Sebenarnya nak letak tajuk ni macam serba salah...takut disalah tafsir..
Selalu orang tafsirkan "rumah baru" sebagai "rumah abadi"...
( tak nak sebut)
Tapi tajuk ni memang betul-betul tajuk..memang betul-betul rumah.Rumah mak di kampung.Rumah mean house ..bukan maksud lain.
Tapi maksud sebenar hanyalah nak kongsi kegembiraan mak..
Rumah baru mak kat kampung...
Mak sangat gembira bila rumah kecil idamannya sudah tersergam dikampung halaman berhadapan rumah lama mak .
Mak dah mula rindu nak kembali menetap di kampung setelah hampir 15 tahun tinggal di pekan.Setiap hari mak akan berulang alik dari
pekan- kampung - pekan yang keseluruhan jarak pergi dan balik lebih kurang 40km.
Dalam tempoh tu beberapa kali juga mak terlibat kemalangan kecil bersama motorsikal.Hinggalah awal tahun ini mak minta Achik carikan contructor untuk bina rumah kecil untuk mak di kampung.
Dah lama mak merancang membaik pulih rumah lama tu kerana lantainya dimakan anai-anai.
Tapi memandangkna kos baik pulih hampir sama dengan kos buat runah baru...maka,mak & Achik deside buat saha rumah baru walaupun sedikit kecil berbanding rumah lama
Rumah kayu yang mak & arwah ayah bina dengan keringat dan air mata pada pertengahan tahun 80-an....masih ada di belakang rumah baru ni ...Asalnya mak nak robohkan tapi pastinya mak tak sampai hati kerana walau dimakan anai-anai tapi masih layak didiami...Cuma sahaja dijadikan setor simpan barang dan juga masih boleh jadi ruang tidur jika beramai balik kampung.
Bab rumah lama yang penuh kenangan tu kita cerita dalam enti khas rumah lama tu nanti..
Hari ni just nak share rumah baru mak ni.
Proses bermula dari bulan Mei oleh Achik yang mencari contructor pembinaan...quotation...agreement hinggalah kepada pembinaan.
Alhamdulillah,Allah mudahkan urusan.
Achiklah yang banyak menyumbang baik dari segi ,masa ,tenaga dan kos.
Semua pun risau kerana mendengar banyak kes ditipu contructor
Tapi Alhamdulillah...Allah temukan Achik dengan trust contructor,dimana keseluruhan pembinaan hanya mengambil masa lebih kurang 3 bulan sahaja.
Walau kecil tetapi keseluruhan kos ..dibiaya sepenuhnya oleh mak dan Achik...
Hasil jimat cermat mak dan separuh lagi sumbangan tambahan Achik
Saya pula bukannya sumbang tapi
" sembang" ja lebih🙊🤭
Proses masukkan perabut bilik ke-2
Nampak kecik dari bilik 2 tapi hakikatnya bilik ni lebih besar.Di hujung kaki tu pintu bilik air
Bahagian dapur comel mak..
Ruang tamu....menggunakan perabot dari rumah lama.
Tempat mak mengopinjika ada tetamu singgah
Tengok dalam group penduduk kampung mak....minggu lepas..jalan masuk kesurau dekat rumah mak dalam proses pelebaran..
Mak pastinya makin happy
Proses menggantikan calvert lama untuk proses melebarkan jalan..
Antara sebab rasa sayang nak tinggalkan blog ni kerana banyak merakam dan menyimpan peristiwa dan memory untuk tatapan kemudian hari.
Berbalik kepada rumah baru mak...
Pandangan dari belakang dapur..
Mak dah mula seronok dapat kembali menetap di kampung.
Melihat kebunnya setiap hari.
Bersama jemaah surau mengaji dan mendengar tazkirah di surau yang tak sampai 100 m dari rumah.
Sebenarnya ketika cuti Khas dan cuti Hari Malaysia lebih seminggu yang lalu,mak & Achik ada buat majlis baca yassin dan kenduri kesyukuran di kampung...
Akan saya kongsikan dalam entri khas untuk kenduri tu nanti..in shaa Allah
berderau darah saya baca tajuk kak....lemah jantung,bila klik baru la dapat senyum
ReplyDeletealhamdulillah cantik rumah baru mak..
Alhamdulillah...
DeleteTu la...saya sendiri pun macam tak sedap nak letak tajuk tu...huhuhu
Doakan mak saya dipanjangkan usi yang berkat🤲
kos keseluruhan 1k atau 100k? kalau 1k ammi pun nak beli tanah kat kedah nun huhuhu.
ReplyDeletebiar rumah comel senang sikit mak nak gerak dari hall ke dapur ke bilik, ke bilik air.
Hahaha....0 yang mempunyai nilai...kerana tak letak 0 dah jatuh nillai..
Deletetq Ammi..saya dah betulkan
Salaju2 masuk sini tadi.....allah ingatkan lain...rupanya lain..alhamdulillah rumah untuk Mak dah siap
ReplyDeleteAlhamfulillah,..akhirnya impuan Allah mudahkankan
DeleteBerdebar-debar nak baca isi cerita. Rupanya rumah baharu mak, cecah 100K. Alhamdulillah, semoga emak selesa tinggal di rumah baharu. Moga Allah lipatgandakan rezeki untuk penyumbang sehingga berdirinya rumah emak ini.
ReplyDeleteAlhamdulillah...berkat jimat cermat mak dan sumbangan Achik....dapat juga mak merealisasikan hajat
DeleteCantik rumah...mmg mahal kos buat rumah sekarang ni...
ReplyDeleteBetul...harga runah siap pun memang dah berganda sekarang
DeleteYa Allahhhh, bikin suspen tau. Alhamdulillah, cantik rumah mak selepas diubah suai. Kenangan tetap kenangan, kan.
ReplyDeleteAlhamdululillah...
DeleteBetul ...kenangan tetap kenangan
betul, tajuk tu suspen..but syukur alhamdulillah..cantik rumahnya nya..yg penting mak happy
ReplyDeletehehehe...tu la
DeleteTerima kasih MA
Tahniah dah siap rumah baru.
ReplyDeleteAlhamdulullillah....
DeleteAllah maqbulkan niat mak
Wah….seronoknya tengok! Mak lagi la seronok, cantik rumahnya, dekat pulak tu dengan surau. Senang jalan kaki je.
ReplyDeleteRumah kecil la bagus, senang kemas 😀
Tu la....
DeleteAlhamdulillah....surau kat kampung pun dah banyak diimarahkan dengan aktiviti mengaji...baca kitab etc
Alhamdulillah dapat rumah baru. Yang penting selesa ok la tu. Besar kecik tak kesah. Kecik senang nak kemas.
ReplyDeleteBetul...
Deletewalau rumah lama lebih luas tapi rumah baru ni lebih sempurna
Waaah baguuuuuus rumah baru Mak 😍😍😍😍. Tak apa lebih kecil, malah tak susah maintenance nya kak.
ReplyDeleteTapi sayang juga rumah lama terkena anai2 yaa. Itu bisa dihilangkan sampai tuntas? Takut pula menyebar ke rumah baru