila tomato dah lembut hancur,masukkan kedua-dua serbuk kari yang dibancuh dengan air.Masak hingga naik minyak

4. Masukkan ayam dan kacau beberapa minit biar keluar air ayam.

5. Tambah 4 cawan air dan masak hingga ayam empuk.

5. Masukkan pula santan  dan kacang kuda.Masak hingga mendidih

6. Perisakan.Kecilkan api biar merenih beberapa minit supaya kuah pekat dan naik minyak.

7. Taburkan daun ketumbar.

Tumis  bawangan dan cili padi hijau.Memang kena guna cili padi hijau supaya lebih harum.


Warna nampak pelbagai



Bawang dan tomato dah sebati.Ini yang akan memekatkan kuah dan memberi rasa masam yang sedap


Rempah kari pun saya guna dua jenis iaitu campuran kari ayam dan kari ikan kerana rempah kari ikan lebih light.


Saya guna kacang kuda dalam tin .Kalau rajin boleh juga rebus sendiri kacang kuda macam 

Daun ketumbar tu tabur akhir sekali supaya kekal harum.


Siap Kuah Kacang Kuda Sedap.

Dulu pernah masak 
KARI KACANG KUDA kat sini...tapi yang kali ni saya masak versi nak cicah dengan roti paratha.


Sebelum- sebelum ni banyak kali juga
 BUAT ROTI PARATHA kat sini  kat sini dan ROTI PARATHA kat sini  kat sini
Kali ini pun saya masih guna resipi yang sama.

3cawan tepung gandum


1 sudu marjerin/ butter/ minyak – untuk dough
1 sudu teh yis mauripan
1 cawan air suam
2 sudu susu pekat
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu marjerin/ butter- untuk glis


1.Campur tepung,garam,dan yis mauripan serta gaul rata
2. Tambah marjerin dalam tepung tadi dan gaul ramas hingga jadi berbiji halus
3. Bancuh susu pekat dengan 1 cawan air suam
4. Guna susu suam tadi untuk uli tepung hingga dapat dough seperti dough roti
5. Biar dough mengembang lebih kurang 15 minit
6. Bahagikan kepada 10-12 ketul. Bulatkan doh dan biarkan lagi selama 15-20  minit
7. Gelekkan setiap bagaian doungh  tadi hingga agak nipis anggaran ½ cm
8. Panaskan kuali dan sapu sedikit sahaja marjerin supaya tidak melekat
10. Bila nampak roti semakin naik dan bawahnya nampak garing,balikkan sbelah lagi dan masak kedua-dua belah roti hingga bewarna keemasan,
11. Sapu marjerin pada kedua-dua belah permukaan roti dan  hidangkan panas-panas bersama kuah pilihan dan minuman panas.. 



Minuman panas.
Untuk anak bujang tu buatkan dia air coklat panas.
Saya punya teh hijau panas.

** Seminggu dua ni memang meja makan background biskut raya la🤭
Alhamdulillah Sabtu Ahad hari tu berjaya capai target 40 balang.Sambung weekend ni pula..
Doakan saya dimudahkan urusan & doa yang sama juga dari saya untuk  rakan-rakan semua.


Monday, 3 April 2023

IFTAR RAMADHAN 11: IKAN GORENG ,AYAM PANGGANG & ULAM KANGKUNG CELUR CICAH BUDU

 Salam Ramadhan hari ke-12..


Rezeki iftar saya semalam..Ramadhan hari ke 11.
Masak simple- simple sahaja sambil mengukis.

Beriftar dua beranak dengan anak bujang..

Untuk saya..
Nasi putih.
Ikan goreng
Ulam kangkung rebus
Budu.

Untuk anak bujang yang tak makan ikan..

Panggangkan dia sukuan ayam.
Saya hanya perapkan ayam bersama sikit bawang putih,
Makan bersama nasi putih.
Sambal kicap 
Bunga kobis panggang



Minuman pun Air Teh Bunga kotak sahaja..