Monday, 29 September 2025

RUMAH BARU MAK

 Sebenarnya nak letak tajuk ni macam serba salah...takut disalah tafsir..

Selalu orang tafsirkan "rumah baru" sebagai "rumah abadi"...

( tak nak sebut) 

Tapi tajuk ni memang betul-betul tajuk..memang betul-betul rumah.Rumah mak di kampung.Rumah mean house ..bukan maksud lain.

Tapi maksud sebenar hanyalah nak  kongsi kegembiraan mak..


Rumah baru mak kat kampung...

Mak sangat gembira bila rumah kecil idamannya sudah tersergam dikampung halaman  berhadapan rumah lama mak .


Mak dah mula rindu nak kembali menetap di kampung setelah hampir 15 tahun tinggal di pekan.Setiap hari mak akan berulang alik dari 

pekan- kampung - pekan yang keseluruhan jarak pergi dan balik lebih kurang 40km.

Dalam tempoh tu beberapa kali juga mak terlibat kemalangan kecil bersama motorsikal.Hinggalah awal tahun ini mak minta Achik carikan contructor untuk bina rumah kecil untuk mak di kampung.

Dah lama mak merancang membaik pulih rumah lama tu kerana lantainya dimakan anai-anai.

Tapi memandangkna kos baik pulih hampir sama dengan kos buat runah baru...maka,mak & Achik deside buat saha rumah baru walaupun sedikit kecil berbanding rumah lama

Rumah kayu yang mak & arwah ayah bina dengan keringat dan air mata pada pertengahan tahun 80-an....masih ada di belakang rumah baru ni ...Asalnya mak nak robohkan tapi pastinya mak tak sampai hati kerana walau dimakan anai-anai tapi masih layak didiami...Cuma sahaja dijadikan setor simpan barang dan juga masih boleh jadi ruang tidur jika beramai balik kampung.


Bab rumah lama yang penuh kenangan tu kita cerita dalam enti khas rumah lama tu nanti..
Hari ni just nak share rumah baru mak ni.


Proses bermula dari bulan Mei oleh Achik yang mencari contructor pembinaan...quotation...agreement  hinggalah kepada pembinaan.
Alhamdulillah,Allah mudahkan urusan.
Achiklah yang banyak menyumbang baik dari segi ,masa ,tenaga dan kos.

Semua pun risau kerana mendengar banyak kes ditipu contructor


Tapi Alhamdulillah...Allah temukan Achik dengan trust contructor,dimana keseluruhan pembinaan hanya mengambil masa lebih kurang 3 bulan sahaja.


Walau kecil tetapi keseluruhan kos ..dibiaya sepenuhnya oleh mak dan Achik...
Hasil jimat cermat mak dan separuh lagi  sumbangan tambahan Achik 
Saya pula bukannya  sumbang tapi 
" sembang" ja lebih🙊🤭


Proses masukkan perabut bilik ke-2


Bilik utama ..
Nampak kecik dari bilik 2 tapi hakikatnya bilik ni lebih besar.Di hujung kaki tu pintu bilik air 


Bahagian dapur comel mak..



Ruang tamu....menggunakan perabot dari rumah lama.



Anjung terbuka..
Tempat mak mengopinjika ada tetamu singgah


Tengok dalam group penduduk kampung mak....minggu lepas..jalan masuk kesurau dekat rumah mak dalam proses pelebaran..
Mak pastinya makin happy


Proses menggantikan calvert lama untuk proses melebarkan jalan..


Kalau pernah baca blog ni dari zaman cella sekolah rendah...Cella pernah upload aktiviti memancing bersama Mayah & the gang. Boleh baca old post MEMANCING DI PARIT - BESTNYA JADI BUDAK KAMPUNG.
Antara sebab rasa sayang nak tinggalkan  blog ni kerana banyak merakam dan menyimpan peristiwa dan memory untuk tatapan  kemudian hari.


Berbalik kepada rumah baru mak...
Pandangan dari belakang dapur..
Mak dah mula seronok dapat kembali menetap di kampung.
Melihat kebunnya setiap hari.
Bersama jemaah surau mengaji dan mendengar tazkirah di surau yang tak sampai 100 m dari rumah.


Sebenarnya ketika cuti Khas dan cuti Hari Malaysia lebih seminggu yang lalu,mak & Achik ada buat majlis baca yassin dan kenduri kesyukuran di kampung...
Akan saya kongsikan dalam entri khas untuk kenduri tu  nanti..in shaa Allah

20 comments:

  1. berderau darah saya baca tajuk kak....lemah jantung,bila klik baru la dapat senyum
    alhamdulillah cantik rumah baru mak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Tu la...saya sendiri pun macam tak sedap nak letak tajuk tu...huhuhu
      Doakan mak saya dipanjangkan usi yang berkat🤲

      Delete
  2. kos keseluruhan 1k atau 100k? kalau 1k ammi pun nak beli tanah kat kedah nun huhuhu.

    biar rumah comel senang sikit mak nak gerak dari hall ke dapur ke bilik, ke bilik air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....0 yang mempunyai nilai...kerana tak letak 0 dah jatuh nillai..
      tq Ammi..saya dah betulkan

      Delete
  3. Salaju2 masuk sini tadi.....allah ingatkan lain...rupanya lain..alhamdulillah rumah untuk Mak dah siap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamfulillah,..akhirnya impuan Allah mudahkankan

      Delete
  4. Berdebar-debar nak baca isi cerita. Rupanya rumah baharu mak, cecah 100K. Alhamdulillah, semoga emak selesa tinggal di rumah baharu. Moga Allah lipatgandakan rezeki untuk penyumbang sehingga berdirinya rumah emak ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...berkat jimat cermat mak dan sumbangan Achik....dapat juga mak merealisasikan hajat

      Delete
  5. Cantik rumah...mmg mahal kos buat rumah sekarang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...harga runah siap pun memang dah berganda sekarang

      Delete
  6. Ya Allahhhh, bikin suspen tau. Alhamdulillah, cantik rumah mak selepas diubah suai. Kenangan tetap kenangan, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdululillah...
      Betul ...kenangan tetap kenangan

      Delete
  7. betul, tajuk tu suspen..but syukur alhamdulillah..cantik rumahnya nya..yg penting mak happy

    ReplyDelete
  8. Wah….seronoknya tengok! Mak lagi la seronok, cantik rumahnya, dekat pulak tu dengan surau. Senang jalan kaki je.

    Rumah kecil la bagus, senang kemas 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la....
      Alhamdulillah....surau kat kampung pun dah banyak diimarahkan dengan aktiviti mengaji...baca kitab etc

      Delete
  9. Alhamdulillah dapat rumah baru. Yang penting selesa ok la tu. Besar kecik tak kesah. Kecik senang nak kemas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...
      walau rumah lama lebih luas tapi rumah baru ni lebih sempurna

      Delete