Semalam punya semalam.......iaitu 14 Julai adalah birthday Adah yang ke penghujung 20-an...hihihi
Hari Ahad tu pagi-pagi lagi saya dah wish birthday Adah dalam group Little Family...Kemudian,saya bergegas siap terus ke ATM.Nak transfer sikit duit untuk belanja SR kepada birthday girl la konon.
Sekali masa tengah panaskan injin kereta,Adah VC...Katanya kenapa wish awal sehari...Birthday dia 14 Julai..Hari ni baru 13 Julai..
Laaaaa....saya kepeningan...🤣🤣🤣
Bulan Julai ni memang kami 3 beranak menantu berkongsi bulan kelahiran..Saya 3 Julai...Adah 14 Julai manakala menantu pula 29 Julai nanti .Cucunda tu pun asalnya mommynya dok doa nak bagi lahir bulan Julai...tapi Allah dah aturkan sehari awal kepada 30 Jun..Kalau tidak,Adah tiga beranak memang semua bulan Julai..hihihi
Saya ada baca rahsia bulan kelahiran hasil kajian Dato' Dr Fadzilah Kamsah ... & saya c&p kat sini...
JULAI
# Sangat seronok didamping
# Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
# Agak pendiam kecuali dirangsang
# Ada harga dan maruah diri
# Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
# Mudah dipujuk dan bercakap lurus
# Sangat menjaga hati orang lain
# Sangat peramah
# Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
# berjiwa sentimental
# jarang berdendam
# mudah memaafkan tapi sukar melupakan
# tidak suka benda remeh-temeh
# membimbing cara fizikal dan mental
# sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
# layanan yg serupa dgn semua orang
# tinggi daya simpati
# pemerhatian yg tajam
# suka menilai org lain dgn pemerhatian
# mudah dan rajin belajar
# suka muhasabah diri
# suka megenangkan peristiwa atau kawan lama
# suka mendiamkan diri
# suka duduk dirumah
# suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
# tak agresif kecuali terpaksa
# lemah dari segi kesihatan perut
# mudah gemuk kalau tak kawal diet
# minta disayangi
# mudah terluka hati tapi lambat pulih
# terlalu mengambil berat
# rajin dalam membuat kerja
Eh....macam banyak pula betulnya dengan diri saya....hihihi
Wallahu'alam...
Selamat hari jadi kelahiran Julai.
ReplyDeletePada wak buruk baik perangai kita tak ikut pun bulan atau tahun kelahiran.
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran semoga dipermudahkan segala urusan... Diberi kesihatan yang baik
ReplyDeleteWah, bulan Julai kongsi bertiga. Sanah helwah Adah
ReplyDelete