My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Monday, 2 May 2022

AIDILFITRI 2022- TIBA-TIBA HARI RAYA

 Kata Achik...

Bukan Raya Tiba-tiba..

TAPI ...

Ramadhan yang Tiba-Tiba meninggalkan kita yang masih mengharapkan sehari lagi barokahNya.๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ


Indahnya kurniaan Allah..
Memberi kami sekali lagi menikmati suasana mend ngar dan menyambut hari raya dalam keadaan surprise..

Dulu hanya generasi 80-an dan sebelumnya sahaja dapat merasa.
Raya bukan pada kalendar..Tapi betul-betul tunggu pengumuman radio dan TV.

Kemudian,teknologi astronami memudahkan penentuan melalui "hisab & rukyah"

Hari ini..
Anak cucu generasi kini..
Juga dapat merasai dan melalui pengalaman indah itu..
Walau sudah ada khabar akan berpuasa 29 hari tahun ni tapi kebanyakan terlalu yakin pada perancangan manusia  hingga lupa perancangan Allah..... 
Kata ustaz yang menetapkan terbit dan tenggelamnya anak bula tu hanya Allah...
Bila Allah berkehendak dan berfirman...(ูƒُู†ْ ูَูŠَูƒُูˆู†ُ)


Kata seorang ustaz...

"Kenapa kita meletakkan kepercayaan kepada kalendar kuda dalam menantukan puasa dan raya...
Sedangkan kita ada kalendar Islam(kelendar hijrah) untuk menentukan puasa dan raya kita serta lainnya ?

In sha Allah....


Antara bukti...betapa kita masih mengharap Ramadhan sehari lagi...
Bukan tidak mengalukan Syawal tapi kami merindui Ramadhan yang pergi ......



Apapun jua...
Raya sudah pasti...
Ramadhan diratapi
Syawal tetap dirai..
Gerai ayam..ikan..sayur...santan dibuka hingga ke pagi..
Malam raya bukan masa untuk tidur lagi..
Semua riuh rendah di serambi..
Merebus ketupat juadah aidilfitri..
Ada yang daging pun belum beli..
Kerana menjangka raya tak jadi..
Tapi semua ini takdir Ilahi...
Nikmatnya raya tahun ini..
๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ

MENU BUKA PUASA RUMAH ACHIK - IFTAR RAMDHAN 28

 Hari ke 28 puasa kami bertolak balik Kedah..Seawal 5.00 pagi kami dah gerak.Alhamdulillah walau jem ..kami selamat tiba pukul 5 petang.


Kami iftar @ rumah Achik


Minum air tembikai

Air asam pencicah

Nasi putih...
Malas nak susun gambar tunggang langgang..hihihi


Ulaman

Mak dah masak ketupat untuk makan sebelum raya

Sambal ayam


Ikan patin salai masak lemak cili api



Patin tempoyak

Sayur kangkung


Pakcik kata order patin dari Pahang


Sedap betul 


Sambal

Mihun goreng


Kuih spera


Samosa 

Kuih muih

BUKA PUASA KAT RUMAH ACHIK- IFTAR RAMADHAN 29

 Alhamdulillah ...dapat meraikan Ramdhan pada tahun ini selama 29 hari.

Hari terakhir Ramadhan kami masih iftar kat rumah Achik..


Beli samosa ayam..Ramai peminat samosa ni.


Beli lagi spera kegemaran saya sebanyak 10 biji.

5 biji saya makan sorang๐Ÿคญ

Achik beli kuih kaswi



Saya beli kuih apom aka apam putih ni.


Achik beli pau goreng inti sambal.Ada yang panggil burger malaysia.


Saya juga beli sekor ayam golek panggang.


Mak teringin nak makan kerabu.Saya buatkan kerabu ulam raja + isi ikan kembung goreng...Sedappp๐Ÿ˜



Achik goreng ayam celup tepung.


Achik juga masak daging lemak cili api 


Saya masak lauk  gulai lemak ikan masin + buah gajus...
Ada yang panggi jambu golok..Orang Kelantan panggil buah ketereh..
Tahun lepas bulan puasa juga saya masak MASAK LEMAK PUTIH BUAH GAJUS + SOTONG..
Dah 2 tahun gajus berbuah bulan puasa.

Saya juga masak sambal udang petai Udang tu Achik beli.Petai tu mak beli.Saya masak sahaja 

Tengah beriftar la dengar pengumuman bahawa esok adalah.. Hari Raya Aidil Fitriiiii....!!!!

Masing-masing terdiam dan terpaku