Dah nak habis puasa.Publish menu buka puasa belum habis publish...Bz yang tak pernah ada kesudahan....Sibuk urusan dunia...Semoga kesibukan dunia juga Allah ambil kira sebagai catatan lkebaikan....🤲
Menu buka puasa hari Nuzul Qur' an.17 Ramadhan...AYAM MASAK LEMAK CILI API CAMPUR KENTANG
1/2 ekor ayam - potong
3 kentang - belah 4
1 kotak santan
5 cawan air
1 asam keping
1 sera- ketuk
1 sudu garam
Bahan tumbuk
15 cili padi
1 bawang besar
1 ketul kunyit
1. Masukkan ayam dalam kuali bersama bahan tumbuk dan masak hingga keluar air ayam.
2. Kemudian masukkan 5 cawan air dan kentang & masak hingga mendidih
3. Tambah garam.serai & asam keping
4. Biar mendidih hingga ayam 7 kentang empuk
5. asukkan santan dan biar mendidih sekejap dengan api perlahan
6. Sesuaikan ras
PARU BERLADA.
1 kg paru
1 cawan isi petai
garam,gula & serbuk kunyit.
Minyak.
Bahan Blend Kasar:
20 cili padi merah
5 cili merah besar
1 bawang besar.
5 bawang putih
1. Rebus paru.Belah & hiris sederhana nipis.Gaul garam kunyit.
2. Panaskan minyak & goreng paru hingga masak.Jika suka rangup goreng hingga garing.
3. Tinggalkan minyak goreng paru dalam kuali anggaran ½ cawan & tumis bahan blend.Tambah garam,secubit gula & masak hingga naik minyak.
4. Masukkan paru goreng & gaul rata.Tambah petai,masak sekejap sahaja
** Minyak kena lebih sikit baru bahan kisar naik minyak & nampak cantik.










weekend baru ni cari paru takde. mesti ramai orang beli jual sambal paru kat bazar. setiap minggu cari habis.
ReplyDeleteJangan tunjuk jus tembikai tu kat uncle... Tu kelemahan uncle. Macam superman tak boleh tengok kryptonite... hahhahaa
ReplyDelete