Thursday, 13 November 2025

PADI SUDAH MENGUNING

 

Semalam semasa di tempat kerja,saya ssmpat menyusuri  Laman Padi...

Melihat padi yang sedang menguning menanti masa untuk dituai..Bukanlah seluas sawah padi di kampung....Tidak juga seluas kebun terung tu..tapi cukup untuk dijadikan bahan rujukan ilmu menanam padi. Masa saya tiba di Laman Padi tu,Bayu sedang menyembur air menghalau serangga perosak padi iaitu "kesing" yang bila kita oegang dia akan meninggalkan bau macam bau daun ketumbar...Kata Bayu,nanti kita "ketam" padi ni menggunakan "alat ketaman" yang dia akan buat...

Masyaaa Allah.....rasa nak lompat bintang bila Bayu kata dia akan buat alat ketaman padi..Maha suci Allah yang menggerakkan saya berhijrah ke tempat sekarang ...Sangat banyak hikmah yang Allah kurniakan...Benarlah apa yang kita fikir ...apa yang kita sebut itu mejadi doa....kan...

Berada di tempat kerja baru ini seakan membawa saya kembali ke kampung sebelum waktunya...Allah mengurniakan apa yang selalu saya sebut...apa yang selalu saya fikirkan ...apa yang selalu saya angan-angankan iaitu nakkan ketenagan dikelilingi kehijauan alam...bermakn dengan tanah dan  tentang penanaman dan penternakan...

Hidup ni bukan sentiasa bahagia..Ada saja suka dan dukanya...gembira dan sedihnya..Namun kita higlight yang  seronok-seronok sahaja...hihihi



Padi sedang menguning.....
Padi yang mula disemai sejak penghujung Ogos ada saya kongsikan dalam posting 
DARI AIRCOND KE NATURE...masa baru kerja tempat baru



Tapi banyak juga "hampa" iaitu padi kosong yabg sudah tidak berisi .Hanya tinggal kulit padi.Puncanya sama ada disengat kesing ketika buah padi masih hijau.Buah padi muda masa masih hijau berisi cecair putih pekat yang kami sebut "susu padi"yang rasanya lemak manis  sangat disuka serangga "kesing" .Kesing akan sengat dan hisap cecair tu hingga kering.Buah padi tetap membesar tetapi sudah kosong ringan yang kita sebut "hampa padi"..selalunkita sebut hampa dan kecewa jer kan...hihihi
Mana-mana buah padi yang selamat dari kesing...cecair susu padi lama kelamaan akan keras membentuk "beras" .Padi yang tiada isi kita sebut hampa...manakala padi yang elok  berisi beras tu disebut "padi bernas
Haaa agaknya BERNAS tu pun bukans sekadar Beras Nasional ye..tetapi mengambil sempena padi yang berisi..





Bila padi dah mula berisi beras keras...kesing dah tak boleh nak sengat dah sebab keras...Tapi time ni tikus dan burung pipit pula bermaharaja lela..Tikus akan menyerang waktu malam...Burung pipit pula aktif waktu siang...Bukan sekor dua dia datang...Dibawa ya habis sekampung anak beranak adik beradik dia memakan buah buah padi yang sedang menguning tu..Pandai pulak dia tahu ada buah padi sedang menguning tu...hihihi
Depa makan senyap-senyap jer...Kita pun tak perasan sebab tak ada bunyi..Nampak pokok padi jer bergerak-gerak .Bila kita dekati ....menderu terbang berdecit decit bunyinya..Agaknya bagitau kawan kawan depa ada manusia datang & nak  suruh kawan-kawan dia  terbang la tu.



Padi yang telah disengat kesing tu kempia kering bewarna keputihan kerana sudahbkosong menjadi hampa.



Pic Google...
Ni la antara rupa serangga yang dipanggil "kesing" tu..serangga yang akan mwnyerang waktu buah padi masih muda .Kesing akan menyengat dan menyedut  beras yang masih berbentu cecair susu tu..
Kalau kita tangkap dan pegang kesing ni...bau diaaaaaaa busuk....dianbukan lah busuk macam bangkai...tapi bau seakan daun ketumbar tetapi lebih keras dan mnuauk hidung


Pic google
Ini  pun spesis kesing juga ni tapi lebih gemuk dan bulat..Bau dia sama busuk.
Hinggakan kalau kita buat umpan mengail pun ikan taknak makan..hihihu



Buah padi yang sedikit kuning dan masih ada warna hijau macam ni la yang mak saya swlalu ketam dan irik lalu disangai dan ditumbuk hingga kemek dan ditamoi buang kulitnya ..yang dinamakan emping..Tapinya daripada padi pulut la..Kalau padi biasa ( beras jawi) tidak sesuai kerana emping akan keras dan patah..Padi pulut masa belum matang bila disangai akan kenyal dan mudah pipih bila ditumbuk.


Bila buah padi menguning...daun daun padi juga turut kekuningan ,Mungkin memberi laluan nutrien kepada buah padi.
Saya ambil beberapa batang pokok padi untuk dijadikan serunai batang padi....Nantikan entry berikutnya tentang serunai batang padi yang sangat nostalgia.....





1 comment: