Selamat berhujung minggu bagi negeri-negeri yang cuti Sabtu Ahad & selamat memulakan awal minggu bagi yang bercuti hari Jumaat & Sabtu...
Semalam saya tanya chatgpt tentang jerebu..Swkali chatgpt tanya saya"awak ni sebenarnya bekerja di Kedah ke di Kuala Lumpur?"
Hahaha..chatgpt pun bingung sekejap.Agaknya sebab kadang tanya tentang Kedah..kejap tanya tentang KL...heeee
Semalam saya masak sambal ikan bilis+ petai hiris..Dinamakan petai hiris sebab biji mata petai tu saya hiris-hiris dulu sebelum dijadikan sambal.Biasanya biji petai dibiarkan sebiji-sebini tapi kali ni setiap biji petai saya hiris kepada empah slices..Nampak la meriah sikit..hihihi
Petai ni beli merentas negeri..hihihi
Beberapa hari lepas iaitu hari Isnin ketika OTW balik dari ziarah mak patah tangan tu..Saya & Cella bertolak dari Kedah pukul 1.30 tengahari.Singgah R&R Tapah lebih kurang 4.30 petang,Cella nak ke toilet..Saya tak turun pun,hanya duduk dalam kereta sementara Cella ke toilet.Tetiba di kejauhan lorong parkir menuju toilet tu mata ternampak orang berjual beli petai.Terus call Cella minta dia tengok,kalau agak patut dan padan beli la petai tu.Bab memebeli petai ni Cella dah biasa sejak zaman sekolah selalu beli petai sebab dia peminat petai.
Jadi saya memang percaya saja kepada dia untuk menilai petai yg sesuai diabeli atau sebaliknya..
Ini la rupa petai tu yang dah menginap 5h4m dalam peti ais..Nak masak masa weekday macam tak selesa nak makan ...Tunggu weekend baru masak..selesa sikit nak makan.Lepas makan minum kopi O buat penyerap aroma🤭
Kali ni,petai tu saya gandingkan dengan bilis sahaja.Bukan sebab tiada udang tetapi tekak teringin nak makan sambal petai dan bilis ninkerana teringat nostalgia dulu-dulu.Dulu kami tak pernah masak petai dengan udang.Hanya masak sambal petai bersama bilis.Cabai kering dan bawang digiling menggunakan batu penggiling.
Dulu zaman kanak-kanak ,kalau dapat makan sambal petai,sangat nikmat sebab jarang dapat makan petai.Kami tiada pokok petai,tapi tokwan ada beberapa batang pokok petai besar tapi jarang berbuah.Kalau berbuah pun orang lain yang dapat hasilnya.
Bila dah pindah ke tanah mak sendiri,rezeki makin melimpah.Benarlah hijrah itu membawa kebaikan...Pokok petai di tanah mak berbuah.Kemudian,ayah pula mengambil langkah menanam lebih 10 batang pokok petai.Sejak pokok petai tu berbuah boleh katakan kami mewah makan petai.Kalau perasan dalam posting-posting zaman Cella,kakak dan abangnya masih sekolah,kami kerap balik kampung & kebanyakan masa kami balik ada jer pokok petai yang berbuah & pastinya ada menu sambal petai !
Sungguh..!
Masa memasak sambal petai ni..baunya sahaja membawa saya hanyut bersama memori zaman silam.Memasak sambil mendengar Radio klasik bagai berada di zaman kanak-,kanak dan zaman remaja.Tambah lagi kalau DJ pula Azlan Omar..Pilihan lagu-lagunya sangat kena dengan jiwa saya.. Melakukan kerja dapur sambil mendengar radio klasik merupakan salah satu kebahagiaan saya.Mungkin kerana sudah sabati sejak zaman remaja.Masa kami pindah rumah dari kampung lama ke rumah mak sekarang ni ,masa tu saya tingkata satu..awal remaja.Masa tu pulak rumah kami jauh dari rumah orang.Jiran-jiran jauh dan surau pun jauh masa tu.Jadi,bila waktu pagi mak ayah pergi kebun,saya hanya berteman radio memasak,membasuh pinggan mangkuk,menarah rumput dilahalaman rumah,menanm pokok bunga dan sewaktu dengannya.Malam pula selelepas maghrib adalah rutin membaca buku dan menyiapkan kerja sekolah.Haaaa...masa ni saya curi-curi buka radio dengan volum yang paling rendah.Tak ada kerusi dan meja,saya hanya study sambil meniarap atas bantal tepi kelambu.Sorok radio bawah selimut letak tepi telinga..Kadang ayah masih boleh mengesan & memang kena marahlah.Kalau tak kena gaya ,ayah akan cabut bateri kering radio tu & sorokkan bateri atas alang runah Menderita teruks saya selagi tak dapat dengar radio tu kerana hanya radio itulah teman setia saya Dek keakraban itulah,sehingga kini boleh katakan semua lagu-lagu yang diputarkan oleh radio klasik saya masih bisa menyanyi bersama setiap kali lagu diputarkan..Dulu, mak mal larang anak gadis menyanyi di dapur.Katanya,nanti dapat suami tua.Tapi ternyata tidak berlaku kepada saya...hahahahSetiap lagu itu pula mempunyai cerita dan pastinya terbayang suasana dan apa aktiviti sedang dilakukan pada masa lampau.Itu yang kadang boleh berjam jam didapur tak sedar masa berlalu...hihihi

Ok...masa untuk reward myself🤭
Lauk ni kena ada ikan masin sikit baru best..Tapi saya malas nak goreng ikan masin.Sayang nak baukan rumah🤭
Masyaa Allah...rasa sambal ikan bilis petai ni saling tak tumpah macam sambal bilis petai yang saya bayangkan makan masa dulu-dulu!
Sebenarnya saya ada je masak satu lagi lauk nostalgia kenduri dulu-dulu..nanti kita cerita dalam next posting..hihihi
Lama betul tak makan bilis petai hiris macam ni.
ReplyDeleteEh, sama lah... malas betul nak goreng ikan masin. Bau dia 1 rumah! Penapis udara pun kalah dengan dia.
Cantik kejadian sambal bilis petainya. Cetita pokok petal buat saya sedih. Encik Suami rabam pokok petau dua tiga tahun lepas di kampung, konon pencen nanti duduk kampung dapatlah makan petai dari pokok sendiri. Sayanfnya banjir awal tahun, mati pokok petai kami huhuhu.
ReplyDeleteMaaf, typo....
DeleteJauh perjalanan petai ni....
ReplyDeletedulu arwah mama suka masak sambal bilis petai tapi ammi akan kuis petai tu. Entah macam mana masa pregnant anak no. 2 tekak meronta pulak nak makan sambal petai sampai suami pun terkejut masa saya order minta dia belikan nasi lembak sambal petai. hahahha...penangan mengidam kan
ReplyDelete