Hari minggu kelmarin...hari Ahad ajak Cella keluar sarapan kat luar..Hajatnya nak pi cari sarapan kampung kat erea Puchong...
Tapi biasa la ...itu ini begitu begini...dah pukul 10++ baru keluar rumah...Nak sarapan macam dah alang,-alang...
Akhirnya tukar plan pi ronda-ronda dulu ..pastu lunch terus.
Katanya sasaran depa nak buka 25 cawangan sebelum akhir tahun ni..
Semoga Allah maqbulkan niat depa & mudahkan urusan ..Seronok tengok orang kita berbisnes...
Kami makan ni @ Restoran Bumbu Babah cawangan Seri Permaisuri .
Cara order kat sini:
Masuk terus beratur kat tempat lauk...Tengok menu & terus pilih nak set yang mana...Semua set tapi boleh add on contohnya Cella amik Nasi Padang Set Gulai Urat..tapi dia add on Keropok Jangek( keropok kulit lembu)
Saya pernah makan keropok jangek sebelum ni...bau hamis lembu dia kuat giler...Tapi keropok jangek kat sini...sedap..takda bau pelik & yang Cella pilih ni,Keropok Jangek Siram iaiatu disiram kuah gulai minang.Ada jer keropok jangek plan tanpa siram.
Cella pulak pilih Set Gulai Urat iaitu gulai urat keting ang kemyal tu..
Semua set nasi Padang memang semua akan disertakan sekali ulam daun ubi rebus,telur rebus,gulai kobis,sedikit sambal ijo dan sedikit sambal merah .Untuk makluman sambal ijo dia lagi pedas dari sambal merah yer...hihihi
Kalau dah makan Nasi Padang,nak bestnya kena order Jus Alpukat baru syok..Tapi konsep di sini. semua minumannya adalah minuman botol dan minuman tin.Boleh pilih nak bergas atau tidak (Mungkin konsep depa nak jimat masa & jimat pekerja,tak payah ada tukang bancuh air...melambatkan proses & pelanggan pun kalau banyak pilihan banyak la songeh jugak kanπ€π€
Bagus strategi depa tak open order minuman bancuh..hihihi
Tepi casher tu ada peti ais minuman ..Sambil bayar harga nasi,ambil air bayar siap-siap.
Saya pilih Teh Botol sebab nak feel makan kat seberang kan .. π€£
Yang bagusnya dipenjuru restoran depa sediakan macam drawer ias kuih & susunan gelas( plastic cup macam pasar malam tu) So boleh jer nak amik cup & ais banyak mana pun. Nak order air mineral kecil share 5 orang pun takpa .isi ais banyak-banyak kan?π€£
Keseluruhan kami makan:
1 Set Nasi Padang Rendang Daging & Paru Goreng
1 Set Nasi Padang Gulai Urat
1 piring Keropok Jangek
2 botol Teh Botol
RM40++ tak ingat harga penuh sebab Cella bayar...
In shaa Allah nak pi makan lagi.
Walaupun lauk pauk hanya dilonggok keliling nasi & tidaklah dalam piring piring kecil macam kat Padang tapi harus diakui...masakannya sedap pada tekak saya
Taktau sebab memang kami tengah lapar @ memang masakannya sedap...Kami berdua makan licin...π€
Saya juga abadikan dalam youtube channel saya iaitu
Untuk video " LUNCH @ BUMBU BABAH " ni boleh klick :
ππππ
No comments:
Post a Comment