Thursday, 31 October 2019

HOMEMADE ROTI PARATHA vs BEEF CURRY

Homemade Roti Paratha vs Beef Curry
Ni mak aku masak hari Isnin
Ahad cuti Deepavali
So,kalau KL & negeri-negeri yang sewaktu dengannya Isnin pun cuti la
Sekolah plak tak kira sewaktu dah
Semua sekolah pun cuti sampai Selasa
Huhuhuhuhu tahun depan dah x merasa lagi cuti sekolah
Tahun ni nak menikmati tahun-tahun terakhir sebagai murid😭
Tahun depan kalau ada rezeki sambung belajar pun dah x dipanggil murid dah
Dipanggil student...kalau rezeki dapat U dipanggil siswa
Up skit la...
Hahahaha


Roti Paratha vs Kari Daging ni
Memang mak aku masak musim Deepavali
Tapi siyes xde kaitan pun ngan Deepavali walaupun ini antara makanan yang selalu dihidangkan oleh kaum India
Tapi orang India mana makan Kari Lembu..




Hari Isnin tu masa petang langit gelap..
Dah musim dia kannnn
Tak gi mana-mana pun...
Mak aku ajak gi Alamanda,tapi aku malas nak kuar rumah  sebab tengah heavy🤫
Haaaaa...kalau dok umah aku
Tempat fav smua orang ialah tingkap la
Sebab dari tingkap tu boleh nampak dunia luar
Boleh nampak cuaca
Boleh nampak hi way
Nampak bangunan
Nampak lake
Nampak pokok
Nampak burung terbang
Nampak itik berenang dalam lake
Nampak flamingo menggagu ikan dalam air tu
Nampak helikopter & kapal terbang lalu
Nampak LRT,ERL,ETS & lepas ni akan nampak juga MRT
Kalau nasib baik nampak la helikopter datuk tu landing...
Malam-malam plak selalu la nampak bunga api
Nak-nak kalau musim perayaan apa-apa la
Kira tingkap ni macam little Google la..
hahahahaha


Roti Paratha..
By mak aku...
Nampak macam roti canai kan
Tapi memang bukan roti canai
Dah cerita ROTI PARATHA BUKAN ROTI CANAI ...kat sini..
Resipi pun just c&p kat situ sebab mak aku kata sama jer


ROTI PARATHA.... by mak aku
3 cawan tepung gandum
1 sudu marjerin/ butter/ minyak – untuk dough
1 sudu teh yis mauripan
1 cawan air suam
2 sudu susu pekat
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu marjerin/ butter- untuk glis

1. Campur tepung,garam,dan yis mauripan serta gaul rata
2. Tambah marjerin dalam tepung tadi dan gaul ramas hingga jadi berbiji halus
3. Bancuh susu pekat dengan 1 cawan air suam
4. Guna susu suam tadi untuk uli tepung hingga dapat dough seperti dough roti
5. Biar dough mengembang lebih kurang 15 minit
6. Bahagikan kepada 10-12 ketul. Bulatkan doh dan biarkan lagi selama 15-20  minit
7. Gelekkan setiap bagaian doungh  tadi hingga agak nipis anggaran ½ cm
8. Panaskan kuali dan sapu sedikit sahaja marjerin supaya tidak melekat
9. Bila sudah panas,letakkan sekeping adunan tadi dan tutup kuali
10. Bila nampak roti semakin naik dan bawahnya nampak garing,balikkan sbelah lagi dan masak kedua-dua belah roti hingga bewarna keemasan,

11. Sapu marjerin pada kedua-dua belah permukaan roti dan  hidangkan panas-panas bersama kuah pilihan dan minuman panas..

Kari Daging
Roti Paratha panas-panas


Homemade Roti Paratha vs Kari Daging

3 comments:

  1. uih .... sedapnya ... makan panas-panas ...

    ReplyDelete
  2. Heee sedap...
    Tapi best lagi sis dapat travel selalu.. Patutla selalu travel... Huntong lar hb pilot😄

    ReplyDelete
  3. Woawoa woa mak ajak keluar tak nak...mak dah dapat APA Yang ditunggu ..hahaha.

    Heheh

    Kari daging mak buat lagi... Sedap Tu..
    Kalau Ada sambal tumis petai ikan bilis lagi sedap.. cicah roti. Nasi pun sedap..

    Rajin mak buat roti ..

    ReplyDelete