Nampak Bayu dok kutip terung,cakap kat dia nanti tebang la pokok tebu tu sebatang dua.Teringin pulak nak makan tebu macam zaman kanak -kanak dulu..Bayu kata twbu ninbantut..Kena tubggu batch ke-2 nanti,batang tebu lebih besar dan gemuk..
Tebu jwnua tebu hitam..Takda tebu kuning...Tebu hitam pun kalau satu lagi spesis tu dengan daun daunnya hitam kan....Tapi yang ni batang dia ja hita.Sebenarnya tak hitam sangat pun...lebih kepada merah gelap.
Tak aplah ..bukan nak makan sangat pun tapi lebih kepada nostalgia.
.
Letak kat pantry tu,takda sapa nak makan...Hanya saya sorang dok kerat ruasnya buang buku tebu yang keras tu..
Letak kat pantry tu,takda sapa nak makan...Hanya saya sorang dok kerat ruasnya buang buku tebu yang keras tu..
Kerat dengan pisau seadanya saja...Kalau kat kampung biasa mak kerat menggunakan kacip pinang tu.Mudah sikit nak kerat..
Dulu anak-anak kampung macam kami..kalau ada orang twbang tebu..kami kekah macam tu ja...siat kulit tebu dengan gigi ja...Beruas-ruas makan tebu sambil main dengan kawan-kawan..Bwst makan tebu sebab swlain airnya yang manis...lepas makan rasa gigibbersih jer ...sebab masa siat kulit tebu...masa gigit dan masa kunyah tebu tu geseran hampaa twnu tu memebersihkan gigi sekali......
Dulu tahun 80-an masa saya masih sekolah rendah..Masa darjah 3 hingga 6 kat sekolah induk iaitu SKCK.. belajar kat sekolah induk kerana sebelum tu saya bersekolah di SEKOLAH BERATAP RUMBIA & BERDIDNDING BULUH..kat kampung saya..Sekolah induk dua sesi..Darjah 1.3.5 sesi pagi & darjah 2,4,6 sesi petang.Darjah 5 kena pagi sebab darjah 5 ada Penilaian Darjah Lima ...macam UPSR la lebih kurang.Sebelum ada basikal ,pi sekolah jalan kaki lebih kurang 5 batu..Ulang alik jadi 10 batua.Masa sarjah 5 sekolah pagi..Balik sekolah ramai juga jalan kaki macam kami tapi kampung depa dekat ja dwngan sekolah.Kampung saya paling jauh.Keluar pintu pagar belakang sekolah akan melintasi beberapa buah rumah orang kamoung CK tu..Rumah paling hujung tubdekat kaki Bukit Dewan...Rumah tu ada banyak pokok limau dan pokok tebu kuning.Time kanak-kanak balik sekolah depa ada jual limau dan juga tebu yang dah sial potong.Limau tu saya tak ingat harga...Tebu pula kalau tak salah...3 ruas 10 sen.Itupun saya tak mampu nak beli pun sebab bawa duit belanja 10 sen sahaja.Tentulah dah habis makan masa eehabis dah beli sebiji karipap.Takpun beli maruku sebungkus 10 sen juga tapi boleh makan sikit sikit...lambat la sikit habis.
Tapi ada juga rakan yang baik.. ,ada ja yang beli depa kongsikan seruas untuk dapat makan bersama sambil jalan kaki.
Mak ayah pernah juga tanam tebu kuning kat huma..Tapi masa tu kebanyakan orang kampung tabam hanya untuk kidapan sendiri..Depa taktau nak pasarkan ke mana.Kalau ada yang tanam tebu banyak...ada yang buat nisan tebu Saya sempat tengok proses perah tebu yang dipanggil kapit tebu.Tebu akan dikapit(himpit) dengan alatan khas dibuat daripada kayu dan digerakkan dengan tenaga kerbau .Air tebu tersebut dimasak dalam kawah dengan dapur kayu sangat lama...ada yang hingga seharian atau semalaman hingga air tebu oenjadi pekat likat menjadi molases.Tapi orang kampung takda la sebut molasss tapi depa panggil " nisan tebu".Biasanya dibuat cicahan ubi kayu rebus atau dicampur sdalam cendol.. Nak cerita pun payah kerana pengalaman tu oun masa zaman kanak-kanak sekitar 7/8 tahun macam tu..mana nak ambil kisah sangat.Tapi bila dah berumur macam ni baru terasa betap berharganya pengalaman lalu...
Dah kunyah-,- kunyah....telan air tebu yang manis...Kiranya macam mesin tebu direct kat mulut la....hihihi...Sah telan air yang manis ...Hampaa a.k.a sepahnya terus dibuang.
Biasnya hampaa hanya dilonggok dipangkal pokok sebagai baja..
Tapi baru ni saya ada tonton video dari Patani Thailand...Ada petani me ggunakan hampas tebu untuk "memternak" anai-anai.Hampas tebu di lapiskan dengan tanah dan disiram agar aentiasa lembab bagintujuan pembiakan anai-,anai untuk makanan ayam.Tapi sempat juga dipesan agar penternakan anai-,,anai hendak lah dibuat jauh dari rumah agar tidak timbul masalah anai-anai menyerang binaan rumah pulak....hihihu








Kenangan indah zaman kanak-kanak. Kunyah batang tebu, hisap airnya, sepah dibuang.
ReplyDeleteSamalah kita anak2 jaman dulu.
ReplyDeleteOh? Boleh jadi baja eh?
ReplyDelete