Sebenarnya nak letak tajuk ni macam serba salah...takut disalah tafsir..
Selalu orang tafsirkan "rumah baru" sebagai "rumah abadi"...
( tak nak sebut)
Tapi tajuk ni memang betul-betul tajuk..memang betul-betul rumah.Rumah mak di kampung.Rumah mean house ..bukan maksud lain.
Tapi maksud sebenar hanyalah nak kongsi kegembiraan mak..
Rumah baru mak kat kampung...
Mak sangat gembira bila rumah kecil idamannya sudah tersergam dikampung halaman berhadapan rumah lama mak .
Mak dah mula rindu nak kembali menetap di kampung setelah hampir 15 tahun tinggal di pekan.Setiap hari mak akan berulang alik dari
pekan- kampung - pekan yang keseluruhan jarak pergi dan balik lebih kurang 40km.
Dalam tempoh tu beberapa kali juga mak terlibat kemalangan kecil bersama motorsikal.Hinggalah awal tahun ini mak minta Achik carikan contructor untuk bina rumah kecil untuk mak di kampung.
Dah lama mak merancang membaik pulih rumah lama tu kerana lantainya dimakan anai-anai.
Rumah kayu yang mak & arwah ayah bina dengan keringat dan air mata pada pertengahan tahun 80-an.
Bab rumah lama yang penuh kenangan tu kita cerita dalam enti khas rumah lama tu nanti..
Hari ni just nak share rumah baru mak ni.
Proses bermula dari bulan Mei oleh Achik yang mencari contructor pembinaan...quotation...agreement hinggalah kepada pembinaan.
Alhamdulillah,Allah mudahkan urusan.
Achiklah yang banyak menyumbang baik dari segi ,masa ,tenaga dan kos.
Semua pun risau kerana mendengar banyak kes ditipu contructor
Tapi Alhamdulillah...Allah temukan Achik dengan trust contructor,dimana keseluruhan pembinaan hanya mengambil masa lebih kurang 3 bulan sahaja.
Walau kecil tetapi keseluruhan kos mencecah RM100k..dibiaya sepenuhnya oleh mak dan Achik.
Proses masukkan perabut bilik ke-2
Nampak kecik dari bilik 2 tapi hakikatnya bilik ni lebih besar.Di hujung kaki tu pintu bilik air
Bahagian dapur comel mak..
Ruang tamu....menggunakan perabot dari rumah lama.
Tempat mak mengopinjika ada tetamu singgah
Tengok dalam group penduduk kampung mak....minggu lepas..jalan masuk kesurau dekat rumah mak dalam proses pelebaran..
Proses menggantikan calvert lama untuk proses melebarkan jalan..
Antara sebab rasa sayang nak tinggalkan blog ni kerana banyak merakam dan menyimpan peristiwa dan memory untuk tatapan kemudian hari.
Berbalik kepada rumah baru mak...
Pandangan dari belakang dapur..
Mak dah mula seronok dapat kembali menetap di kampung.
Melihat kebunnya setiap hari.
Bersama jemaah surau mengaji dan mendengar tazkirah di surau yang tak sampai 100 m dari rumah.
Sebenarnya ketika cuti Khas dan cuti Hari Malaysia lebih seminggu yang lalu,mak & Achik ada buat majlis baca yassin dan kenduri kesyukuran di kampung...
Akan saya kongsikan dalam entri khas untuk kenduri tu nanti..in shaa Allah
berderau darah saya baca tajuk kak....lemah jantung,bila klik baru la dapat senyum
ReplyDeletealhamdulillah cantik rumah baru mak..
kos keseluruhan 1k atau 100k? kalau 1k ammi pun nak beli tanah kat kedah nun huhuhu.
ReplyDeletebiar rumah comel senang sikit mak nak gerak dari hall ke dapur ke bilik, ke bilik air.
Salaju2 masuk sini tadi.....allah ingatkan lain...rupanya lain..alhamdulillah rumah untuk Mak dah siap
ReplyDeleteBerdebar-debar nak baca isi cerita. Rupanya rumah baharu mak, cecah 100K. Alhamdulillah, semoga emak selesa tinggal di rumah baharu. Moga Allah lipatgandakan rezeki untuk penyumbang sehingga berdirinya rumah emak ini.
ReplyDeleteCantik rumah...mmg mahal kos buat rumah sekarang ni...
ReplyDeleteYa Allahhhh, bikin suspen tau. Alhamdulillah, cantik rumah mak selepas diubah suai. Kenangan tetap kenangan, kan.
ReplyDelete