Saya tidak menujukan kepada sesiapa sebaliknya hanya pada diri sendiri..
Bekerja di tempat baru dengan rakan-rakan yang baru kita kenal.Juga dengan skop kerja yang 80% berbeza dari tempat kerja lama,memberi pengalaman baru kepada saya walaupun dah lebih suku abad dalam profesyen yang sama.
Dulu hari hari baju rasmi...sekarang hari-hari pakai baju kebun ..
Lebih 20 tahun bekerja dalam bilik aircond...sekarang setiap hari menghirup oksigen live dari tumbuhan hijau🤣
Dulu duduk atas "kayangan"...
Dulu saya sangkakan saya anak kampung yang serba tahu tentang flora dan fauna ..
Oh,rupanya semakin kita belajar semakin kita tahu bahawa kita tidak tahu ..hahahaha camana tu?
Dulu hanya tengok dari jauh...
Sekarang sangat dekat di hati....
Yang kita tak nampak sebaliknya ...
Melihat Bayu memangkas botak daunnya saya sangkakan dia nak matikan pokok anggur ni..Rupanya itu adalah teknin "pruning" untuk menggalakkan pohon berbuanga dan berbuan...
Oh dangkalntya ilmu saya🙊
Semua flora dan fauna di atas ni bukan hasil tanaman saya...sebaliknya hasil beberapa orang rakam sekerja yang diketuai oleh Bayu.
Sekarang mereka bz dengan projek tanam terung...Saya juga tumpang menyibok..hari2 nak pi kebun terung depa.
Saya budak baru belajar..walau umur dah taraf nenek tapi ilmu berkebun baru seinci....hihihi
Buat permulaan,Bayu tempatkan saya di laman baru yang dinamakan "Glowing Habiscus"..
Habiscus tu bunga raya la..
So,saya tak ternak ikan bagai...Saya juga tak tanam sayur..
Sebaliknya bermula dengan tanam pokok bunga raya aneka spesis.
Kebun sayur untuk mereka yang lelaki dan yang dah ahlinya ..
Kalau saya yang tanam sayur...takutnya sayur entah ke mana.... tapi rumput yang tumbuh subur🤣
Saya mulakan dengam tanaman pokok bunga raya yang bermula dari penyediaan tapak hinggalah tanam dan jaga.Tapi saya tidak berseorangan...
Saya bersama Shidah & Milah yang juga sama-sama baru bertugas di sini.Bezanya,Shidah & Milah dah setahun di sini ,manakala saya baru 2 bulan lebih.
Tapi Glowing Habiscua baru dimulakan sebulan yang lepas dengan saya sebagai ketua.
Di situlah saya belajar menggembur tanah...menanam anak benih pokok bunga raya.Hari-hari menyiram bukan sahaja pokok habiscua tetapi juga menyiram rumput agar hijau kerana laman habiscus ni terletak di lereng tebing bukit berbatu.
Asalnya saya berharap dapat sertai kebun sayuran tapi hikmah juga ditempatkan di Glowing Habiscus yang masih agak kosong..
Atleast boleh mula dari kosong & sesuailah dengan ilmu yang dangkal ni...Bagi laman ni pun saya tak tahu bagaimana nak mulakan...Bayu yang banyak membantu..menunjuk ajar..
Sebenarnya dulu selalu berangan kalau dah bersara nanti nak berkebun kecil-kecilan di belakang rumah...tapi ilmu berkebun zero!
Dulu2 zaman kanak kanak hingga remaja memang lah pernah tanam pokok ubi pokok cili..menanam dan menuai padi bagai..Tapi itu semua sudah berzaman
Alhamdulillah...segala puji bagi Allah yang maha mengetahui...
Allah gerakkan hati untuk berhijrah dari tempat kerja lama dan Allah hantarkan saya ke sini..
Allah beri peluang belajar ilmu berkebun di sini...
Mungkinkah ini untuk persediaan saya bersara nanti?
Allahurabbi....benarlah...apa yang kita fikir dan sebut sebut itu menjadi doa...
Paling tak sabar saya nak tengok hasilnya...ni...pokok padi
Walau "sawah" hanya sekangkang tupai tapi saya tumpang terapi diri di sini mengikuti perkembangan dari merandam bini benih padi hinggalah menanam & in shaa Allah saya nak menyertai mereka menuai padi nanti.Bayu sudah berjanji nak buat alat " ketaman" padi untuk mengetam padi bila sudah masak nanti.Kalau berjaya tanaman padi ni...tahun depan saya nak ajak Bayu tanam padi pulut & saya nak ajak mereka mengemping.In shaa Allah saya masih ingat proses mengempi g padi pulut.
Saya juga berangan nak ajak Bayu tanam pokok kopi & kalau ada rezeki dan umur panjang nak tunjukkan kepada mereka proses menghasilkan homemade kopi kampung.
Tapi bila rujuk sumber...kopi mengambil masa agak lama untuk mengeluarkan hasil...Takutnya dah bersara pun pokok kopi belum berbuah🤣🤣🤣
Buat masa ni...belajar lah dulu tanam pokok bunga raya bagi hidup dulu......hihihi
Sekarang ada lebih 30 batang pokok habiscus hasil tangan kami sedang berjuang membesar..
Kita nantikan beberapa bulan lagi tengok rumbesarannya yer...!
Alhamdulillah..semoga lebih tenang dengan alam setiap hari..
ReplyDeleteSeronok tengok pokok tumbuh dan berbunga
ReplyDeleteok juga kan kak hari2 boleh keluar peluh..
ReplyDeleteAlhamdulillah..hari2 boleh grounding..berdamai dengan alam...cantik aturan Allah untuk kak..
ReplyDeleteWah…perubahan yang seronok dan lebih sihat untuk fizikal dan mental.
ReplyDelete