Cella nak makan Cendawan Enoki masa balik rumah sebab demam tu.Dia kata dah lama teringin nak makan cendawan enoki macam Anju masak yang tengah viral..
Rakan-rakanaya boleh menonton perkongsian video di channel youtube : (Seroja Putih) https://youtube.com/@seroja-ec8bc?si=chaLO0VjAJ6Iy5OE. 💕
Monday, 24 October 2022
CELLA NAK MAKAN CENDAWAN ENOKI MACAM ANJU MASAK
Saturday, 22 October 2022
BEKAL NASI GORENG DAGING
Petang tadi berebut masa sekejap mengunjungi dapur maya rakan-rakan..Tapi tu la ,tak sempat pula nak membalas teguran kawan-kawan di ruangan komen...hihihi
Masak Nasi Goreng Daging untuk bekal..Tak sempat nak makan pun kat rumah..Bawa bekal untuk makan dengan kawan-kawan
NASI GORENG DAGING
4 cawan beras-tanak jadi nasi( saya guna beras perang)
½ kg daging daging rebus & potong nipi1
10 cendawan shitake
¼ cawan minyak
sikit daun sup
sikit kicap
sikit garam
bahan tumbuk
5 cili merah + 10 cili padi
1 labu bawang putih
1 bawang besar
1. Panaskan minyak & tumis bahan tumbuk...
2. Masukkan daging & kacau rata...
3. Masukkan kicap,garam & kacau..
4. Masukkan nasi & gaul rata ..tambah daun sup
5. Goreng hingga nasi bercampur rata & teruskan masak beberapa minit lagi..Siap
MC DUA HARI
Agak bz dua hari ni..Tak sempat nak menyinggah rumah/dapur rakan-rakan maya..Ni baru sempat update...
Khamis pagi Cella bgtau dia dah 3 hari demam.Katanya nanti balik kerja minta hantarkan Pusat Kesihatan Universiti(PKU).Dia tak larat nak gi sendiri kerana nak gi PKU tu walaupun dalam kawasan kampus tapi kena naik bas dua kali.Naik kat kolej kediaman kena tukar pula.Kena pergi juga PKU .Selain untuk dapatkan ubat,kena juga ada MC atau sekurang-kurangnya dapatkan time slip sebab dia terpaksa absent kuliah pagi.
Pukul 12++ minta excuse nak keluar bawa anak ke klinik.Nasib baik big bos mood baikðŸ¤
Ubatan dan sehelai surat cuti sakit.Minta time slip ja...tapi doc bagi 2 hari MC & suruh berehat untuk pulihkan kembali kesihatan
Tapi menurut doc...Cella ni lebih kepada terlalu penat dan tidak cukup rehat.Doc nasihati agar jangan terlalu memaksa diri untuk terlalu aktif.
Cella pula bagi alasan dia masuk hampir semua aktiviti kerana nak kumpul merit agar dapat stay @ kolej kediaman sepanjang pengajian.Dulu kat UniSZA pun perkara yang paling tak nak ialah kalau kena tinggal luar kampus.Sekarang walaupun dah dekat rumah tapi pastinya tinggal dikolej kediaman adalah pilihan terbaik.Saya juga sangat berharap Cella dapat stay @ kolej kediaman sepanjang pengajian.Begitu juga Cella.Maka itu dia berusaha mengumpul merit sehingga tidak cukup rehat....Apapun semoga Allah mudahkan urusan Cella sepanjang pengajian dan Allah kurniakan kejayaan cemerlang..🤲🤲🤲
Cella makan bubur..Beli bubur tu set Happymeal ja..Demam-demam pun tetap nak beli happymeal tu untuk dapatkan mainan...

















