Saturday, 27 January 2024

AFTERNOON DELIGHT @ IDEAS HOTEL SEMPENA BIRTHDAY CELLA

Hari Rabu 24 Januari 2024 dah janji dengan Cella untuk belanja minum minum @ Ideas Hotel..Dah pesan dia minta dia pick up saya dari tempat kerja. 

Abangnya juga dah janji nanti akan gerak dari tempat kerja terus ke Ideas @ Jalan Raja Laut tu.



Keluarg kecil kami..Kurang sorang,Adah kat Tawau..
Tinggal kami bertiga sahaja.


Birthday girl happy .Muka sembab tak tidur malam buat assigment.
Generasi sekarang kebanyakan jenis tak tidur malam agaknya...hihihi


Acah acah  ikut peraturan mulakan dengan appetizer..hihihi


Antara menu wajib cuba kat sini...Ni pilihan Cella.
Pasta carbonara dimasak panas...Pilih topping/ atau apa kita nak & hulurkan kat chef pasta untuk dia masak....tunggu siap,boleh bawa kat meja makan panas panas 


Saya pilih Olio Oglio..sprinkle dengan chilly flakes & cheese  banyak banyak...memang sedap.


Pizza dia sedap ...
3x berulang amik pizza. 


Ni lawak sikit...
Cella amik sikit kue teow goreng...curly fries,chicken balls & 2 pcs " crispy chicken"
Bila makan...
Anak jantan tu pun sama amik juga "crispy chicken" tu
hahahaha,sekali dah gigit...bukan chicken crispy....tapi "banana fritter"..hahaha
Tak lama lepas tu nampak staf depa pi tukar tagging baru .....kalau tak lagi naya orang lain pulak...sebab depa letak pulak dekat dengan pasta..hihihi



Dessert favourite sini...puding roti sos kastad...Memang sedap.


Cella bantai amik sampai semangkuk puding rotinya...


Bubur pulut hitam.Anak jantan tu amik ABC & ais krim...


Sambung makan pizza


Masa nak keluar ..kat lobby  tu nampak Chef Sabri...
Baru perasan..anak jantan saya dah macam giant🤭
Anak jantan tu tegur Chef Sabri,..
Chef Sabri memang peramah.Ni kali ke -3 saya makan kat sini...Tiga kali juga nampak Chef Sabri akan keluar ke ruang makan dan foyer untuk beramah mesra dengan pengunjung..
Memang humble orangnya..Biasa peminat akan gelarkannya " Chef Ramli Sarip"🤣


Walaupun saya takda akaun Tik Tok tapi saya selalu nampak kat Tik Tok Chef Sabri.Lepas masak Chef Sabri pasti akan sebut tagline dia..
" Labamba....Chicago..Milanno"!!
Saya pun amik kesempatan tanya apa yang dimaksudkan dengan Lambada Chicago Milano tu?


Haaa....inilah penerangan Chef Sabri tentang taglinenya 
"Labamba...Chicago....Milanno"!!!!


DDah....jom balik....

Thursday, 25 January 2024

24 JAN 2024- CELLA TURN 22

 Seperti baru semalam melahirkanmu..Belum puas memanjakanmu sebagai anak kecil kerana masa kecilmu terpaksa menjadi dewasa sebelum waktunya..

Berlari ke sana  ke sini .Hidup dalam kebimbangan  dihambat bayangan menakutkan.Masa kecilmu hilang begitu sahaja.Takdir tidak pernah salah kerana yang terbaik hanya dari Allah


Hitam putih kehidupan...


Merah membara semangat waja

🎼🎶
Putih mu bersih budi pekerti🎵
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua.. me🎼🎵🎶
( tiber)🤣🤣



Semalam bila on blog pun ..eh, blogger.com pun wish la....kat dia..
Sekarang dah tak naik noti kat handphone dia dah sejak  saya dah ambil alih blog ni..Naik kat handphone saya lah pulak...walau bukan birthday saya...hihihi



Dah lama tak makan kek SR ni..kalau teringin nak makan kek selalu beli kat Naskwn Coffee ja sebab kek kat Nasken sedap sedap.




Sendiri pasang lilin...


Sendiri tiup lilin..

Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 22 untuk Cella.Semoga dipanjangkan umur,dilimpahkan rezeki yang halal lagi barokah,dikurniakan kejayaan yang cemerlang,dimaqbulkan doa doa yang baik dan semoga Allah sentiasa menjagakan imanmu  serta juga diri kamu duniawi & ukhrawi..🤲🤲



Wednesday, 24 January 2024

BURGER PROSPERITY BY CELLA

 

Cerita last weekend...Anak dara tu nak balik kolej.Dia request nak buat prosperity burger ala Mc Aming tu..hihihi

Malamnya buat sos lada hitam ..Esok pagi dia kata nak bangun awal nak siapkan prosperity burger ni bawa bekal gi kelas


Nak beli yang setahun sekali tu kan dah boikot...So,buat la sendiri



Sediakan bahan bahannya..
Gigih dia nak buat...
Kita support dari belakang.Sejak dah habis sekolah bukan selalu dia nak masuk dapur kecuali yang memang dia nak masak.

Dulu zaman sekolah dia selalu menempel/melekat ja tepi mak tanya itu ini bila kita masak.La ni jadi memori ja la



Bahan black pepper sauce
Bahan burger
Curly fries

Sebelum tu dah merata cari Ramly burger oblong tu..
Lastly kena pi cari kat  Ramly Kiosk @ Bandar Tun Razak


Boleh tahan juga harga..
Tapi kalau beli ready made yang dah boikot tu pun harga boleh tahan jugak..dah la setahun hanya sekali.
( bukan lagu raya)
..hihihi
jom buat sos dulu.Sos ni derhaka la sikit.Tak ikut semua macam KA buat sebab yang ni tak guna cendawan pun..Kami dua beranak  adjust rasa dan rupa ikut taste kami.


SOS LADA HITAM

¼ ketul butter

½ bawang Holland

2 bawang putih  

½ botol kecil sos lada hitam dalam botol (apa2 brand)

¼ cawan serbuk lada hitam( sebab saya hanya ada ni & tiada sos tiram)

¼ cawan kicap lemak manis ( saya tambah nak bagi gelap & sebagai perisa

2 sudu lada hitam biji ( tumbuk kasar)

¼ cawan tepung gandum + air hingga jadi 1 cawan cecair tepung

1 kiub ayam


1. Panaskan butter dan tumis bawang bawangan.

2. Masukkan serbuk lada hitam & lada hitam kasar.

3. Tambah sos lada hitam botol,kicap dan kiub ayam

4. Masak hingga mendidih dan sesuaikan rasa


1. Panaskan butter & tumis bawangan.




2.Tumis bawang  hingga harum .Masukkan lada hitam tumbuk dan sos tiram



3. Tambah bancuhan trpung gandum & adjust kepekatannya


4. Nampak macam tak cukup gelap.Kita derhaka letak kicap pekat kasi gelap.


Haaa..baru la gelap


5. Masukkan kiub ayam .Sesuaikan rasa


6. Dah pekat elok matikan api.

Gigih Cella mengacau sambil  ambil video sambil masak sos lada hitam ni..Acah acah dia masak sorang...Padahal kekadang ada tangan misteri muncul tuangkan bahan bila tengok dengan handphone dah nak jatuh dalam pan..🤭.Kita juga tukang kutip segala peralatan tu nak cuci sesiap.Maklumlah dapur sekangkang kera.Kena terus cuci sesambil dia masak.
Saya risau handphone tu jatuh dalam sos tu..Kang orang celup daging,dia celup handphone dalam sos tu kang...hihihi



Siap masak sos...dia kata nak goreng curly fries
Sepaket curly fries brand ni dekat RM20 jugak..Mentanglah tengah viral...hihihi




Siap goreng curly fries memalm buta..


Terus ngadap dua beranak...Sedap pula fries ni cicah homemade sos lada hitam & mayo ni...
Lepas makan....Zzzzzz...
Esok nak bangun awal buat bekal prosperity..Sebelum subuh kena siap sebab la ni subuh lewat.



Ini cerita pagi...
Eh,gigih juga dia bangun awal pagi nak siapkan burger  ni.
Sambil dia nak buat burger...saya bersahur makan fries cicah kuah lada hitam ..
Lepas sahur...apa lagi...perut macam nak terburai  la..pepagi buta makan lada hitam kan...hihihi



Rupanya patty oblong ni bukan macam patty burger 🍔 bulat tu Kalau patty burger tu kita letak atas kuali tak payah minyak sebab nanti minyak dia keluar.Tapi oblong ni daging dia kurang lemal & kena letak minyak sikit masa goreng dia..




Bahan bahan dah siap masak dan siap potong



Gigih pulak dia nak susun untuk ambil gambar dan video



Biar dia buat...saya nak mandi nak bersiap siap pi kerja.




Tak tau macamana dia pegang camera sambil buat ni


Bila ada kemahuan....sanggup pula dia...hihihi

Masalah timbul ...
Dah siap buat...dia tak tau nak bungkus...
Hihihini ..



Katanya kalau bungkus macam bungkus burger tu nanti sos lada hitam tu  sememeh la sebab dah terbalikkan tunggang terbalik masa bungkus.





Sambil.kelam kabut nak pi kerja..tunjuk la kat dia cara bungkus taknak bagi sos tu tumpah..Saya bungkus macam bungkus lepat.Lebih tepat lagi macam cara bungkus kuih koci.Tidak la kita membolak balik roti tu.
Lepas tunjuk cara sebiji ni....terus pi kerja..
Yang lain biar dia bungkus sendiri...Lagipun kelasnya pukul 9.00 pagi.Masih ada masa dia nak siapkan. Pukul 8.30 dari rumah pun masih sempat.
Cella kata dia buat 6 pcs bawa bekal...
Tapi saya takda picnya....

Begitulah ceritanya kisah burger prosperity