Tuesday, 3 September 2019

JERUK MANDAI GORENG BERSAMA BILIS, BAWANG DAN CILI

Jeruk Mandai Goreng Bersama Bili,Cili & Bawang
Haaaa....naper tak bagitau goreng ngan minyak sekali
Hahahaha


Jeruk Mandai Goreng ni lauk fav mak aku la ni
Kalau musim cempedak memang mak aku akan buat stok Jeruik Mandai
Kalau tengok old post tahun-tahun lepas memang bersepah la post about Jeruk Mandai ni
Aku un makan juga
Tapi xdelah makan beria macam mak aku
Mak aku boleh makan nasi putih ngan lauk ni sahaja
Aku makan juga tapi kalau sesekali boleh la
Actually sedap tapi xdelah nak makna setiap hari
Mak aku boleh jer lauk ni setiap hari
huiiiiii



Ni antara stok Jeruk Mandai a.k.a Jeruk Kulit Cempedak yang mak aku buat
Ada lagi 2 balang bawah sinki
Ada lagi 1 balang kat rumah Kedah
Haaaa...mak aku buat untuk nenek tapi nenek kata nenek x reti makan
Kata makanan tradisional
Haaaa....antara mak aku ngen nenek ...siapa yang tua ni ?
Untuk refer old post 2014 
CARA BUAT JERUK MANDAI..
KLICK AT SINI.......


JERUK MANDAI GORENG
1 mangkuk jeruk mandai
1 bawang besar
5 cili padi
1/2 cawan ikan bili
minyak

1. Perah dan hiris mandai
2/ panasa minyak agak-agak macam nak gooreg ikan
3. Goreng mandai hingga garing.angkat
4. Goreng ikan bilis hingga garing
5. Tambah cili dan bawang ke dalam ikan bilis dan terus masukkanmamndai yang dah siap goreng


Selain daripada goreng dengan cili dan bawang
Mak kau juga pernah buat
 JERUK MANDAI GORENG DENGAN PETAI kat sini..
Kata mak aku selain digoreng jeruk mandai juga boleh dimasak kari menggantikna daging
Mmmmm...yang tu aku belum pernah try makan


Mak aku juga Masak Kari Ayam bersama Telur Ayam
Sedap makan ngan lauk kari Ayam + Jeruk Mandai


Monday, 2 September 2019

SOSEJ MASAK KICAP PEDAS, JERUK. MANDAI GORENG, & TELUR DADAR GARING

Sosej Masak Kicap Pedas
Lauk ekspres hari apa ntah
Untuk dinner

Kalau mak aku masak sosej ni
Kira lauk ekspress la kata mak aku
Mk aku cakap masak lauk sosej sebab lauk lain tengah keras beku x defross

Lauk sosej jer yang cepat selain telur
Tapi aku suka lauk sosej masak kicap ni
Sedap giler baq hang..
Ke..... Aku yang tengah lapar...?
Hahaha... x kisah lah
Yang penting sedap



SOSEJ MASAK KICAP PEDAS
10 batang sosej ayam
1 bawang besar
5 cili padi
¼ sudu teh pes asam jawa + ¼cawan
¼ caaan kicap lemak manis
garam jika perlu
Daun sup
2 sudu minyak
2 sudu cili blend * bawang

1. Potong sosej dan siapkan bahan lain
2. Panaskan minyak dan tumis sosej hingga harum
2. Masukkan cili blend dan msak hingga njk minyak
3. Tambah kicap, air asam dan bawang besar hiris
4. Bila mendidih mashkkan cili padi dan masak hingga pekat
5. Sesuaikan rasa & tabur daun sup

Jeruk Mandai Goreng Cili Bawang
Lauk fav mak aku
Asal musim cempedak memang mak aku akn buat stok Jeruk Mandai
Ni stok kulit cempedak yang bawa balik masa Raya Haji

Telur Dadar Garing

Ni x ingat dah masak apa..
Rasanya ni baki Asam Pedas Sardin.
Maknanya lauk ni hari berikutnya selepas masak Asam pedas Sardin..

CUCUR KEMBONG CICAH GULAI

Cucur Kembong Cicah Gulai
Panggilan nama menu ni by mak aku
Sarapan pagi


Cucur Kembong Cicah Gulai
Rezeki  pagi 1 Muharram 1441
Alhamdulillah rezeki pagi


Menjadi 1 kemestian mak aku
Kalau masak Kari Ikan yang mak aku panggil gulai ikan
Mesti Cucur Kembong juga akan ada
Kalau tak buat untuk minum petang mwzti akn ada cucur kembong ni sebagai makan malam
Paling selalu mesti akan jadai sarapan


 Cucur Kembung tu akan dicicah dengan Kuah Kari a.k.a Kuah Gulai


 Actually Kuah Kari Ikan Tongkol + Keledek Jepun  ni


 Yang pasti aku suka Cucur Kembung yng mk aku buat untuk cicah kari ni sebab garing rangup diluar
Dalamnya pula lembut dan berongga macam kuih apam
Walaupun aku x suka apam
Tapi kalau cucur kembunv macam apam aku suka sebab bila cicah kari kuahnya akan menyelinap masuk kedalam rongga-rongga tu
Apabila masuk ke dalam molot kuhnya akan meetus macam lava gunung berapi dan hnya lidah yang dapat mencerikan nikmat rasa
Haaaaaaa.. can imagine?


 See..... Macam sarang semut dalamnya

CUCUR KEMBONG... mak aku
1½ cawan tepung gandum
1 cawan air suam
¼ sudu teh yis mauripan
3 sudu gula
sikit garam
Minyak untuk goreng

1. Campur tepung, gula, garam dan yis
2.Gaul rata dan tuangkan air suam sikit demi sikit sambil digaul
3. Bancuh menjadi adunan pekat dan biar 15 minit
4. Panaskan minyak dan jemput menggunakan jari untuk dapat cucur yang bulat. Jika guna sudu, gunakan 1 sudu untuk cedok dan 1 lagi sudu untuk kaut tolak adunan ke dalam minyak.
5. Balik2kan hingga garing dan toskan atas tussu dapur

Mak aku pesan kalau ak kuih jadi bolat- bolat mesti guna tangan dan jemput tepung hujung jari
Kalau guna sudu nanti kuih akan jadi bentuk elien dan bentuk dinasour bertanduk
Hahahaha